4 Situasi Kejang Perut Trimester Pertama Anda Mesti Bezakan

4 Situasi Kejang Perut Trimester Pertama Anda Mesti Bezakan

3 min bacaan

Kebanyakan wanita hamil akan bersetuju bahawa trimester pertama adalah tempoh yang paling mencabar untuk mereka terutamanya kejang perut trimester pertama yang berlaku. Hormon akan menjadi lemah manakala badan berusaha untuk menyesuaikan perubahan yang berlaku dengan janin dan mempersiapkannya secara mental dan fizikal menjelang kelahiran.

Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah. Terdapat banyak perkara serta ketidakselesaan yang perlu dihadapi oleh ibu hamil. Perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan menyebabkan perubahan fizikal serta memberi tekanan kepada wanita hamil.

spotting kejang perut trimester pertama

Pelbagai ketidakselesaan akan berlaku pada trimester pertama seperti kekejangan dan ‘spotting‘. ‘Spotting’ adalah pengeluaran darah yang sedikit dan tidak membahayakan ibu dan bayi. Walaubagaimanapun, sebarang ketidakselesaan yang berlaku tetap akan merundingkan ibu.

Adakah normal sekiranya kejang perut trimester pertama kehamilan berlaku? Antara sebab-sebabnya adalah:

Kejang perut trimester pertama tanpa pendarahan

Di antara perkara yang akan dialami oleh wanita hamil pada trimester pertama ialah kekejangan atau ‘cramping’ dan tiada pendarahan. Kebanyakan wanita bersetuju bahawa kejang perut akan berlaku di peringkat awal fasa kehamilan dan ia adalah perkara normal. Sekiranya tiada pendarahan berlaku, ini bermaksud bahawa kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

Kekejangan atau dipanggil kejang perut trimester pertama yang berlaku adalah persediaan tubuh anda menyesuaikan diri untuk menampung janin di dalam rahim. Rahim anda sedang cuba mengembang oleh itu berlaku kekejangan tanpa pendarahan. Adalah sangat penting untuk setiap wanita hamil untuk kerap minum air dan makan makanan yang seimbang supaya dapat membantu rahim anda berkembang di sekitar jalan.

kejang perut trimester pertama

Kekejangan ringan

Kejang perut trimester pertama dengan biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Ia berlaku mungkin selepas hubungan intim, mendapat orgasme atau disebabkan oleh pundi kencing yang penuh. Ini seterusnya merangsang rahim serta membuatkan wanita hamil mengalami kekejangan ringan. Selain itu ini juga menunjukkan bahawa tubuh anda sedang bersedia untuk kehamilan serta bulan-bulan yang mendatang sehinggalah kelahiran bayi yang ditunggu.

‘Spotting’ dan ‘cramping’

Wanita hamil akan berasa sangat takut apabila keluar darah semasa kehamilan. Keadaan ini akan menyebabkan ketakutan dan berasa bahawa mereka akan mengalami keguguran. Bagaimanapun ia tidak selalunya berlaku. Pengeluaran darah yang ringan dan kejang perut trimester pertama itu mungkin berlaku kerana implantasi.

Ini bermaksud embrio sedang ditanam di rahim dan ia menyebabkan dinding endometrium mengeluarkan sedikit darah. Warna darah yang keluar lebih berwarna coklat cair dan teksturnya tidak sama seperti pendarahan menstruasi. Pengeluaran darah sedikit akan diiringi dengan kekejangan yang ringan. Terdapat beberapa situasi di mana kedua-dua gejala ini dialami oleh wanita hamil setelah melakukan persetubuhan.

Situasi yang memerlukan rawatan perubatan

Kejang perut trimester pertama kehamilan yang ringan dan biasa berlaku tidak dianggap berbahaya. Namun terdapat beberapa situasi yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Untuk mengetahui gejala-gejala tersebut, baca selanjutnya 5 Gejala Kejang Perut Di Awal Kehamilan (YANG BERBAHAYA).

situasi yg memerlukan rawatan kejang perut trimester pertama

Kehamilan terancam

Sekiranya seseorang wanita hamil mengalami pendarahan serta kekejangan, doktor mungkin akan mencadangkan ujian ultrasound. Ini kerana keadaan seperti ini dianggap sebagai ‘kehamilan terancam’. Ia bermaksud bahawa wanita hamil tersebut mengalami gejala keguguran tetapi kehamilannya masih selamat dan sihat. Walaupun begitu mereka masih perlu berhati-hati kerana keadaan ini mungkin akan berlanjutan.

Kehamilan ektopik

Salah satu punca berlaku kekejangan ialah kehamilan ektopik. Ia bermaksud embrio ditanam di luar rahim, di dalam salah satu tiub fallopio. Gejala kehamilan ektopik berlaku sekitar minggu ke-4 kehamilan ialah sakit perut, pendarahan serta rasa sakit yang bertambah buruk selepas melakukan aktiviti fizikal. Ujian ultrasound perlu dijalani supaya doktor dapat membuat pemeriksaan menyeluruh dan melihat keadaan kandungan anda.

Keguguran

Kehilangan kehamilan dalam 20 minggu pertama disebut keguguran. Gejala pertama yang akan dialami ialah keputihan diikuti kekejangan perut atau kesakitan yang berterusan selama beberapa jam atau beberapa hari. Pendarahan akan bermula dengan pengeluaran yang sedikit dan bertambah banyak sepanjang tempoh kekejangan. Sekiranya anda mengalami sebarang tanda-tanda ini segera hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Kejang perut trimester pertama yang dialami oleh wanita hamil pada awal kehamilan adalah perkara biasa namun sekiranya ia diiringi dengan pendarahan atau rasa tajam yang semakin teruk segera hubungi doktor anda.

Baca seterusnya: 4 Punca Perut Kejang Trimester Kedua Dan Cara Melegakannya.