Menu Diet Ibu Mengandung: Apa Yang Boleh Saya Makan?

3 min bacaan

Menu Diet Ibu Mengandung

Tahniah anda mengandung! Satu-satunya berita yang paling menggembirakan yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita. Pasti ramai yang menandakan tarikh bersejarah ini di dalam kalendar mereka. Kemudian perasaan gembira ini disusuli dengan perasaan bimbang dan risau tentang apa yang perlu mereka sediakan semasa kehamilan mereka.

Perkara pertama yang akan ditanya adalah, ‘ perlukan saya mengubah diet saya?’ Apabila anda tahu tentang kehamilan anda, antara perubahan yang perlu anda lakukan adalah rutin pemakanan anda. Anda perlu berhati-hati dengan setiap makanan yang anda ambil, mungkin anda boleh buat research dahulu sebelum makan setiap hidangan kegemaran anda.

Semasa trimester pertama anda mungkin akan berhadapan dengan gejala mual dan morning sickness. Tahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan yang penting untuk melegakan gejala kehamilan ini?Anda mungkin berasa tidak selera dan tidak mampu menelan apa apa makanan disebabkan rasa mual-mual.

Namun anda perlu ketepikan perasaan ini demi kesihatan bayi anda. Pemilihan makanan yang sesuai boleh melegakan morning sickness di samping memberikan khasiat mencukupi yang diperlukan oleh bayi anda. Antara makanan yang boleh anda ambil semasa trimester pertama adalah:

  • makanan yang kaya dengan protein seperti telur, ayam, daging tanpa lemak dan makanan kekacang ( kacang, lentil, edamame, buncis dll).
  • buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Selain itu, buah-buahan kering, beku ikan dalam tin juga boleh dimakan sekiranya anda tidak dapat membeli buah-buahan segar. Buah beri kaya dengan antioksidan dan memberikan kesan yang positif kepada tubuh anda. Diet yang merangkumi dan keseimbangan antara buah-buahan dan sayuran adalah pilihan yang terbaik untuk diamalkan semasa hamil. Sesetengah wanita hamil juga lebih gemar untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan organik kerana produk ini bebas bahan kimia.
  • makanan berkanji seperti pasta, kentang, roti dan nasi
  • makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu
  • minum air dengan banyak untuk membuang toksin dari badan

Sumber asid folik

Pengambilan asid folik semasa hamil sangat penting ia membantu tumbesaran bayi melindungi bayi daripada mengalami kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan mensyorkan jumlah asid folik yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Berikut adalah sumber asid folik yang boleh diambil boleh wanita hamil.

  • sayuran seperti avokado, endive, yang panjang, brokoli, baby carrots, rumpai laut, kobis bunga, parsley, bayam, pucuk Brussel, sayur sawi, ubi keledek, selada Romaine dan asparagus
  • kekacang pula termasuk kacang Romano, lentil, kacang putih, kacang hitam, edamame, kacang gajus, kacang buncis dan kacang pinto.
  • pasta, roti dan bagel yang dibuat daripada tepung gandum yang berkualiti
  • buah-buahan dan buah beri seperti strawberi, raspberry, kiwi, black berry dan clementine.
  • benih dan kekacang seperti kacang tanah, biji bunga matahari, almond, kacang Hazel dan buah badam
  • jus termasuk jus nenas dan jus oren yang pekat
  • bijirin sarapan pagi yang diperkaya.

Anda tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil makanan yang selamat dan sesuai untuk kehamilan anda. Jika anda berasa tidak selesa selepas mengambil makanan-makanan di atas, hentikan pengambilan anda serta-merta. Kemungkinan tubuh anda tidak serasi dengan makanan tersebut. Setiap kumpulan mempunyai pelbagai pilihan, oleh itu pilihlah makanan yang serasi dengan anda.

Ketika ini pengiraan kalori mungkin tidak perlu dilakukan, namun anda tetap perlu hati-hati supaya tidak menambah berat yang tidak perlu. Mengidam semasa trimester pertama akan dialami oleh hampir semua wanita hamil. Namun pada waktu inilah anda perlu menguatkan hati dan tidak mengambil makanan yang tak mempunyai khasiat.