5 Tips Kreatif Mengumumkan Kehamilan

3 min bacaan

Setiap pasangan akan pasti berasa teruja dan gembira semasa membuat perancangan keluarga. Si suami akan berangan tentang anak lelakinya, atau si isteri pula mengimpikan anak perempuan yang boleh dihias dan didandan dengan cantik. Kehamilan adalah salah satu perkara penting yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan.

Jadi sudah tentu cara mengumumkan kehamilan merupakan perkara yang sama penting dan perlu disampaikan dengan cara yang paling istimewa. Ia akan disimpan sebagai memori dan diceritakan kepada anak cucu pada masa akan datang.

Takutkan ibu bapa anda

Cara ini sangat berkesan tetapi tidak sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai penyakit serius ya. Anda boleh mulakan dengan berjumpa dengan ibu bapa anda dengan wajah berkerut (seperti sedang sedih) sambil mengatakan “Saya sayang ibu dan ayah, dan…”.

Keadaan ini pasti akan membuatkan mereka menjadi panik dan mula bertanya dengan risau. Anda boleh sambung ayat anda dengan “…begitu juga cucu ibu dan ayah!” Saat ini pasti menjadi memori terindah dengan melihat ekspresi wajah ibu bapa anda dari risau bertukar gembira.

Rakamkan dengan kamera

Salah satu cara lain yang berunsur kejutan ialah mengaturkan sesi bergambar bersama semua ahli keluarga dan teman rapat. Anda boleh menjemput mereka ke rumah untuk majlis kecil atau makan tengahari bersama dan selitkan sesi bergambar. Apabila gambar hendak diambil, anda boleh menjerit ‘saya hamil!’.

Mengumumkan Kehamilan

Ia pasti akan diiringi dengan jeritan tahniah bersama ekspresi terkejut yang mencuit hati di dalam gambar yang diambil. Gambar tersebut pasti akan menjadi gambar yang paling berharga dalam hidup anda. Anda boleh tunjukkan gambar tersebut kepada anak anda apabila dia besar dan ceritakan semula suasana yang berlaku.

Tempah T-shirt dengan gambar bayi yang comel

Kini anda boleh tempah T-shirt dengan apa-apa gambar atau perkataan yang anda inginkan. Apa kata tempah T-shirt yang bertulis “Hai, saya hamil” atau “Ayah + Ibu = Bayi!” atau lebih mudah cetak sahaja gambar bayi yang paling comel yang berkata “Jumpa saya dalam 9 bulan nanti”. Kaedah ini tidak memerlukan kata-kata lain dari anda untuk mengumumkan kehamilan anda kepada keluarga anda.

Kirim gambar ultrasound kepada ahli keluarga dan teman rapat

Pastinya pengalaman yang paling menyeronokkan semasa kehamilan ialah pemeriksaan ultrasound dan melihat bayi anda di skrin. Degupan jantung bayi anda juga ialah irama yang paling indah dan sering dirakam dalam bentuk CD untuk simpanan.

Pengumuman kehamilan

Jadi, anda boleh kirim mesej atau gambar ultrasound bayi anda kepada ahli keluarga dan rakan rapat anda bersama caption ‘Cuba teka, ini siapa?’ Hantar gambar ini tanpa sebarang mesej lain dan percayalah, telefon anda akan berbunyi tanpa henti selepas itu.

Bulatkan tarikh jangkaan kelahiran bayi di kalendar

Apa kata cuba cara kreatif ini pula, bulatkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda di kalendar di rumah anda. Kemudian panggil ibu bapa anda dan jerit “Ini harijadi saya!”, kemudian berkata “Oppss..silap, ini harijadi anak saya!” Perhatikan reaksi ibu bapa anda. Serta riak wajah mereka yang mula-mula berasa keliru yang kemudian bertukar kepada kegembiraan.

Cuba dapatkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda dengan Kalkulator Kehamilan.

Selain itu, mungkin anda boleh hiasi kalendar untuk bulan jangkaan kelahiran bayi anda dengan gambar atau lukisan bayi, katil bayi atau mainan bayi. Mungkin gambaran ini memberikan mesej yang lebih jelas kepada sesiapa yang melihat kalendar tersebut.

Selain mengumumkan kelahiran, proses kelahiran adalah masa terindah untuk dikongsikan bersama orang yang disayangi. Anda boleh membuat pengumuman yang menggembirakan untuk keluarga serta rakan-rakan anda, dan melalui kehamilan bersama mereka.