Kehamilan Anggur: Penyebab, Gejala Dan Rawatan

3 min bacaan

Pernah anda dengar kehamilan anggur? Segelintir wanita hamil juga terpaksa mengalami beberapa gejala yang membuatkan mereka berasa tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan. Keadaan sebegini yang membuatkan sesetengah wanita berasa gerun untuk hamil kerana bimbang tentang komplikasi yang mungkin berlaku yang akan membahayakan nyawa mereka atau bayi. Namun, selain gejala-gejala kehamilan ini yang tidak disenangi oleh wanita hamil terdapat satu keadaan yang melibatkan kehamilan anda. Ia adalah kehamilan anggur.

Penyebab kehamilan anggur

Apa itu kehamilan anggur

Kehamilan molar

Perkembangan sel plasenta yang tidak normal berlaku selepas persenyawaan sperma dan telur. Keadaan ini  juga dikenali sebagai kehamilan anggur, keadaan ini berlaku apabila telur kosong disenyawakan. Walaupun ia kosong, ia terus berkembang dan plasenta terbentuk walaupun tidak ada janin. Hormon HCG juga dihasilkan yang membuatkan tubuh seseorang wanita itu percaya bahawa ada kehamilan walaupun yang wujud cuma plasenta.

Kehamilan anggur ini (kerana berbentuk seperti anggur semasa ujian ultrasound), jarang terjadi namun tetap merisaukan kerana kesannya kepada emosi ibu. Dalam keadaan normal, telur yang disenyawakan mengandungi 23 kromosom dari ayahnya. Oleh kerana telur yang disenyawakan kehilangan kromosom ibu, tisu plasenta normal, embrio atau kantung ketuban tidak akan terbentuk.

Kehamilan molar separa

Kehamilan molar separa pula berlaku apabila kedua-dua plasenta dan embrio (telur yang disenyawakan) tidak normal sama ada tiada pengembangan berlaku ke atas kedua-duanya, atau pengembangan berlaku ke atas plasenta yang kosong tadi. Telur yang disenyawakan mengandungi kromosom ibu, tetapi jumlah kromosom ayah meningkat dua kali ganda.

Ini mungkin terjadi ketika kromosom dari dua sperma, atau telur disenyawakan oleh dua sperma. Selepas persenyawaan, tisu plasenta akan berkembang menjadi embrio. Kelainan kromosom ini, bagaimanapun, menyebabkan perkembangan sel plasenta yang tidak normal. Akibatnya, janin menerima terlalu banyak kromosom dan mati di dalam rahim.

Gejala kehamilan anggur

Gejala pertama yang perlu diperhatikan ialah pendarahan yang bermula ringan dan menjadi lebih teruk. Pendarahan mungkin bermula seawal minggu ke 6 kehamilan, atau selewat-lewatnya minggu ke 12. Wanita hamil juga mungkin akan alami gejala-gejala lain seperti mual, kekejangan perut atau pembengkakan payudara (gejala kehamilan yang biasa dialami oleh wanita hamil). Jika anda mengalami simptom pendarahan serta gejala-gejala yang lain, segera ke hospital untuk jalani pemeriksaan yang menyeluruh.

Gejala kehamilan anggur

Rawatan kehamilan anggur

Jika tahap hCG lebih tinggi dalam darah wanita hamil, pemeriksaan pelvis akan dilakukan untuk memastikan adakah keadaan itu kehamilan molar atau komplikasi lain. Ujian ultrasound juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti keabnormalan yang mungkin wujud dalam rahim.

A&P (dilatasi dan kuretase)

Antara rawatan yang biasa diterima bagi wanita yang mengalami kehamilan anggur ialah A&P (dilatasi dan kuretase). Ini adalah prosedur yang selamat di mana vakum kecil dimasukkan ke dalam rahim untuk membuang bahagian plasenta yang tidak normal tersebut. Walaupun prosedur ini adalah rawatan yang akan menyembuhkan anda, perhatian yang khusus diperlukan untuk memastikan tidak berlaku pendarahan atau pembekuan darah semasa dan selepas rawatan dijalankan.

Pembuangan Rahim

Pembedahan untuk membuang tisu kehamilan molar juga boleh dilakukan, sama ada pengosongan rahim atau pembuangan rahim. Pembuangan rahim adalah langkah terakhir dan jarang dilakukan, ia hanya untuk bagi wanita hamil yang terpaksa berhadapan dengan komplikasi yang lebih serius.

Rawatan kehamilan anggur

Kimoterapi

Kimoterapi mungkin terpaksa dilakukan juga jika sel atau tisu yang tercemar akibat kehamilan molar berkembang dengan pantas yang seterusnya boleh mengakibatkan ia berevolusi kepada tisu pra-kanser. Lawatan susulan berkala perlu dilakukan untuk memeriksa tahap hCG setiap enam bulan.

Bagi wanita yang menjalani rawatan ini, mereka perlu menunggu setahun sebelum hamil semula. Kebanyakan wanita yang menghidap barah trofoblastik disarankan untuk mengambil methotrexate, sejenis ubat yang melambatkan pertumbuhan sel-sel barah dengan berkesan.

Terdapat kes di mana wanita akan mengalami kehamilan anggur secara berulang kerana genetiknya yang cenderung ke arah keadaan ini. Sekiranya ini berlaku dan selepas kehamilan pertama anda, dapatkan nasihat doktor dan jalanilah pemeriksaan lanjut di hospital. Terdapat rawatan khusus yang boleh dicadangkan oleh doktor anda bagi kes seperti ini.

Akhir Kata

Tidak dinafikan, kehamilan molar adalah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa pun. Kehilangan bayi dengan cara sebegini bukanlah perkara yang sanggup dialami oleh mana-mana wanita dan pasangannya. Sokongan pasangan dan ahli keluarga sangat diperlukan untuk melalui situasi ini dengan tenang. Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh hamil lagi. Ketahui gejala kehamilan molar dan rujuklah doktor anda untuk mendapatkan kepastian tentang kaedah yang mungkin boleh dilakukan untuk mengelakkan kehamilan molar.