Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Tiap Trimester

3 min bacaan

Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Tiap Trimester

Wanita bersetuju tentang satu perkara sekiranya ditanya tentang kenaikan berat badan mereka semasa kehamilan. Ia adalah ‘ Apakah berat badan ideal yang perlu dicapai semasa hamil?’ Doktor pasti akan memeriksa kenaikan berat badan wanita hamil semasa lawatan rutin kehamilan. Dan mungkin ada sesetengah daripada anda terpaksa berdepan dengan bebelan doktor kerana mengalami kenaikan berat badan yang berlebihan.

Kenaikan berat badan yang dipersetujui oleh doktor sebelum ini adalah sebanyak 9 hingga 11 kg. Walau bagaimanapun, pandangan ini berubah apabila faktor berat badan wanita sebelum kehamilan perlu dipertimbangkan untuk mengenalpasti jumlah kenaikan berat yang sepatutnya dicapai semasa hamil.

Kebanyakan nutrien daripada badan anda akan diambil oleh bayi anda, oleh itu sangat penting untuk anda mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang sepanjang kehamilan.

Sekiranya seseorang wanita hamil itu tidak mengambil makanan yang bernutrisi, bayi yang dilahirkan akan mengalami risiko kurang berat badan. Bayi tersebut mungkin akan terdedah kepada komplikasi kesihatan tertentu yang mempengaruhi paru-paru, sistem saraf dan gastrousus.

Peningkatan berat badan yang dianggap normal semasa kehamilan sering berlaku pada trimester ketiga (ke-3), yang disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar perkembangan menjelang tempoh kelahirannya. Anda mungkin akan berasa mudah lapar pada trimester pertama dan kedua, kerana anda memerlukan banyak tenaga untuk bayi anda yang semakin membesar.

Rutin pemakanan yang seimbang perlu diamalkan serta elakkan makanan yang mempunyai lemak atau gula yang berlebihan.

Jumlah berat badan yang anda dapati semasa hamil akan dapat dikenal pasti oleh doktor mengikut trimester kehamilan anda. Berat anda sebelum hamil akan dipertimbangkan dan dikira mengikut jadual kenaikan berat badan yang dihasilkan oleh Akademi Sains Nasional Amerika Syarikat. Melalui jadual ini, pengiraan kenaikan berat badan yang disyorkan akan dikira berdasarkan BMI sebelum anda hamil.

BMI atau indeks jisim badan anda adalah cara mengukur berat normal yang perlu anda capai dengan menggunakan persamaan matematik. Dua (2) perkara akan diambil kira iaitu tinggi dan berat badan anda. Persamaan sebenarnya ialah tinggi badan anda, kuasa dua(2), dibahagi dengan berat badan anda dan didarabkan dengan 705.

Sekiranya anda menggunakan sistem metrik, bahagikan berat anda dalam kilogram dengan panjang anda dalam meter sebanyak dua (2) kali.
Contohnya jika anda 5’4 “dan 120 paun: 120 / (64X64) X 705 = 20.65 (BMI).

Dalam metrik berat 55.54 dan tinggi 1.62 meter – bahagikan berat dengan tinggi dua (2) kali dan BMI = 21.1

Menurut National Academy of Science, kenaikan berat badan yang disyorkan semasa hamil bagi kenaikan sebanyak 27 hingga 39 paun (jika BMI kurang dari 19.8), kira-kira 25 hingga 35 paun (jika BMI anda adalah 19.8-26), kira-kira 15 hingga 25 paun (jika BMI anda adalah 26-29) dan sekurang-kurangnya 13 paun (jika BMI anda melebihi 29).

Bingung? Gunakan Kalkulator Berat Badan Ideal Ibu Hamil.

Peningkatan berat badan semasa hamil tidak boleh disalahanggap sebagai kegemukan. Definisi kegemukan ialah pengumpulan lemak yang berlebihan tetapi kenaikan berat badan semasa kehamilan adalah kerana berat plasenta dan bayi.

Kebanyakan wanita mungkin melalui keadaan di mana mengalami peningkatan berat badan secara berlebihan semasa hamil. Keadaan ini bertambah teruk apabila mereka sukar menurunkan berat badan selepas kelahiran bayi, dan ini dijadikan sebagai alasan untuk tidak mengambil makanan yang seimbang semasa kehamilan mereka.

Keadaan ini hanya meningkatkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang rendah seterusnya mendatangkan risiko masalah neurologi, gastrousus dan suhu rendah.

Komplikasi ini adalah kadaan yang berpanjangan dan mungkin akan dialami oleh bayi anda seumur hidupnya. Oleh itu, ingatlah bahawa keutamaan anda semasa hamil adalah bayi anda.