Senarai Semak Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Ibu Hamil

3 min bacaan

Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Ibu Hamil

Anda baru sahaja menerima berita baik tentang kehamilan anda daripada doktor anda. Tahniah diucapkan, namun perkara yang perlu difikirkan sekarang adalah persediaan sepanjang tempoh kehamilan dan menjelang kelahiran bayi yang dinanti.

Salah satu perkara yang perlu anda fikirkan adalah perubahan yang perlu anda lakukan dari pelbagai aspek bagi menjamin kesihatan anda dan bayi.

Perubahan amalan pemakanan adalah antara perkara yang terpenting bagi setiap wanita hamil. Pemilihan makanan yang berkhasiat dan seimbang diperlukan supaya bayi anda mendapat nutrisi untuk membesar dengan sihat.

Pada masa kini mendapatkan makanan yang sihat yang kaya dengan protein dan nutrien tidak lagi menjadi satu masalah. Anda boleh mendapatkan resipi dari Internet untuk mencuba masakan-masakan yang seimbang dan sesuai untuk kehamilan anda. Ada juga menerima tempahan makanan khusus untuk wanita-wanita hamil yang memerlukan zat tertentu.

Sekiranya anda bimbang tentang pemakanan anda sepanjang kehamilan akan memberikan kesan buruk kepada perkembangan bayi anda, dapatkan maklumat dan nasihat selanjutnya daripada doktor anda.

Anda juga boleh majalah keibubapaan yang sesuai untuk mengetahui pantang larang serta pemakanan yang digalakkan semasa hamil.

Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, anda tidak perlu risau tentang anemia. Begitu juga dengan pengambilan diet yang kaya dengan kalsium, bayi anda tidak akan mempunyai masalah gigi seterusnya mempunyai tulang yang kuat.

Lawatan rutin yang dilakukan setiap bulan semasa hamil sangat penting untuk anda dan doktor anda. Semasa lawatan ini doktor anda akan memantau perkembangan serta sebarang komplikasi yang mungkin anda alami. Jika anda berasa tidak selesa atau mempunyai masalah, laporkan dengan segera untuk makluman doktor anda.

Tekanan darah juga akan menentukan sama ada amalan pemakanan anda dilakukan dengan betul atau tidak.

Sekiranya wujud masalah tekanan darah rendah atau tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan perubahan diet pemakanan yang sesuai untuk anda. Makanan tambahan atau suplemen mungkin diperlukan bagi wanita hamil yang tidak mempunyai nutrient yang mencukupi untuk bayinya.

Apakah nutrien yang perlu diambil?

Amalan pemakanan yang seimbang merupakan salah satu perkara yang penting untuk memastikan anda mendapat khasiat yang diperlukan untuk menampung tumbesaran bayi anda. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti strawberi dan buah citrus kerana ia kaya dengan vitamin C.

Anda memerlukan sekitar 70 mg vitamin C sehari.

Selain itu pengambilan sayur-sayuran dan kekacang hijau akan memastikan anda mendapat 4 microgram asid folik yang diperlukan semasa kehamilan anda.

Makanan yang kaya dengan zat besi juga sangat penting bagi wanita hamil.

Jumlah zat besi yang disyorkan adalah sekitar 27 mg zat besi setiap hari.

Zat besi membantu sel darah anda menyalurkan oksigen kepala bayi anda. Di samping itu zat besi juga penting kerana ia membawa oksigen anda ke otot anda supaya anda dapat melakukan kegiatan harian anda dengan baik.

Anda boleh pelbagaikan menu harian anda dengan mengambil ikan, ayam dan daging yang juga merupakan sumber zat besi yang boleh diambil oleh setiap wanita hamil.

Sekiranya anda memang mengamalkan gaya hidup yang sihat sebelum ini, anda hanya perlu membuat sedikit perubahan dalam menu harian anda. Anda hanya perlu mengelakkan makanan bergula, makanan berlemak serta makanan yang diproses. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan dengan pengambilan makanan seimbang, rujuklah doktor untuk maklumat lanjut.