5 Gejala Kejang Perut Di Awal Kehamilan (YANG BERBAHAYA)

5 Gejala Kejang Perut Di Awal Kehamilan (YANG BERBAHAYA)

3 min bacaan

Wanita hamil mungkin akan menghadapi kejang perut di awal kehamilan mereka. Situasi ini sering disalah sangka dengan kekejangan haid atau keguguran. Tapi jangan risau, kerana kekejangan yang ringan adalah normal pada awal kehamilan. Adakalanya wanita hamil yang mengalami kekejangan ini mungkin juga mengalami ‘spotting‘. ‘Spotting’ ialah pengeluaran titisan darah yang sedikit pada awal kehamilan. Kedua-dua gejala ini, kekejangan dan ‘spotting’ adalah petanda awal yang akan dialami oleh wanita hamil.

kejang perut di awal kehamilan

Punca kejang perut semasa kehamilan

  • Kebanyakan wanita akan mengalami kejang perut di awal kehamilan, seiring dengan pendarahan awal kehamilan ringan iaitu ‘ spotting’.
  • Salah satu penyebab kejang perut di awal kehamilan adalah implantasi telur yang disenyawakan di dinding rahim. Sekiranya anda mengalami pendarahan ringan, ia mungkin gejala pendarahan implantasi.
  • Selain itu, kekejangan rahim pada awal kehamilan adalah disebabkan oleh rahim anda yang mengembang untuk menampung embrio yang sedang membesar.
  • Kesakitan ligamen juga boleh menyebabkan kekejangan ini. Terdapat beberapa ligamen yang berfungsi menampung rahim seterusnya berkembang untuk memberi ruang kepada bayi. Ligamen juga membantu meregangkan dan menyokong rahim yang kini sedang menampung bayi anda. Ligamen bulat yang meregang akan menyebabkan kekejangan perut semasa awal kehamilan.

Punca kejang perut semasa kehamilan

Saya bimbang tentang kejang perut di awal kehamilan, yang patut saya lakukan?

Adalah perkara biasa sekiranya anda berasa risau dengan rasa sakit dan kekejangan yang dialami. Namun kejang perut di awal kehamilan adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap wanita hamil. Rasa sakit dan ‘cramping’ yang dialami hampir menyerupai rasa sakit yang sama ketika datang bulan.

Namun anda perlu berhati-hati sekiranya tahap kesakitan yang anda alami menjadi semakin teruk. Selain itu jika anda mengalami pendarahan yang banyak, ia mungkin menjadi tanda keguguran atau kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik terjadi apabila implantasi telur yang disenyawakan berlaku di luar rahim. Ini biasanya terjadi pada salah satu tiub Fallopian. Jika ini berlaku, anda mungkin akan mengalami kekejangan yang teruk terutamanya di satu sisi badan anda.

Selain itu, pendarahan yang berterusan bersama kesakitan yang teruk boleh menjadi petanda awal keguguran. Berikut adalah beberapa situasi yang bukan dianggap sebagai kekejangan perut pada awal fasa kehamilan yang biasa. Rawatan perubatan diperlukan dengan segera sekiranya anda mengalami mana-mana gejala di bawah.

  • rasa kekejangan yang terjadi selama 3 hingga 4 hari
  • sepanjang kekejangan, bahagian bawah perut anda menjadi lembut
  • kesakitan yang sangat teruk selama 24 jam sehingga anda tidak mampu bergerak
  • keluar darah berwarna merah jambu atau gumpalan darah berwarna kelabu
  • kesakitan yang teruk di satu sisi perut bawah yang mungkin merupakan gejala kehamilan ektopik. Sekiranya ia tidak dikesan dengan lebih awal tiub fallopian akan pecah selepas persenyawaan

Kehamilan ektopik kejang perut di awal kehamilan

Pendarahan ringan atau kejang perut di awal kehamilan lazimnya tidak perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami kekejangan yang teruk serta pengeluaran darah yang banyak, segera hubungi doktor anda untuk rawatan selanjutnya. Anda perlu selalu merujuk dan bertanya kepada doktor anda meskipun gejala yang dialami adalah normal.

Pertumbuhan dan perkembangan bayi adalah perkara yang perlu diutamakan oleh setiap wanita hamil. Pemeriksaan yang menyeluruh di hospital sangat digalakkan untuk memastikan bayi anda sihat. Kekejangan berterusan pada awal kehamilan dapat dikurangkan dengan pengambilan air yang banyak serta mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

Selain itu kurangkan aktiviti seksual anda sekiranya anda mengalami kekejangan yang teruk semasa awal kehamilan. Mandi buih dan air panas juga dapat mengurangkan gejala ini, selain penggunaan pek pemanasan. Amalkan rutin pemakanan yang sihat, dapatkan rehat yang secukupnya atau cuba beberapa teknik meditasi. Anda jaga kesihatan anda, kesihatan bayi anda juga terjamin.