Ini Sebab Anda Letih Ketika Mengandung

3 min bacaan

Tahukah anda mekanisme pertahanan badan akan menghalang sebarang partikel asing yang cuba memasuki tubuh manusia? Keadaan ini membuatkan wanita hamil merasa letih ketika mengandung terutamanya semasa trimester pertama disebabkan oleh tempoh penyesuaian badan dengan perubahan hormon. Ia adalah isyarat dari tubuh anda bahawa ia sedang bersedia untuk menerima anggota baru dalam keluarga anda.

Mengapa saya berasa letih ketika mengandung?

Ibu-ibu akan banyak menderita semasa awal kehamilan. Trimester pertama agak sukar untuk wanita menyesuaikan diri dengan rasa mual dan keletihan. Morning sickness, muntah, pening, gangguan pencernaan dan pedih ulu hati adalah antara beberapa gejala kehamilan trimester pertama yang akan dialami oleh wanita hamil.

Anda tidak akan mengalami banyak perubahan fizikal sepanjang 9 bulan kehamilan (kecuali perut yang semakin membesar). Apa yang akan mengganggu anda ialah perubahan emosi dan mental yang perlu dipantau dan dijaga. Tekanan akibat rasa letih ketika mengandung juga membimbangkan dan setiap wanita hamil perlu mendapatkan nasihat doktor tentang perkara ini.

Mengapa saya berasa letih ketika mengandung

Peningkatan hormon progesteron di peringkat awal kehamilan akan menyebabkan badan anda berasa letih ketika mengandung, kurang bertenaga dan mengantuk. Keadaan ini juga akan mempengaruhi selera makan yang menjejaskan metabolisme tubuh anda. Tubuh akan mula menghasilkan lebih banyak darah yang akan dialirkan ke jantung dan organ-organ lain.

Kadar metabolisma juga akan meningkat oleh itu tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga untuk melakukan tugas-tugas harian. Tubuh anda akan mula menyesuaikan diri dengan semua gejala kehamilan menjelang trimester terakhir. Pada waktu inilah badan anda berasa sangat letih ketika mengandung disebabkan oleh kenaikan berat badan bayi.

Walaupun anda telah tidur selama 8 hingga 10 jam, anda akan tetap berasa letih ketika mengandung dan ingin tidur atau berehat dengan lebih lama. Ditambah pula dengan kerap membuang air kecil, menghadapi kesukaran untuk tidur, gangguan pencernaan, kekejangan dan sakit kaki pada waktu malam.

Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang wanita hamil itu memerlukan rehat yang mencukupi untuk menjaga kesihatan tubuh. Komplikasi lain seperti anemia, masalah tiroid, tekanan darah rendah, diabetes atau sindrom keletihan yang kronik boleh membahayakan wanita hamil. Segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rawatan yang sesuai

Rawatan yang sesuai letih ketika mengandung

Melegakan keletihan bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran serta sokongan pasangan dan ahli keluarga. Terdapat banyak kaedah yang anda sendiri boleh lakukan di rumah yang mudah dan mengikut keupayaan diri sendiri. Dapatkan rehat yang mencukupi dan cuba untuk tidur dengan lena dan lama.

Rehatkan badan anda untuk tidur siang sekerap yang mungkin. Mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang dengan zat besi, kalsium dan karbohidrat juga berkesan untuk meredakan keletihan. Sayuran hijau, buah-buahan dan produk tenusu boleh diambil kerana ia memberi banyak faedah kepada kesihatan anda.

Selain itu, minum air yang banyak dan jus buah-buahan bagi memastikan anda tetap terhidrat dan menyokong badan anda untuk berfungsi dengan lancar. Anda juga boleh lakukan senaman ringan seperti yoga, berenang, berjalan kaki dengan perlahan untuk kekal fleksibel dan bertenaga.

Untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, jangan segan untuk meminta pasangan anda, anak-anak atau ahli keluarga untuk membantu kerja-kerja di rumah. Tidur dengan bantal tambahan, atau dapatkan bantal kehamilan untuk tidur yang lebih selesa. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mengatasi rasa letih ketika mengandung yang berlebihan semasa tempoh kehamilan.

Perkara yang paling penting untuk anda ialah melalui fasa ini dengan selamat dan gembira. Penjagaan yang rapi serta pengetahuan asas tentang perkara yang perlu dielakkan semasa kehamilan amat penting untuk kesihatan bayi. Jalanilah hidup yang bebas tekanan, tanpa kemurungan dan ketagihan alkohol atau rokok. Hati yang tenang serta fikiran yang damai ialah jawapan yang betul untuk sebarang kerisauan.

Berasa runsing dan risau tentang bayi yang dikandung adalah perkara normal yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Saat ini adalah yang tidak ternilai namun nikmatilah ia sebaiknya tanpa berasa terlalu tertekan atau gelisah yang melampau. Pastinya saat pertama memegang bayi anda sendiri tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.