9 Jenis Makanan Dilarang Ketika Hamil Tapi Anda Nafikan

9 Jenis Makanan Dilarang Ketika Hamil Tapi Anda Nafikan

3 min bacaan

Mengidam untuk mengambil sesuatu makanan merupakan perkara normal yang dialami oleh wanita mengandung. Namun, bukan semua makanan untuk ibu mengandung yang boleh diambil. Banyak pantang larang yang perlu anda amalkan ketika mengandung jika ingin kekal sihat.

Namun adakah anda tahu apa jenis makanan dilarang ketika hamil?

Oleh itu anda perlu dengarkan segala nasihat doktor. Doktor selalunya akan memberi cadangan kepada anda apa makanan yang perlu diambil dan tidak perlu diambil oleh ibu mengandung.

Hal ini disebabkan jika seseorang ibu mengandung tidak mengawal pemakanan akan menyebabkan risiko kepada bayi. Oleh yang sedemikian mari kita lihat jenis-jenis makanan dilarang ketika hamil antaranya ialah:

Ikan Bermerkuri Tinggi

Ikan bermerkuri tinggi Ikan Tuna Makanan dilarang ketika hamil

Ikan adalah sumber nutrien yang penting kerana ia mengandungi zat besi, protein dan asid omega 3. Namun terdapat beberapa jenis ikan yang boleh membahayakan kandungan kerana mengandungi merkuri yang tinggi. Merkuri yang terdapat di dalam ikan tersebut akan menyebabkan kerosakkan otak dan melambatkan perkembangan pada bayi.

Elakkan ikan-ikan di bawah:

  • Ikan pedang
  • Ikan todak
  • Jerung
  • Ikan tenggiri
  • Ikan tuna
  • Ikan yang selalu terdapat di sushi.

Elakkan makan ikan mentah bagi mengelakkan dijangkiti bakteris atau virus.

Makanan Laut Lain

makanan laut lain ikan salmon makanan dilarang ketika hamil

Terdapat sesetengah makanan laut yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung, namun tidak semua makanan laut tidak boleh di makan asalkan ia mestilah segar, pastikan tidak berasal dari sumber air yang tercemar, dan perlu diingatkan makanan laut yang di dalam tin perlu dielakkan keran boleh membawa kepada listeria.

Namun, FDA menetapkan makanan berikut selamat dimakan 340g seminggu:

  • Udang
  • Tuna dalam tin
  • Salmon
  • Pollock
  • Ikan keli
  • Stik tuna dan tuna Albacore perlu dikurangkan hingga 170g seminggu

Daging Atau Ayam Tak Cukup Masak

Daging atau ayam yang tak cukup masak makanan dilarang ketika hamil

Daging mentah jika diambil oleh wanita yang mengandung akan menyebabakan risiko kepada janin yang sedang berkembang. Oleh itu, anda perlu pastikan semua jenis daging dan ayam dimasak secukupnya untuk mengelakkan jangkitan bakteria seperti E coli. Daging harus dimasak hingga 160 darjah, mengeluarkan jus daging yang jernih dan ia boleh diukur menggunakan termometer daging.

Produk Tenusu

Produk tenusu feta cheese makanan dilarang ketika hamil

Makanan tenusu yang tidak dipasterisasi tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Pastikan semua susu perlu dipasteurisasi, kerana produk yang berasal dari ladang organik yang mungkin belum di proses boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada bayi yang belum lahir.

Kebanyakkan keju jenama ini tidak dipasteurisasi dan mempunyai listeria yang boleh mengakibatkan penyakit dan keguguran.

Sebelum makan (lebih baik periksa sebelum beli juga), periksa label atau senarai kandungan keju lembut berikut untuk memastikannya tidak dibuat dengan susu yang tidak dipasteurisasi.

  • Brie
  • Feta
  • Camembert
  • Roquefort
  • Keju Mexico
  • Gorgonzola
  • Queso Blanco

Deli Meats

deli meats makanan dilarang ketika hamil

Ibu mengandung tidak digalakkan unuk makan daging yang dihiris seperti ham, ayam belanda dan bologna. Hal ini kerana ianya boleh membawa listeria dan boleh menyebabkan keguguran.

Telur Mentah

telur mentah makanan dilarang ketika hamil

Telur mentah boleh membawa kepada salmonella, ia merupakan bakteria berbahaya untuk dijangkiti pada bila-bila masa dan akan menyebabkan komplikasi yang teruk.

Sayur-sayuran yang tidak dicuci

sayur sayuran yang tidak dicuci makanan dilarang ketika hamil

Walaupun sayur merupakan makanan yang berkhasiat untuk wanita mengandung, namun jika ia tidak di cuci dengan batul boleh membahayakan atau keracunan.

Kafein

kafein makanan dilarang ketika hamil

Ibu mengandung perlu mengurangkan pengambilan kafein terutama pada trimester pertama. Kajian ada menunjukkan pengambilan kafein akan mendatangkan risiko keguguran pada awal mengandung.

Wanita hamil perlu kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana ia boleh mempengaruhi degupan jantung dan pernafasan bayi, berat bayi semasa lahir dan ukuran kepala bayi. Had pengambilan kafein boleh ditetapkan oleh doktor untuk anda patuhi.
Walaupun teh herba mempunyai banyak manfaatnya, Wanita hamil disarankan untuk tidak meminumnya pada kadar yang terlalu banyak. Ia boleh menyebabkan kontraksi seterusnya mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Alkohol Dan Ubat Haram

ubat haram dan alkohol makanan dilarang ketika hamil

Pengambilan alkohol di kalangan wanita hamil dilarang sama sekali kerana bahayanya kepada bayi yang boleh menyebabkan risiko alkohol janin seperti kecacatan semasa lahir dan kerosakan otak, keguguran serta kelahiran mati. Ubatan haram juga hanya akan memudaratkan kandungan anda, jadi elakkannya. Ubatan bebas dan ubat batuk serta antibiotik juga perlu disemak dan dirujuk kepada doktor untuk pengesahan keselamatannya sebelum dimakan.

Walaupun senarai makanan yang di sebutkan di atas tidak boleh dimakan oleh ibu mengandung, namun terdapat pelbagai makanan lain yang boleh diambil oleh ibu mengandung yang selamat untuk bayi dan juga ibu. Anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat daripada doktor jika meragui setiap kandungan khasiat makanan tersebut. Walaupun sukar untuk meninggalkan makanan kegemaran anda selama 9 bulan , namun untuk memastikan kandungan sentiasa sihat dan selamat anda perlulah elakkan makanan seperti ini.