Panduan Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Normal: 10-15kg

Panduan Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Normal: 10-15kg

2 min bacaan

Perkara yang paling ditakuti oleh setiap wanita ialah kenaikan berat badan. Namun, wanita hamil tidak begitu memikirkan tentang kenaikan berat badan ibu hamil normal asalkan bayi dalam kandungannya sihat dan mendapat nutrien secukupnya. Pertambahan berat badan wanita semasa mengandung adalah perkara yang normal. Ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Walau bagaimanapun, tahukah anda berapa banyak kenaikan berat badan ibu hamil normal yang ideal untuk wanita hamil?

Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil Normal

Setiap wanita tidak akan mempunyai anggaran kenaikan berat yang sama, dan ia bergantung kepada pelbagai faktor.

Doktor anda yang akan menentukan anggaran berat yang perlu anda boleh capai semasa tempoh kehamilan anda. Antara panduan yang boleh diikuti. Jika anda

  • seorang yang kurang berat badan, kenaikan berat yang dinasihatkan ialah sekitar 13-18 kg
  • dari kategori berat normal, jumlah kenaikan berat badan yang sesuai ialah sekitar 11-16 kg
  • tergolong dari kategori yang agak berat, anggaran kenaikan berat badan anda ialah dalam lingkungan 7-11 kg
  • gemuk, kenaikan berat yang disyorkan ialah sekitar 7 kg
  • mengandungkan kembar, maka kenaikan berat badan anda akan juga bertambah lebih banyak

Pertambahan berat badan

Pertambahan berat badan

Wanita hamil yang mengalami ‘morning sickness’ pasti berasa gembira kerana berat mereka tidak akan bertambah semasa trimester pertama. Diet pemakanan yang sihat untuk wanita hamil perlulah dijaga, kerana pengambilan kalori mereka akan meningkat sebanyak 150-200 kalori. Rutin pemakan yang berkhasiat amat penting bagi wanita hamil. Mereka perlu mengambil makanan yang tinggi nutriennya seperti dari buah, sayuran dan produk tenusu seperti yogurt rendah lemak.

Kekurangan berat badan

Bagi wanita hamil yang pada awalnya memang mempunyai berat badan di bawah aras BMI yang sihat, pengambilan kalori harian anda perlu ditingkatkan sebanyak 300-500 kalori. Mengapakah anda memerlukan penambahan kalori ini? Anda akan memerlukan berat tambahan supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat pada masa dan tarikh yang ditetapkan oleh doktor.

Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan kenaikan berat badan ibu hamil normal

Wanita hamil dengan berat badan berlebihan perlu berhati-hati di dalam pemilihan diet pemakanan harian mereka. Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan diabetes kehamilan boleh dihidapi oleh wanita hamil, walaupun mereka tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum mengandung.

Amalan diet atau berlapar bukanlah satu jalan penyelesaian untuk anda, terutamanya ketika anda sedang hamil. Anda perlu menambah berat anda, untuk pertumbuhan bayi atau badan anda akan mula memecah lemak yang sedia ada dalam badan anda dan menghasilkan keton yang boleh membahayakan bayi.

Cara mengira kenaikan berat badan ibu hamil normal

Jika berat bayi anda sekitar 3-3.6 kg, berat selebihnya adalah berat anda sendiri. Berikut pecahan berat selebihnya:

  • Bayi = 3-3.6 kg
  • Peningkatan saiz payudara = 0.5-1.4 kg
  • Kenaikan berat rahim = 0.9 kg
  • Placenta = 0.45-0.9 kg
  • Cecair mengelilingi bayi = 0.9 kg
  • Peningkatan bekalan darah = 1.4 kg
  • Penumpukan cecair = 0.9-1.4 kg
  • Penyimpanan lemak = 2.7-3.6 kg

Ini seterusnya menjadikan kenaikan berat badan ibu hamil normal sebanyak 10-15 kg.

Apa yang perlu anda ingat di sini ialah kenaikan berat badan ibu hamil normal tidak dapat dielakkan sepanjang tempoh kehamilan. Komunikasi dengan doktor anda juga penting untuk mengetahui perkara yang penting semasa kehamilan anda. Doktor anda akan memberikan nasihat dan memantau kenaikan berat badan anda serta mengenalpasti sekiranya anda mengalami masalah berkaitan sepanjang tempoh kehamilan.