Kebaikan Senaman Trimester Kedua Kehamilan

4 min bacaan

Kebaikan Senaman Trimester Kedua Kehamilan

Mengamalkan senaman ringan semasa kehamilan adalah salah satu perkara penting yang dapat mengekalkan kesihatan dan keselesaan tubuh wanita hamil. Ketidakseimbangan hormon semasa kehamilan membuatkan kebanyakan wanita hamil mengalami gejala-gejala yang membuatkan mereka tidak selesa.

Bersenam akan dapat membantu mengurangkan komplikasi semasa kelahiran, meningkatkan daya tahan badan selepas kelahiran serta menguatkan daya tahan bayi selepas kelahiran.

Tahukah anda bersenam semasa kehamilan hanya mempunyai kebaikan berbanding kelemahan? Bersenam adalah salah satu perkara yang perlu diamalkan semasa kehamilan, selain daripada pengambilan makanan yang seimbang untuk menjamin perkembangan bayi.

Kebanyakan wanita hamil bersetuju bahawa trimester kedua boleh dianggap seperti tempoh honeymoon kehamilan. Kerana kebanyakan wanita yang terpaksa berhadapan dengan gejala kehamilan semasa trimester pertama, seperti morning sickness akan berasa lebih lega dan tidak perlu lagi berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa ini. Inilah masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman ringan secara teratur dan boleh dilanjutkan ke trimester ketiga.

Salah satu aktiviti senaman yang sering dipilih oleh wanita hamil adalah yoga. Wanita hamil tak boleh memilih untuk mengikuti kelas yoga atau melakukan aktiviti yoga sendiri sambil menonton video latihan di televisyen. Kelas yoga pranatal merupakan salah satu cara untuk wanita-wanita hamil berjumpa dan bercerita tentang pengalaman masing-masing.

Sekiranya anda terdiri daripada kebanyakan wanita hamil yang cuba melakukan yoga masa kehamilan mereka untuk kali pertama, sentiasa ingat untuk mencari kelas yoga yang diajar oleh guru yang berpengalaman.

Anda mungkin akan berasa kekok apabila melakukan pergerakan yoga yang mungkin tidak pernah anda lakukan seumur hidup anda. Namun ia adalah baik kerana mendorong tubuh anda meregang dalam persekitaran yang selamat.

Peningkatan tahap hormon semasa kehamilan akan membuatkan tendon dan ligamen menjadi lebih longgar, oleh itu senaman yoga merupakan aktiviti terbaik untuk menguatkan tubuh anda semasa hamil. Sekiranya anda memilih untuk menonton video pastikan untuk memilih instructor yoga khusus untuk wanita hamil.

Antara senaman lain yang boleh anda lakukan pada trimester kedua juga ialah sit-up yang dilakukan pada sudut 45 darjah sambil membengkokkan lutut, mengayuh basikal senaman, menggunakan alat senaman Gazelle dan pergerakan senaman aerobik yang tidak akan meningkatkan suhu badan anda.

Ingat ya.. minum air dengan banyak supaya anda kekal terhidrasi sepanjang sesi senaman anda. Anda tidak perlu memaksa diri untuk bersenam setiap hari, sekiranya anda berasa letih berehatlah untuk sehari dua. Ini bukan tanda anda ingin curi tulang atau lemah, ia cuma adalah tanda bahawa badan anda sudah berfungsi 24/7 demi membesarkan janin anda.

Selain sit-up, anda boleh melakukan pergerakan lain untuk menggerakkan otot perut anda. Mulakan dengan kedudukan merangkak ( dua tangan dan lutut anda di lantai), hembuskan nafas sambil mengetatkan otot perut anda dan menggerakkan perut anda ke arah tulang belakang anda.

Cara kedua pula ialah gerakan otot serong dengan berbaring di sisi badan anda sambil membengkokkan lutut hingga 45 darjah. Angkat tulang rusuk ke arah pinggul dan tekan di pinggang, tarik nafas sambil merendahkan badan. Anda boleh cuba untuk menggabungkan sebarang pengubahsuaian senaman perut dan pinggul dengan senaman Kegel untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Elakkan senaman crunches kerana berbaring di pinggul anda akan memberi tekanan kepada rahim seterusnya memampatkan arteri anda dan mengurangkan jumlah oksigen yang akan diterima oleh bayi anda.

Teruskan senaman ringan yang anda biasa lakukan sebelum anda hamil. Jika anda merupakan pelari maraton sebelum hamil, lakukan senaman yang lebih ringan seperti berjalan sepanjang kehamilan kerana ia akan serasi dengan badan anda yang aktif sebelum ini. Tahap intensiti senaman perlu dikurangkan semasa hamil, jarak larian juga boleh dipendekkan namun mereka akan tetap mendapat faedah yang sama dari larian serta senaman mereka.

Walau bagaimanapun ini bukanlah masanya untuk memulakan aktiviti berjalan. Sekiranya anda bukan seorang yang gemar bersenam sebelum hamil, anda boleh menangguhkan aktiviti ini sehingga selesai tempoh menyusukan bayi anda. Antara senaman lain yang boleh anda lakukan semasa hamil adalah berjalan, berenang, aerobik air dan mengayuh basikal senaman.

Elakkan senaman yang memerlukan pergerakan yang tangkas seperti bola keranjang atau senaman yang melibatkan keseimbangan seperti berbasikal. Ini disebabkan oleh pusat graviti anda yang mudah berubah semasa hamil yang boleh membuatkan anda berisiko untuk terjatuh.

Bersenam pada trimester kedua mempunyai kebaikannya namun ia agak mencabar keadaan perut anda yang semakin membesar. Mengapakah bersenam ini penting untuk saya? Perkara utama yang perlu anda ingat adalah senaman akan membantu anda untuk kekal sihat dan meregangkan serta menguatkan otot anda untuk memastikan proses kelahiran berjalan dengan baik.

Oleh itu pilihlah senaman ringan yang terbaik untuk anda dan mudah untuk anda lakukan. Janganlah hanya bersenam di atas sofa, katil atau di depan televisyen sahaja.