Adakah Kehamilan Pertama dan Kedua Berbeda?

3 min bacaan

Mungkin anda akan alami gejala baru pada kehamilan kedua yang tidak pernah anda lalui semasa kehamilan pertama. Ada juga yang mengalami tanda-tanda kelahiran yang berbeza seperti air ketuban pecah semasa kehamilan anak pertama dan pendarahan semasa kehamilan kedua. Oleh itu, bacalah artikel ini hingga habis supaya anda faham dan lebih bersedia untuk kehamilan kedua.

Adakah kehamilan pertama dan kedua berbeda

Adakah kehamilan pertama dan kedua berbeda?

Ya! Walaupun sedikit, anda akan sedar bahawa kehamilan pertama dan kedua berbeda, mungkin gejala atau rasa sakit menjelang kelahiran bayi. Keadaan tubuh anda semasa kehamilan juga memainkan peranan yang penting untuk setiap kehamilan. Tahukah anda bentuk fizikal seseorang wanita itu akan berubah selepas kelahiran? Jika semasa kehamilan pertama, seseorang wanita hamil itu mempunyai berat sebanyak 50kg, ada kemungkinan bertanya akan bertambah selepas kelahiran anak kedua.

Corak penambahan berat badan

Semasa kehamilan pertama, tubuh anda masih dalam fasa ‘terkejut’ dan memerlukan masa untuk bersedia dengan kehamilan. Perkembangan rahim serta peningkatan saiz badan akan mengikut perkembangan bayi mengikut minggu atau bulan. Manakala untuk kehamilan kedua pula, tubuh anda telah lalui proses pengembangan rahim semasa kehamilan pertama. Tubuh dan rahim anda telah mengingati keseluruhan proses kehamilan dan lebih bersedia untuk perkembangan tubuh dan rahim. Oleh itu, ketinggian rahim akan meningkat lebih awal berbanding kehamilan pertama.

Mual dan ‘morning sickness’

Gejala kehamilan ini sukar untuk difahami. Sesetengah wanita akan mengalaminya setiap kali kehamilan, dan ada yang alaminya secara berselang seli seperti melaluinya semasa kehamilan pertama dan ketiga. Ada juga keadaan di mana wanita hamil yang mengalami mual yang teruk semasa kehamilan pertama mungkin tidak akan merasai keadaan yang sama teruk semasa kehamilan kedua. Oleh itu, gejala ini bergantung pada keadaan tubuh setiap wanita.

Isu-isu kesihatan yang lain kehamilan pertama dan kedua berbeda

Isu-isu kesihatan yang lain

Selain gejala-gejala yang disebut di atas, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berbeza atau kekal sama bagi sesetengah wanita hamil. Antaranya ialah urat varikos, sakit pundi kencing, sakit di bahagian pelvis, buasir dan masalah kehamilan yang lain. Jika dilihat dari sudut positif, anda telah lalui gejala-gejala ini. Oleh itu anda telah tahu apa yang akan dialami dan persediaan secara mental dan fizikal dapat dibuat untuk menghadapi ketidakselesaan ini.

Sebagai contoh, anda tahu urat varikos akan terbentuk apabila berat badan meningkat semasa kehamilan dan memberi tekanan pada bahagian bawah badan. Bagi wanita yang telah bersedia, mereka mesti telah bersedia dengan kasut yang sesuai dipakai untuk mengurangkan ketidakselesaan di kaki.

Perbezaan emosi

Kemungkinan kecil emosi anda berbeza jika dibandingkan dengan anak pertama. Semasa merancang untuk hamil anak kedua, cuba pertimbangkan beberapa perkara ini. Penjagaan anak pertama, bersedia untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga yang semakin membesar serta memberi layanan yang sama rata pada anak-anak anda. Terdapat isu di mana anak pertama berasa terabai setelah kelahiran ahli baru dalam keluarga. Perkara ini harus diberi perhatian bagi mengelakkan tekanan pada anak pertama.

Perbezaan emosi kehamilan pertama dan kedua berbeda

Terdapat sebilangan wanita hamil yang bersetuju bahawa kehamilan kedua berlalu dengan cepat kerana mereka sibuk dengan keluarga, anak, kehamilan kedua dan kerjaya. Selain itu, ada juga yang merasakan gejala-gejala yang mereka lalui tidak memberikan kesan yang mendalam berbanding semasa kehamilan pertama.

Gejala-gejala kehamilan juga mungkin akan berlalu tanpa menimbulkan sebarang masalah pada wanita hamil. Rasa mengidam (craving) juga mungkin berbeza di setiap kehamilan, begitu juga kenaikan berat badan. Jika anda asyik teragak makan pelbagai jenis makanan hingga ke trimester terakhir, berhati-hatilah supaya berat badan tidak meningkat secara berlebihan.

Ada juga kemungkinan anda mengalami gejala yang sama semasa kehamilan pertama dan kedua. Apa yang penting ialah, anda akan bersedia dari segi mental dan emosi untuk sebarang gejala yang menanti. Perkara yang nyata di sini ialah, adalah sukar untuk menentukan wujud atau tidak persamaan atau adakah kehamilan pertama dan kedua berbeda. Ini kerana setiap wanita hamil mempunyai tubuh berbeza seterusnya mengalami kesan yang tidak sama.