Fahami Kehamilan Ektopik

3 min bacaan

Fahami Kehamilan Ektopik

Apa itu Kehamilan Ektopik?

Perkataan ektopik itu sendiri bermaksud ‘di luar tempat’, di mana kehamilan ektopik berlaku apabila telur ditanam di luar rahim. Ia biasanya ditanam di tiub falopia dan sering dikenali sebagai kehamilan tuba. Namun, terdapat kes di mana telur ditanam di kawasan lain seperti di perut, usus dan ovari.

Rahim memainkan peranan yang sangat penting dalam menampung 9 bulan kehamilan. Seringkali terjadi keadaan yang tidak dijangka seperti pertumbuhan bayi mengancam nyawa ibu dengan mengganggu organ dalaman dan menyebabkan pendarahan yang teruk.

Malangnya masih belum ada kaedah yang boleh dilakukan untuk memindahkan kehamilan ektopik ke dalam rahim. Keadaan ini akan menjurus kepada satu-satunya penyelesaian, iaitu melakukan pengguguran.

Tahukah anda jika kehamilan anda adalah kehamilan ektopik?

Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang aktif secara seksual terdedah kepada kemungkinan mengalami kehamilan ektopik.

Mereka berisiko untuk mengalami komplikasi lain iaitu:

  • kehamilan selepas tiub falopia diikat
  • pembedahan tiub falopia – pembalikan tiub dilakukan
  • pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini
  • pernah menggunakan IUD sebelum hamil
  • tiub rosak akibat jangkitan penyakit – Radang Pelvis atau penyakit STD
  • pernah jalani rawatan kemandulan
  • wanita hamil yang berusia dan mempunyai risiko yang tinggi

Gejala-gejala kehamilan biasa vs kehamilan ektopik

Gejala-gejala yang mungkin seseorang wanita hamil itu alami menyerupai gejala kehamilan yang biasa. Peningkatan hormon semasa kehamilan menyebabkan beberapa perkara seperti kembung perut (angin atau gassy), kerap kencing dan payudara lembut dan membengkak.

Namun, anda perlu peka dan perhatikan sebarang gejala atau perubahan yang tidak normal berlaku semasa hamil. Gejalanya hanya akan berlaku apabila pertumbuhan bayi dalam kandungan memudaratkan organ dalaman ibu dan mengancam nyawa ibu.

Selain itu, gejala-gejala itu biasanya agak sukar untuk dikesan kerana ia berlaku dengan perlahan atau dalam keadaan yang tidak ketara. Seseorang wanita yang mengalami kehamilan ektopik itu mungkin mengalami sakit perut atau pelvis dengan sangat teruk, atau menjadi ringan secara tiba-tiba atau terus hilang.

Gejala kehamilan ektopik yang perlu anda perhatikan ialah rasa sakit di pelvis dan kadang-kadang diiringi mual dan muntah-muntah. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila anda berasa ingin buang air besar dengan kerap atau batuk.

Tanda-tanda lain yang boleh anda perhatikan juga adalah rasa sakit di bahu ketika anda sedang berbaring. Rasa sakit ini berpunca daripada pendarahan dalaman dan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Pendarahan atau spotting juga merupakan antara gejala kehamilan ektopik. Sesetengah wanita tidak menjangka dirinya sedang hamil dan pendarahan yang berlaku disangka darah haid. Apa yang sedang dialami oleh wanita ini mungkin juga ialah pendarahan implantasi yang agak berat. Sekiranya ia berlaku kepada kehamilan biasa, ia bukanlah satu masalah besar.

Gejala pertama yang perlu diutamakan ialah kesakitan yang tajam dan menusuk di bahagian perut dan pelvis. Sakit tulang belakang juga sering dialami semasa hamil.

Kesimpulan

Sekiranya anda ada alami gejala-gejala kehamilan ektopik yang dibincangkan tadi, adalah baik untuk anda segera merujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan kehamilan ektopik; ujian darah, ujian pelvis dan ujian ultrasound.

Oleh itu, jangan tunggu lama dan anggap ia adalah gejala biasa. Jika anda berasa sangsi, lebih baik dapatkan pengesahan dari doktor anda.