Fahami Kesan Bau Cat Kepada Ibu Mengandung, Jangan Cat Dulu

3 min bacaan

Seringkali seseorang menutup hidung atau membuat riak wajah yang tidak selesa apabila melangkah masuk ke dalam bilik yang baru dicat. Mengapa ya? Cat yang meliputi bilik mengandungi bahan kimia yang berpotensi membahayakan ibu dan bayi. Pendedahan yang lama mungkin akan meninggalkan kesan bau cat kepada ibu mengandung yang buruk seperti sakit kepala, pening, mengganggu sistem pernafasan dan membuatkan seseorang wanita hamil itu batuk.

Berikutan keadaan ini, kebanyakan wanita hamil berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk mengecat rumah mereka. Tetapi bagaimana dengan wanita hamil yang mempunyai kerjaya sebagai seorang pelukis? Adakah mereka perlu berhenti kerja? Tiadakah cara yang boleh melindungi diri mereka dan bayi dari bahan kimia yang berbahaya itu?

Bagaimana ia berlaku?

Bahan kimia yang terkandung dalam cat di antaranya ialah logam seperti zink, oleh itu ia akan meninggalkan kesan bau cat kepada ibu mengandung jika terdedah pada bahan toksik ini. Ia adalah kebiasaan apabila wanita hamil disarankan untuk tidak berada berhampiran ruang atau bilik yang sedang atau baru selesai dicat. Udara yang tercemar dengan bahan kimia dari cat ini akan dihirup oleh ibu seterusnya membahayakan bayi dalam kandungan.

Kesan bau cat kepada ibu mengandung

Kesan bau cat kepada ibu mengandung

Terdapat dua jenis cat, iaitu yang mengandungi pelarut (bahan kimia tambahan) sementara yang lain dikategorikan sebagai cat berasaskan air. Kajian menyatakan bahawa cat yang berasaskan pelarut akan membahayakan kesihatan jika dihidu. Namun, adakah keadaan ini akan membawa risiko yang sama terhadap perkembangan bayi dalam kandungan?

Beberapa kajian menegaskan bahawa pendedahan kepada bauan cat kepada wanita hamil akan mempengaruhi bayi yang belum lahir. Antara kesan bau cat kepada ibu mengandung adalah seperti berikut:

  • Kandungan bahan kimia di dalam cat membuatkan ia berbahaya kepada wanita hamil dihirup dan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang lahir.
  • Selain itu, hasil kajian juga menyatakan jika ibu hamil terdedah pada bauan cat dalam masa yang sangat lama, risiko keguguran mungkin berlaku.
  • Ia termasuk dengan kecacatan mental atau kelembapan pembelajaran sekiranya bau cat tersebut dihidu oleh wanita hamil.
  • Bagi wanita yang terlibat dalam perniagaan penyemburan cat kenderaan, mereka mungkin terpaksa menghirup bahan kimia ini hampir setiap hari. Kajian perubatan menunjukkan bayi yang dilahirkan wanita-wanita ini mungkin akan mengalami keabnormalan seperti wujud lubang di dinding perut mereka.

Keputusan yang harus dibuat untuk mengelakkan kesan bau cat kepada ibu mengandung

Walaupun cat yang berasaskan air yang tidak mempunyai pelarut sebagai bahannya, juga mengandungi bahan kimia untuk membuat serbuk cat. Toksik bauan cat ini juga sangat busuk dan mungkin akan meninggalkan kesan bau cat kepada ibu mengandung seperti berasa sangat tidak selesa dan jatuh sakit.

Keputusannya?

Setelah pelbagai kajian menyatakan bauan cat mengandungi bahan kimia serta toksik yang berbahaya dan boleh meninggalkan kesan bau cat kepada ibu mengandung dan menyebabkan pelbagai komplikasi terutamanya terhadap kandungan, adalah bijak untuk menangguhkan sebarang keperluan mengecat bilik atau rumah buat masa ini.

Jika ia sangat perlu, maka wanita hamil perlu berada di tempat lain semasa proses mengecat dijalankan dan selepas proses mengecat selesai (sekurang-kurangnya seminggu sehingga bau cat hilang). pasangkan kipas di dalam bilik yang baru dicat untuk menghilangkan bau cat dengan segera.

Jika bilik tersebut terbuka, masa yang diperlukan adalah lebih singkat berbanding bilik yang tertutup tanpa tingkap. Sekiranya seseorang wanita hamil memasuki bilik atau ruang yang baru dicat, pakailah pelitup mulut (mask) untuk mengelakkan bauan cat yang mengandungi toksik dihirup.

Begitu juga dengan wanita hamil yang bekerja sebagai seorang pelukis, sama ada memakai pelitup mulut untuk mengurangkan pendedahan pada bahan kimia cat atau warna, atau simpan berus anda untuk sementara waktu. Sentiasa utamakan kesihatan bayi anda, dan patuhi semua langkah-langkah keselamatan yang perlu.