4 situasi anda ingat mengandung tapi datang bulan

4 Situasi Anda Ingat Anda Mengandung Tapi Datang Bulan

3 min bacaan

Soalan yang sering kali ditanya oleh setiap wanita, ‘bolehkah anda mengandung tapi datang bulan pada masa yang sama?’ Jawapannya adalah TIDAK sama sekali. Wanita hamil tidak akan datang bulan sepanjang fasa kehamilan mereka. Kehamilan dan haid adalah dua perkara yang berlawanan, kedua-duanya tidak boleh berlaku pada masa yang sama. Dalam ertikata lain, anda pasti tidak akan mengandung tapi datang bulan.

Pastinya ramai wanita di dunia ini akan tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Ia disebabkan oleh pengalaman sendiri atau ahli keluarga serta kawan-kawan yang lain yang menyatakan mereka akan datang bulan sehingga bulan ke-7 kehamilan mereka. Ada kemungkinan bahawa perkara ini hanyalah dibesar-besarkan ataupun wanita – wanita tersebut keliru dengan sifat pendarahan yang mereka miliki.

mengandung tapi datang bulan

Wanita akan datang bulan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan olehnya, yang dikeluarkan oleh rahim. Selagi wanita tersebut belum hamil, badannya akan mengeluarkan kesemua bahan yang tidak diperlukan. Oleh yang demikian sekiranya wanita itu telah hamil adalah mustahil untuk didatangi haid.

Jadi apakah pendarahan yang dialami oleh sesetengah wanita semasa kehamilan?

Kebanyakan kes mencatatkan bahawa wanita hamil akan mengalami pendarahan pada awal kehamilan, di mana ia juga berlaku pada tarikh yang sepatutnya menstruasi itu berlaku. Keadaan ini menguatkan lagi kepercayaan bahawa wanita tersebut mengandung tapi datang bulan.

Walau bagaimanapun, ianya bukan menstruasi tetapi pendarahan biasa yang berlaku semasa tempoh hamil. Ia dipanggil pendarahan semasa hamil di mana cairan yang keluar adalah lebih sedikit daripada pendarahan menstruasi dan anda bukan mengandung tapi datang bulan dalam apa-apa jua keadaan.

menstruasi

Terdapat satu kes di mana seorang wanita mengalami pendarahan sehingga kehamilannya mencecah bulan ke-6. Situasi wanita tersebut sangat merunsingkan, harap masalahnya telah berjaya diselesaikan dengan rawatan dari doktor. Sekiranya pendarahan semasa hamil berlaku ada perlu segera merujuk doktor atau pakar perubatan dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan secara menyeluruh.

Bakal-bakal ibu perlu berwaspada dan peka dengan keadaan badan mereka. Maklumkan sebarang masalah atau perubahan yang berlaku ketika lawatan rutin ke klinik ibu dan anak. Komplikasi yang berlaku semasa kehamilan yang berpunca dari pendarahan adalah perkara yang sangat serius. Oleh itu setiap wanita hamil perlu tahu kitaran haid mereka yang sebenar serta mencatatkan sebarang ketidakseimbangan yang berlaku.

Pendarahan yang pelik semasa hamil? Terdapat pelbagai jenis pendarahan semasa kehamilan. Berikut adalah kemungkinan anda ingat anda mengandung tapi datang bulan:

4 situasi pendarahan

  • Pendarahan implantasi – berlaku ketika telur yang disenyawakan melekat ke dinding rahim. Warna pendarahan implantasi biasanya sangat cair dan berwarna merah jambu atau kecoklatan. Ia biasanya terjadi selepas 6 hingga 10 hari ovulasi, dan tidak kekal lama.
  • Pendarahan hormon – sesetengah wanita akan mengalami pendarahan hormon semasa hamil. Ia adalah pendarahan yang lebih ringan dan dikenali sebagai ‘pendarahan decidual’. Ketidakseimbangan hormon serta lapisan rahim yang tidak aktif adalah punca berlakunya pendarahan hormon.
  • Kehamilan ektopik – pendarahan jenis ini yang berlaku semasa kehamilan memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kehamilan ektopik ialah kehamilan hasil persenyawaan yang terjadi di luar rahim terutama pada tiub fallopio. Wanita hamil yang mengalami pendarahan ini akan juga berasa sakit di sisi bawah perut, pengsan, mual, muntah serta sakit di bahu.
  • Keguguran – keguguran yang berlaku pada tempoh awal kehamilan akan menyebabkan ibu mengalami pendarahan yang banyak. Tanda-tanda awal keguguran ialah pendarahan yang banyak serta pengeluaran darah beku. Pendarahan ini akan berlaku lebih banyak daripada sebelumnya diiringi rasa sakit yang kuat di bahagian bawah perut serta kekejangan. Sekiranya anda mengalami keadaan ini adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan seawal yang mungkin.

Memahami tubuh anda serta mengenalpasti keabnormalan yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan adalah sangat penting. Pemeriksaan rutin berjadual di klinik ibu dan anak serta perjumpaan dengan doktor pakar sakit puan adalah perlu bagi memastikan keadaan tubuh badan anda dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan doktor juga penting untuk mengetahui perkembangan dan pertumbuhan bayi anda.