Kolostrum Vaksin Bermanfaat Untuk Bayi Anda

Kolostrum: Vaksin Bermanfaat Untuk Bayi Anda

3 min bacaan

Kolostrum merupakan makanan pertama untuk bayi yang baru dilahirkan. Ia diberikan kepada bayi yang baru lahir sebelum penyusuan susu bermula. Kolostrum kaya dengan antibodi dan berfungsi melindungi bayi yang baru lahir dari jangkitan. Ia bertindak membentuk perisai di sekitar usus serta melindungi bayi dari virus dan bakteria.

Kolostrum juga membantu bayi yang baru lahir untuk membuang najis berwarna hitam (mekonium) serta mengurangkan jangkitan penyakit kuning. Pembentukan kolostrum bermula sejak awal fasa kehamilan iaitu pada minggu ke 12 hingga 14. Ia mengandungi banyak kebaikan serta nutrien yang berguna bagi bayi yang baru lahir. Ia menyediakan sistem pencernaan baik untuk menyerap dan mencerna susu.

kolostrum

Kolostrum berbeza dengan susu matang dalam pelbagai perkara. Ia mempunyai kuantiti gula dan lemak yang kurang berbanding susu matang tetapi mempunyai lebih banyak garam dan protein. Warnanya kekuningan serta mempunyai ketumpatan yang lebih pekat. Berikut adalah antara mengapa penyusuan awal sejurus kelahiran disarankan kepada ibu-ibu.

Kebaikan kolostrum susu ibu

Kolostrum boleh dianggap sebagai vaksin untuk bayi, juga dikenali sebagai immunoglobulin A (IgA). Ia berbeza dengan immunoglobulin G (IgG) yang diterima oleh janin melalui plasenta semasa kehamilan. IgG menjaga sistem peredaran baik di mana IgA bertanggungjawab untuk meningkatkan daya tahan badan melindungi bayi daripada gangguan mikroorganisma antigen dan selaput lendir di usus, tekak dan paru-paru.

IgA menghalang jangkitan bakteria morbifik. Dalam masa yang sama kolostrum memainkan yang penting dalam meningkatkan pergerakan makanan (peristaltik) di usus yang membantu bayi baru lahir untuk mengeluarkan mekonium dengan mudah.

Pengeluaran kolostrum pada awal kehamilan memberikan perubahan yang jelas pada payudara. Payudara akan mula menghasilkan kolostrum semasa trimester kedua kehamilan. Kolestrol pada awalnya berwarna kekuningan, namun menjadi lebih jernih setelah kelahiran bayi.

Vaksin untuk bayi anda

Kolostrum mungkin akan dikeluarkan setiap kali payudara diurut atau semasa rangsangan seksual. Anda tidak perlu panik atau risau sekiranya ia berlaku, dan sebenarnya ia jarang berlaku. Wanita hamil yang tidak mengeluarkan kolostrum semasa kehamilan masih boleh menghasilkan susu untuk bayi yang baru lahir.

Jumlah pengeluaran kolostrum sepanjang tempoh kehamilan tidak ada hubungan dengan pengeluaran susu selepas kelahiran. Sesetengah wanita hamil dijangkakan mengalami pengeluaran kolostrum semasa kehamilan manakala yang lain mungkin mengeluarkan beberapa titisan sahaja. Kadar kolostrum yang dikeluarkan mungkin berbeza dari satu sudu teh sehingga ke 1ouns.

Kuantiti yang lazimnya dihasilkan selepas 24 jam pertama kelahiran bayi ialah 37 ml, dan bayi yang baru lahir biasanya memerlukan 7ml hingga 14 ml kolostrum setiap kali susuan.

Setelah susu matang mula dihasilkan oleh ibu, ia dikenali sebagai ‘susu peralihan’. Ia adalah campuran susu matang dan kolostrum yang dihasilkan sekitar 4 hingga 10 hari selepas kelahiran bayi. Pengeluaran susu yang meningkat memberikan kesan kepada payudara ibu di mana gula dan lemak akan meningkat tetapi kandungan protein mula menurun.

kolostrum berwarna kekuningan

Pada awal penyusuan, susu matang akan berwarna kekuningan kerana kewujudan kolostrum namun ia akan berubah warna selepas dua minggu penyusuan. Ia dikenali sebagai susu matang murni yang mengandungi antibodi serta membantu daya tahan bayi. Walau bagaimanapun, kekuatan antibodinya kurang jika dibandingkan dengan nutrien yang ada dalam kolostrum.

Sekiranya berlaku kebocoran kolostrum semasa kehamilan atau pun tidak, ia adalah perkara normal. Anda tidak perlu risau kerana perkara ini tidak akan mempengaruhi penyusuan bayi baru lahir. Namun jika anda masih berasa sangsi atau risau serta merasa tidak selesa, rujuklah pakar sakit puan anda untuk pemeriksaan menyeluruh. Ia akan dapat membantu menjawab segala persoalan yang anda ada tentang pengeluaran kolostrum sewaktu hamil.