4 Punca Kulit Kering Ketika Hamil Dan Tips Lega Gatal Kulit

4 Punca Kulit Kering Ketika Hamil Dan Tips Lega Gatal Kulit

3 min bacaan

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami perubahan pada kulit mereka sebagai salah satu tanda hamil di sepanjang fasa kehamilan. Ia berlaku kerana lonjakan hormon semasa hamil. Antara masalah kulit yang mungkin akan dihadapi oleh wanita ialah jerawat, ruam kulit dan kulit kering ketika hamil sehingga menyebabkan anda berasa kulit anda panas dan terbakar.

Kulit Kering Ketika Hamil

Tapi jangan risau kerana perubahan ini adalah sementara dan tidak akan membahayakan ibu dan anak. Selepas kelahiran anak keadaan kulit anda mungkin akan kembali normal. Ini sudah tentu dengan syarat anda berusaha untuk mengelakkan masalah kulit anda dari menjadi lebih serius.

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan masalah kulit ini berlaku.

Peningkatan hormon

Hormon estrogen dan progesteron dapat mengubah keadaan kulit dan menjadikannya berminyak atau kering. Ketidakseimbangan hormon-hormon ini akan dialami oleh setiap wanita hamil, seterusnya menyebabkan masalah kulit.

Kerenggangan kulit

Sepanjang tempoh kehamilan, kulit wanita hamil akan meregang kerana pengembangan rahim yang berlaku untuk menampung janin yang sedang membesar. Apabila ia berlaku, kulit di sekitar perut akan mengembang dan menghasilkan ‘strecth mark’. Situasi ini yang menjadikan kulit menjadi lebih kering serta berasa panas seperti terbakar.

Selain itu ada juga wanita hamil mungkin merasakan kulit terbakar di kawasan payudara akibat peregangan kulit. Areola di sekitar puting juga akan menjadi sakit dan gatal kerana kulit kering ketika hamil, selain perubahan warna puting yang menjadi kemerahan akibat ruam.

Intertrigo

Intertrigo kulit kering ketika hamil

Kulit di bawah payudara yang menjadi gatal dikenali sebagai intertrigo. Keadaan kulit yang berlipat seperti di lutut serta kawasan lain akan menjadi kering dan gatal seterusnya menyebabkan rasa seperti kulit terbakar. Peningkatan rembesan kelenjar tiroid juga menyebabkan kulit rasa terbakar disertai dengan gatal dan ruam yang juga dikenali sebagai miliaria.

Diabetes kehamilan

Wanita hamil yang didiagnosis diabetes kehamilan mungkin akan mengalami kulit kering ketika hamil. Wanita hamil akan kehilangan banyak air ketika ini. Ia akan menyebabkan anda berasa seperti kulit terbakar kerana keregangan dan kulit yang kering.

Tips pemulihan di rumah

Tips pemulihan di rumah

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa gatal, ruam dan kulit kering ketika hamil. Rasa panas atau kulit terbakar boleh menjadi lebih buruk jika anda tidak mendapatkan rawatan klinikal. Namun cara terbaik untuk melegakan rasa kulit terbakar adalah dengan merujuk doktor anda.

  • JANGAN garu kulit anda yang gatal. Ia akan memburukkan rasa gatal dan terbakar anda. Walaupun ia sukar untuk dihentikan, anda perlu cuba supaya kulit anda tidak mengelupas dan menjadi lebih teruk.
  • Minum air yang banyak untuk membantu hidrasi kulit. Air bertindak sebagai agen penyahtoksin, manakala jus buah-buahan menyediakan nutrien yang penting untuk tubuh anda.
  • Menyapu minyak zaitun atau jus lidah buaya di kulit untuk melegakan rasa gatal dan kulit terbakar.
  • Menyapu minyak kelapa untuk membantu melegakan rasa kulit terbakar dan gatal-gatal.
  • Mencampurkan daun neem lembut, kunyit dan minyak bijan dan dihancurkan menjadi pes. Sapukan campuran pes ini keseluruh tubuh dan basuh selepas 1 jam dengan air suam. Campuran ini dipercayai dapat mengatasi masalah kulit semasa hamil.
  • Rujuk pakar dermatologi sekiranya rasa kulit terbakar menjadi lebih teruk. Anda mungkin akan diberikan krim atau losyen untuk yang boleh melegakan rasa kulit gatal dan terbakar.

Tips-tips melegakan gatal-gatal, ruam atau rasa kulit terbakar di atas boleh dilakukan boleh anda sendiri di rumah. Selain itu anda boleh buat kajian sendiri tentang cara-cara penjagaan kulit kering ketika hamil yang betul untuk mengurangkan masalah kulit kering ketika hamil. Konsultasi dengan pakar dermatologi serta doktor anda adalah penting supaya anda boleh mendapatkan rawatan perubatan yang sepatutnya.