4 Punca kejang perut semasa hamil anda mesti perhatikan

4 Punca Kejang Perut Semasa Hamil Anda Mesti Perhatikan

3 min bacaan

Wanita hamil yang mengandungkan anak pertama akan mudah berasa risau tentang apa-apa perubahan atau komplikasi yang berlaku sepanjang tempoh kehamilannya. Kejang perut semasa hamil merupakan perkara yang tidak perlu dirisaukan kerana ia adalah perkara normal yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

Sepanjang fasa kehamilan anda akan melalui banyak perubahan fizikal yang memberi banyak tekanan pada badan anda. Perubahan hormon juga akan berlaku yang menyebabkan kejang perut semasa hamil.

Kekejangan boleh bermula dengan rasa sakit yang ringan sehingga menjadi lebih teruk, bergantung kepada situasi yang tertentu. Antara sebab-sebab utama kejang perut semasa hamil ialah:

Implantasi

Sesetengah wanita hamil akan mengalami kejang perut semasa hamil yang ringan kepada minggu pertama atau minggu kedua kehamilan. Ia berpunca dari implantasi yang merupai kekejangan menstruasi. Situasi ini akan berhenti setelah kehamilan seseorang wanita itu disahkan sebagai positif.

Implantasi kejang perut semasa hamil

Kerenggangan rahim

Ukuran janin yang membesar, ligamen, otot serta organ yang mengelilingi rahim akan memberikan tekanan yang banyak ke atas tubuh anda. Anda akan berasa kekejangan di kedua sisi perut anda serta kawasan yang berhampiran pelvis. Sekiranya anda ubah posisi, kekejangan tersebut akan hilang.

Rahim yang mengembang memberikan tekanan tambahan ke atas otot dan ligamen kaki. Ini menyebabkan kekejangan kaki semasa hamil. Kekejangan akibat rahim yang meregang biasanya akan bermula dari trimester kedua dan akan menjadi lebih buruk sepanjang tempoh kehamilan.

Punca lain yang normal

Kembung perut dan sembelit semasa kehamilan juga boleh mengakibatkan kejang perut semasa hamil. Semasa trimester ketiga, apabila otot rahim bersiap sedia untuk proses kelahiran, rahim akan menguncup dan menyebabkan kekejangan yang berlaku secara berjadual 1 atau 2 minit. Kekejangan dan tahap kesakitannya akan meningkat di sekitar tarikh kelahiran yang ditetapkan oleh doktor.

Punca lain yang normal

Jenis kekejangan perut ini dikenali sebagai kontraksi Braxton-Hicks atau amaran palsu. Braxton Hicks biasanya akan berlaku di minggu terakhir kehamilan, disertai dengan rasa sakit dan pengeluaran cecair keputihan.

Komplikasi kehamilan

Sekiranya anda mengalami kekejangan yang tinggi dengan pendarahan, maka itu adalah tanda komplikasi kehamilan. Pendarahan yang banyak secara berterusan yang dialami bersama kekejangan juga boleh menjadi petanda keguguran. Manakala sekiranya pendarahan yang ringan berlaku, ini mungkin merupakan tanda amaran keguguran.

Itu kehamilan ektopik juga boleh menyebabkan kekejangan dengan wanita hamil. Rasa sakit perut yang tajam di satu sisi, ‘spotting‘ atau pendarahan ketika hamil mungkin akan/tidak akan berlaku. Perkara ini biasanya terjadi apabila implantasi berlaku di luar rahim.

Sekiranya ini berlaku, rawatan perubatan yang segera diperlukan. Walau bagaimanapun tidak semua kes kekejangan akan menjurus kepada keguguran. Namun lebih selamat untuk anda merujuk doktor sekiranya mengalami sebarang gejala di atas.

Baca lebih lanjut: Perut Kejang Tanda Awal Kehamilan Atau Komplikasi?

Rawatan untuk kejang perut semasa hamil

Sekiranya anda merasa tidak selesa akibat kekejangan, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk melegakan ketidakselesaan anda. Apabila anda mengubah posisi badan, lakukan ia secara perlahan-lahan. Jika anda mengalami kekejangan ligamen yang ringan, anda boleh menggunakan botol air panas atau pek panas dan letakkan ia di perut atau mana-mana kawasan yang rendah.

Rawatan untuk kejang perut semasa hamil

Sekiranya anda mengalami masalah kembung perut, lakukan beberapa senaman ringan atau yang paling mudah iaitu berjalan-jalan. Rujuk doktor anda untuk memastikan senaman yang anda lakukan tidak akan membahayakan anda dan bayi. Elakkan berdiri atau duduk di posisi yang sama untuk masa yang lama.

Mandi air buih suam sebelum waktu tidur akan dapat membantu mengelakkan kekejangan kaki pada sebelah malam. Sekiranya kekejangan itu teruk, Anda mungkin boleh mengambil vitamin dan supplemen magnesium mengikut arahan doktor. Selain itu minum air yang banyak untuk kesihatan badan anda.

Oleh itu tidak semua gejala menyebabkan kejang perut semasa hamil membahayakan. Apa yang penting ialah peka dengan perubahan yang anda alami serta rujuklah doktor anda jika mengalami gejala yang serius.