Biarlah Lenguh Badan Ketika Hamil Hilang

3 min bacaan

Sistem tubuh manusia sangat sistematik dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya terdapat benda asing yang cuba memasuki tubuh kita. Mekanisme pertahanan badan akan menghalang sebarang partikel asing yang cuba memasuki tubuh manusia. Keadaan ini membuatkan wanita hamil merasa lenguh badan ketika hamil disebabkan oleh tempoh penyesuaian badan dengan perubahan hormon. Ia adalah isyarat dari tubuh anda bahawa ia sedang bersedia untuk menerima anggota baru dalam keluarga anda.

Lenguh Badan Ketika Hamil

Ibu-ibu akan banyak menderita semasa awal kehamilan. Trimester pertama agak sukar untuk wanita menyesuaikan diri dengan rasa mual dan keletihan. Morning sickness, muntah, pening, gangguan pencernaan dan pedih ulu hati adalah antara beberapa gejala kehamilan trimester pertama yang akan dialami oleh wanita hamil.

Punca lenguh badan ketika hamil

Peningkatan hormon progesteron di peringkat awal kehamilan akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan lenguh badan ketika hamil. Tubuh akan mula menghasilkan lebih banyak darah yang akan dialirkan ke jantung dan organ-organ lain.

Kadar metabolisma juga akan meningkat oleh itu tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga untuk melakukan tugas-tugas harian. Tubuh anda akan mula menyesuaikan diri dengan semua gejala kehamilan menjelang trimester terakhir. Pada waktu inilah anda berasa sangat lenguh badan ketika hamil disebabkan oleh kenaikan berat badan bayi.

Punca lenguh badan ketika hamil 

Selain itu jika anda mempunyai anak yang lain, keadaan anda menjadi lebih letih dari biasa. Walaupun anda telah tidur selama 8 hingga 10 jam, anda akan tetap berasa letih dan ingin tidur atau berehat dengan lebih lama. Ditambah pula dengan kerap membuang air kecil, menghadapi kesukaran untuk tidur, gangguan pencernaan, sakit kaki dan kekejangan kaki pada waktu malam. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang wanita hamil itu memerlukan rehat yang mencukupi untuk menjaga kesihatan tubuh.

Tips mengatasi lenguh badan ketika hamil

  • tidur dengan lena dan lama. Rehatkan badan anda untuk tidur siang sekerap yang mungkin.
  • minum air yang banyak bagi memastikan anda tetap terhidrat dan menyokong badan anda untuk berfungsi dengan lancar.
  • mengamalkan dan yang sihat dan seimbang dengan zat besi, karbohidrat dan lain-lain. Sayuran hijau, buah-buahan dan produk tenusu dipasteurisasi boleh diambil kerana ia memberi banyak faedah kepada kesihatan anda.
  • lakukan senaman ringan seperti yoga, berenang, berjalan kaki dengan perlahan dan lain-lain.
  • mengurangkan tekanan dengan menikmati sesi santai di spa atau salun.
  • mendapatkan rehat yang mencukupi, dengan meminta pasangan anda, anak-anak atau ahli keluarga untuk membantu kerja-kerja di rumah.
  • mendapat pengudaraan yang baik dan segar. Jauhi pencemaran dan suasana yang tidak sihat.

Tips mengatasi lenguh badan ketika hamil 

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mengatasi lenguh badan ketika hamil yang berlebihan sepanjang fasa kehamilan. Perkara yang paling penting untuk anda ialah melalui fasa ini dengan selamat dan gembira. Penjagaan yang rapi serta pengetahuan asas tentang perkara yang perlu dielakkan semasa kehamilan amat penting untuk kesihatan bayi. Hati yang tenang serta fikiran yang damai ialah jawapan yang betul untuk sebarang kerisauan.

Oleh itu keutamaan anda pada waktu ini ialah memberi perhatian yang penuh pada kesihatan diri anda kerana anda kini sedang menjaga dua nyawa. Melihat perkembangannya serta memantau kesihatan bayi adalah pengalaman yang luar biasa bagi setiap wanita. Saat pertama memegang bayi anda sendiri tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Namun di sebalik saat yang menggembirakan ini, anda harus bersedia melalui perjalanan ‘roller coaster’ bersama pasangan anda. Pengalaman ini sangat berharga bagi setiap ibubapa kerana inilah waktunya anda akan menjadi lebih matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan.