Kulit Gatal Ketika Hamil: Punca dan Rawatan

3 min bacaan

Ruam serta kulit gatal ketika hamil adalah antara gejala yang biasa dialami semasa kehamilan, dan keadaan ini sangat tidak selesa untuk wanita hamil. Anda mungkin akan mula mengalami alahan mengandung gatal kulit pada trimester pertama lagi. Rasa gatal-gatal ini akan meningkat pada trimester kedua dan ketiga apabila perut mereka semakin membesar.

Ia juga mungkin akan terjadi pada tapak kaki atau tapak tangan. Namun jangan risau kerana keadaan ini adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil sepanjang kehamilan mereka. Mengapakah ia berlaku? Jawapannya ada di bawah.

Punca kulit gatal ketika hamil

Punca kulit gatal ketika hamil

Ketidakseimbangan hormon sepanjang fasa kehamilan menyebabkan anda mengalami beberapa perubahan dari segi emosi dan fizikal. Kulit gatal ketika hamil adalah salah satu perubahan yang terpaksa dihadapi semasa hamil. Setiap wanita hamil akan melalui tahap gatal yang berbeza, bergantung pada saiz badan serta cara yang mereka praktikkan semasa mengalami ketidakselesaan ini.

  1. Peningkatan estrogen dalam badan – hormon ini yang meningkat semasa hamil membuatkan tapak tangan dan kaki menjadi merah seterusnya membuatkan anda berasa gatal teruk untuk seketika. Keadaan ini tidak perlu dirisaukan kerana ia akan hilang selepas kelahiran kerana hormon estrogen dalam badan anda telah kembali pada tahap yang normal.
  2. Kulit meregang dan menjadi kering – kelenjar minyak semula jadi yang terkandung dalam kulit terjejas apabila kulit wanita hamil semakin meregang akibat peningkatan rahim sepanjang tempoh kehamilan. Kulit yang meregang ini menjadi kering dan membuatkan anda berasa gatal.
  3. Ruam kulit dan melepuh – gatal-gatal yang teruk hingga melepuh berpunca dari papula urtikaria pruritik dan plak kehamilan (PUPPP). Keadaan ini sangat teruk hingga boleh membuatkan kulit anda melepuh yang biasa berlaku pada trimester terakhir. Ia biasanya bermula di kawasan perut dan merebak ke bahagian paha dan bahagian atas badan.
  4. Jangkitan bakteria – gatal di vagina berpunca daripada jangkitan bakteria yang menyebabkan mikroba. Kadar pH yang merosot dalam badan juga mungkin akan membuatkan anda berasa gatal yang boleh menjadi lebih teruk.
  5. Pemphigoid gestation – masalah kulit ini ialah keadaan melecet di perut. Walaupun ia jarang berlaku, ia boleh membahayakan wanita hamil dan kandungannya. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang mengganggu tumbesaran janin atau risiko kelahiran pramatang.
  6. Masalah hempedu – punca lain ialah kolestasis intrahepatik yang berlaku semasa kehamilan yang disebabkan oleh aliran hempedu yang normal dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam tubuh wanita hamil. Sekitar 2% wanita mungkin akan mengalami keadaan ini menderita rasa gatal yang melampau sehingga mereka akan menggaru dengan kerap hingga luka.
Yang Berkaitan:  Jerawat Ketika Hamil: Tips Pencegahan dan Rawatan

Punca-punca lain yang menyebabkan kulit gatal ketika hamil ialah masalah kulit seperti psoriasis, eksim, dan lain-lain. Ia mungkin akan menjadi lebih teruk sepanjang kehamilan dan reda selepas kelahiran bayi.

Rawatan melegakan kulit gatal ketika hamil 

Rawatan melegakan kegatalan

  • Memakai pakaian yang longgar dan elakkan pakaian yang dibuat dari poliester atau bahan sintetik yang lain kerana ia memerangkap haba seterusnya menyebabkan kegatalan. Memakai seluar dalam kapas juga berkesan untuk mengelakkan kegatalan di faraj. Anda juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan kawasan sulit anda kering.
  • Sapu pelempab kulit yang berkualiti – ia disapu selepas mandi semasa kulit masih basah. Ia membantu kulit menyerap kelembapan dengan optimum. Produk kulit berkualiti yang mengandungi mentega koko boleh meredakan kegatalan di kulit anda. Ekstrak lidah buaya juga dikatakan dapat mengurangkan kesan regangan.
  • Gunakan sabun mandi yang sesuai, seperti produk oatmeal yang dikatakan boleh menenangkan dan melegakan kulit. Jangan gosok badan dengan berus mandi atau span semasa mandi. Mandi susu juga disarankan kerana ia dapat melegakan gatal dan mengurangkan keradangan.

Keadaan kulit gatal ketika hamil ialah satu lagi gangguan yang tidak diperlukan oleh bakal-bakal ibu. Namun, ia terpaksa dihadapi jua semasa hamil. Berita baiknya ialah ia boleh diubati dan dielakkan dengan tips-tips di atas. Rujuk doktor serta mengkaji keadaan ini untuk memahami punca masalah kulit gatal ketika hamil ini sangat bermanfaat untuk setiap wanita hamil.