Morning sickness teruk cuba tips ini

đŸ¤®Morning Sickness Teruk? Cuba Tips Ini đŸ˜˜

2 min bacaan

Bangun pagi, rasa mual. Makan pun rasa loya. Bau makanan pun buat tekak kembang. Kenapa ya? Misteri yang dialami wanita hamil ini dikenali ‘morning sickness’ di mana rasa mual, loya dan ingin muntah hampir setiap masa.

Kebanyakan pakar menyatakan ‘morning sickness teruk’ disebabkan oleh perubahan fizikal yang dilalui badan anda. Hormon ‘gonadotropin kronik manusia’ atau hCG serta estrogen meningkat semasa kehamilan, ditambah pula rasa loya sebagai bonus.

Morning sickness teruk

Menurut kajian, sekitar 75% wanita hamil terpaksa berhadapan dengan ‘morning sickness teruk’ mungkin sepanjang hari.

Morning sickness teruk akan dialami oleh kebanyakan wanita sekitar 4-6 minggu hingga 14 minggu fasa kehamilan. Ada juga yang terpaksa bertahan hingga bersalin.

Deria bau wanita hamil akan meningkat seiring dengan perubahan badan mereka. Tahap kepekaan terhadap bau tertentu akan memberi kesan kepada perkembangan perut yang sangat sensitif ketika itu.

Tips untuk dicuba:

Mual kerana bau

Mual kerana bau

  • Buka tingkap atau kipas ekzos dapur semasa memasak.
  • Makanan yang dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro hanya mengeluarkan bau yang sedikit.
  • Letak sedikit minyak di sapu tangan dan dibawa bersama untuk digunakan bagi mengelakkan rasa mual (Aroma peppermint dapat mengurangkan mual).
  • Makanan yang sejuk sesuai dimakan kerana tiada bau yang kuat semasa ia disediakan.

Mual kerana makan dan minum

Mual kerana makan dan minum

  • Elakkan makanan yang pedas dan berminyak (lupakan mee goreng dan nasi lemak dulu ya)
  • Jika mengidam sesuatu, makanlah ketika benar-benar terasa inginkan ia.
  • Kurangkan sukatan makanan, tetapi makanlah dengan lebih kerap pada waktu siang.
  • Makan sesuatu yang masin dahulu seperti asam boi sebelum makan.
  • Kurangkan minum semasa makan.
  • Minuman tanpa kafein seperti teh pudina atau teh halia membuatkan perut anda rasa selesa.
  • Minum air dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap sepanjang hari untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Makan makanan sejuk untuk kurangkan rasa mual.

Cara lain atasi loya

Cara lain atasi loya

  • Suhu terlalu panas akan menyebabkan loya.
  • Keletihan juga punca anda berasa loya. Tidur siang secara berkala membantu mengurangkan loya.
  • Cuba tidur lebih awal untuk tidur yang lebih lama pada waktu malam.
  • Bangun tidur dengan perlahan-lahan pada waktu pagi.
  • Sediakan keropok atau bijirin (kering) untuk dimakan pada waktu pagi jika perlu.

Jika tips di atas tidak berkesan tetapi anda dapat hilangkan rasa mual dengan cara lain, rujuklah doktor anda. Anda boleh juga cuba ubat anti-mual dan makanan tambahan semulajadi untuk kurangkan morning sickness teruk ini.

Jangan lupa untuk rujuk doktor anda sekiranya loya atau mual anda masih tidak hilang atau bertambah teruk. Selamat mencuba!