Tidak Semua Kejang Kaki Ketika Mengandung Perlu Doktor

3 min bacaan

Kejang kaki ketika mengandung berlaku apabila otot kaki menguncup secara tiba-tiba. Keadaan ini sangat menyakitkan dan sering dialami oleh wanita hamil. Biasanya atlit atau individu yang melakukan aktiviti yang lasak sering mengalami kekejangan kaki setelah menjalani latihan berat.

Selain itu, duduk bersilang kaki atau diletakkan secara melunjur dalam tempoh yang lama juga akan menyebabkan kekejangan kaki, paha atau betis. Terdapat punca-punca lain yang boleh menyebabkan wanita hamil mengalami kejang kaki ketika mengandung.

Punca kejang kaki ketika mengandung

Punca kejang kaki ketika mengandung

  1. Kenaikan berat badan yang berlebihan – punca utama kejang kaki ketika mengandung berlaku. Kaki yang menampung berat badan yang bertambah sepanjang kehamilan akan berasa sakit dan kejang. Kesakitan dan kekejangan ini mungkin akan menjadi lebih teruk jika berat anda bertambah dengan sangat banyak. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah perkara normal kerana ia adalah kombinasi berat badan anda dan bayi serta mengandungi cecair berkaitan seperti air ketuban.
  2. Pengembangan rahim – ukuran rahim yang meningkat memberi tekanan yang berlebihan pada sistem peredaran darah dan saluran darah yang bergerak dari kaki ke jantung. Keadaan ini membuatkan wanita hamil mengalami sakit kaki, dan tahap kesakitannya mungkin akan meningkat sepanjang kehamilan berdasarkan peningkatan ukuran rahim anda.
  3. Dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit – kekurangan air dalam badan menyebabkan sesetengah wanita hamil menderita kekejangan kaki dan otot. Penurunan nutrien dan mineral yang berlebihan dalam badan juga boleh menyebabkan kekejangan otot kaki.

Rawatan untuk kejang kaki ketika mengandung

Rawatan untuk kejang kaki ketika mengandung

Sesetengah kaedah rawatan boleh dilakukan sendiri di rumah.

  • Anda boleh meletakkan pek panas atau botol berisi air panas untuk merehatkan otot kaki anda.
  • Mandi air suam sebelum tidur juga dapat mengelakkan kekejangan kaki sebelum tidur.
  • Selain itu, melakukan senaman betis seperti meregangkan kaki, memusingkan pergelangan kaki dan menggerakkan jari-jari kaki selama beberapa minit juga dapat melegakan kekejangan otot kaki.
  • Mendapatkan rehat yang mencukupi juga amat penting supaya anda dapat elakkan kekejangan kaki. Jika pekerjaan anda atau anda melakukan aktiviti yang membuatkan anda berdiri dengan lama, sudah tentu anda mengalami kekejangan kaki. Oleh itu, elakkan berdiri dengan lama dengan duduk sekali sekala atau ubah posisi. Adalah lebih baik untuk mengurangkan pergerakan yang melebihkan posisi berdiri.

kaedah rawatan kejang kaki ketika mengandung

  • Kekurangan mineral juga salah satu punca kekejangan kaki, oleh itu amalan diet yang berkhasiat sangat penting pada wanita hamil dan perkembangan bayi. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk doktor untuk sebarang nasihat tentang pengambilan suplemen tambahan yang boleh melegakan kekejangan kaki.
  • Senaman ringan juga boleh mencegah kekejangan kaki dengan beberapa langkah yang mudah. Anda boleh melakukan senaman ringan yang mudah selama 5 – 10 minit setiap hari.
  • Memakai kasut yang selesa dan tidak bertumit tinggi juga membantu and untuk mengelakkan kekejangan dan sakit kaki.
  • Elakkan duduk sambil menyilangkan kaki atau duduk bersimpuh dengan lama serta berdiri dengan lama.
  • Penjagaan pemakanan juga penting supaya tubuh anda mendapat segala khasiat yang diperlukan.
  • Minum air dengan banyak perlu bagi mengelakkan dehidrasi yang seterusnya menyebabkan kekejangan kaki.
  • Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, minuman diet, teh, dan kopi kerana ia akan membahayakan anda dan bayi.

Dengan kaedah-kaedah serta tips di atas, anda mampu mengelakkan kejang kaki ketika mengandung yang akan mengganggu anda semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, jika anda masih mengalami keadaan ini segera berjumpa doktor anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.