Mandi buih 8 perkara yang harus diberi perhatian

Mandi Buih: 8 Perkara Yang Harus Diberi Perhatian

3 min bacaan

Setiap wanita hamil menginginkan rehat serta masa untuk sendiri. Mandi buih adalah salah satu cara untuk wanita hamil menikmati ‘me time’ dengan selesa. Ia dapat membantu untuk menghilangkan tekanan, kekecewaan serta perasaan gusar. Bagi mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur, mandi buih mempunyai cara yang luar biasa untuk membantu perkara ini.

Adalah perkara biasa apabila seseorang wanita itu hamil untuk mengalami perubahan mood atau emosi. Oleh itu ramai bersetuju bahawa mandi buih merupakan cara terbaik untuk mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh wanita hamil. Anda akan berasa segar dan selesa, dan dapat menjalani kehidupan harian dengan tenang.

mandi buih melegakan kesakitan

 

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Mandi Buih

  1. Kebanyakan wanita hamil berfikir bahawa mandi buih berbahaya dan tidak selamat bagi bayi. Ia berpunca daripada kepercayaan dahulu bahawa mandi ketika hamil akan menyebabkan bayi lemas. Ini menyebabkan sesetengah wanita hamil mengelakkan mandi buih bahkan ada juga yang sanggup tidak mandi seperti biasa. Sebenarnya seorang wanita hamil akan dapat merehatkan diri mereka dengan berendam dalam air yang suam.
  2. Elakkan air yang sangat panas kerana ia akan menyebabkan ketidakseimbangan suhu badan seterusnya membuatkan anda berasa pening dan letih walaupun selepas mandi. Bagi wanita hamil, sekiranya suhu badan mereka meningkat ia tidak akan dapat diturunkan dengan mudah. Air haruslah suam dan tidak panas, jangan lupa untuk memastikan perut anda berada di atas permukaan air. Jadi wanita hamil sebenarnya boleh memilih untuk bersantai atau berehat sambil mandi buih.
  3. Pilihlah sabun yang sesuai untuk kulit sensitif serta yang boleh mencegah ruam yang mungkin terjadi semasa kehamilan. Sesetengah doktor berpendapat bahawa mandi buih tidak elok untuk alat kelamin wanita hamil kerana ia akan mengganggu keseimbangan pH dan menambahkan bahan asing ke dalamnya. Ini akan menyebabkan masalah seperti kerengsaan dan gatal-gatal berserta bau yang kurang enak. Hati yang anda tahu, tempoh kehamilan seseorang wanita itu akan mengalami perubahan hormon. Keadaan ini akan membuatnya lebih terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan.
  4. Wanita hamil juga dinasihatkan untuk membuang air kecil dahulu sebelum mandi buih, ia bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan kuman.
  5. Mandi buih mungkin akan menjadikan permukaan tab mandi anda licin dan ini menambah faktor risiko kecederaan semasa kehamilan. Anda perlu ingat bahawa berat badan anda telah meningkat dan keseimbangan badan anda tidak lagi seperti sebelumnya. Elakkan mandi sekiranya anda berada di tempat lain dan pastikan anda dibantu oleh ahli keluarga sebelum dan selepas mandi buih.
  6. Kebanyakan wanita bersetuju bahawa mereka harus mandi dengan kerap sepanjang tempoh kehamilan mereka tanpa sebarang masalah atau kesan negatif. Mandi buih dapat menghilangkan keletihan semasa kehamilan, di samping membantu untuk percepatkan tempoh penyembuhan untuk sebarang jenis luka ringan.
  7. Ada juga wanita hamil yang mengalami sakit punggung yang teruk dapat melegakan kesakitan dengan menikmati mandi buih dengan santai. Berendam di dalam air mandi buih membantu melembapkan keseluruhan tubuh badan anda. Ini bukanlah perkara yang mudah dilakukan sepanjang kehamilan kerana perubahan fizikal anda yang semakin membesar.
  8. Anda dinasihatkan untuk sediakan sebotol air minum semasa mandi buih. Ini untuk mengekalkan tahap hidrasi anda serta meredakan turun naik suhu badan anda. Dalam masa yang sama ini akan dapat mengawal tahap tekanan darah anda. Ia adalah perkara yang benar bahawa tubuh anda mungkin mempunyai reaksi yang berbeza terhadap mandi buih berbanding wanita hamil.

garam mandi untuk wanita hamil mandi buih

Pastikan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum membuat keputusan untuk berendam di dalam air. Sekiranya anda ingin menggunakan garam mandi atau minyak semasa mandi buih, berhati-hatilah dan pilih aroma yang sesuai untuk wanita hamil. Pelbagai jenis minyak serta garam mandian yang boleh didapatkan di Internet atau anda juga boleh berjumpa dengan pakar herba untuk hal yang sama.