6 Kesan Buruk Pengguguran Bayi Jadi Penghalang Hamil Semula

2 min bacaan

Sesetengah wanita yang mengalami keguguran atau beberapa kali keguguran akan berasa sedih dan risau tentang kesan buruk pengguguran bayi dan kehamilan akan datang. Adakah mereka akan boleh hamil lagi? Apakah komplikasi yang sama akan berulang? Jangan runsing… Kemungkinan untuk seseorang wanita untuk kembali hamil selepas mengalami keguguran itu tetap ada.

Kesan Buruk Pengguguran Bayi

Terdapat beberapa contoh di mana wanita yang menjalani prosedur menggugurkan bayi dan masih boleh hamil selepas prosedur tersebut. Kitaran ovulasi seseorang wanita itu akan kembali seawal 2 minggu selepas menjalani prosedur menggugurkan bayi. Kitaran haid pula akan bermula semula selepas 4 – 6 minggu. Namun risiko tetap ada dan mungkin akan dialami oleh sesetengah wanita.

Kesan-kesan buruk pengguguran bayi:

Sindrom post abortive

Keadaan ini dialami oleh segelintir wanita yang baru mengalami keguguran. Sindrom ini ialah perasaan gelisah, murung atau rasa bersalah kerana memilih untuk menggugurkan bayi mereka. Ia boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap ibu dan mungkin akan mempengaruhi kesihatannya. Perasaan yang negatif ini membuatkan ibu berasa murung dan memberi kesan yang tidak sihat kepada dirinya, dan mungkin membuatkannya sukar untuk hamil semula.

Tempoh untuk hamil semula selepas keguguran

Tempoh untuk hamil semula selepas keguguran kesan buruk pengguguran bayi

Wanita yang ingin hamil semula selepas pengguguran memerlukan tempoh masa yang lama untuk merehatkan diri serta rahim dan serviks mereka. Jika mereka hamil semula sejurus selepas prosedur keguguran, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan seperti kelahiran pramatang dan juga keguguran. Ia juga boleh menyebabkan wanita tersebut berhadapan dengan komplikasi yang membahayakan diri mereka.

Parut di lapisan uterus

Kesan yang boleh menjejaskan peluang seseorang wanita untuk hamil semula ialah parut yang wujud selepas pengguguran di lapisan uterus. Parut ini boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat seterusnya terpaksa berhadapan dengan kemungkinan untuk mandul.

Plasenta yang kekal dalam tubuh selepas prosedur

Plasenta perlu dikeluarkan setelah prosedur pengguguran. Jika ia kekal dalam tubuh, komplikasi boleh berlaku dan memudaratkan wanita tersebut. Doktor yang bertanggungjawab akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan tiada sisa-sisa plasenta di dalam rahim wanita.

Pendarahan

Pendarahan mungkin akan berlaku selepas prosedur ini, tempoh ia berlaku bergantung kepada tubuh wanita tersebut.

Prosedur pengguguran yang gagal

Prosedur pengguguran yang gagal kesan buruk pengguguran bayi

Terdapat beberapa situasi di mana selepas prosedur pengguguran dilakukan, rahim wanita tersebut kuat dan teguh dan kehamilan berterusan seperti biasa. Seseorang wanita yang hamil akan mengalami gejala seperti mual, sakit payudara, pening dll. Namun keadaan ini sangat jarang berlaku, dan ia bergantung kepada tempoh kehamilan seseorang wanita itu dan tahap perkembangan bayinya. Adalah lebih baik untuk anda memastikan status kehamilan anda dengan ke hospital dan jalani pemeriksaan menyeluruh.

Kemungkinan untuk hamil semula selepas pengguguran adalah 50 – 50, iaitu mungkin ya atau mungkin tidak berjaya. Apa yang penting ialah untuk mengenalpasti kehendak diri sendiri dan menilai persediaan kendiri untuk menjadi seorang ibu. Jadi, bagi wanita yang mungkin telah biasa hidup dengan kerjaya dan pasangan mereka, mungkin sudah tiba masa untuk anda pertimbangkan memiliki bayi dan menambah ahli keluarga anda.