6 Sebab Anda Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi Ketika Hamil

3 min bacaan

Sekurang-kurangnya setiap wanita akan mempunyai sepasang kasut tumit tinggi untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu. Tahukah anda bahawa dengan memakai kasut tumit tinggi ini, wanita akan berasa selesa dan yakin semasa berjalan? Namun, semua perasaan ini perlu disimpan untuk sementara waktu apabila seseorang wanita itu hamil. Memakai kasut tumit tinggi ketika hamil akan menyebabkan masalah pada struktur otot kaki yang mungkin bertukar menjadi gejala yang lebih serius semasa kehamilan.

Mengapa wanita hamil pakai kasut tumit tinggi ketika hamil tidak sesuai?

Fasa kehamilan ialah tempoh di mana wanita akan mengalami perubahan emosi serta fizikal. Mengetahui ada keajaiban yang sedang membesar di dalam perut, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan yang berbeza; gembira, risau dan tertekan.

Anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri, namun setiap makanan yang diambil serta aktiviti yang dilakukan perlu diatur dengan baik supaya tidak membahayakan bayi anda. Anda masih boleh memakai kasut tumit tinggi pada awal kehamilan, namun ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada fasa terakhir kehamilan anda.

Kenaikan berat badan adalah antara perkara utama yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih kasut tumit tinggi untuk dipakai.

Mengapa wanita hamil pakai kasut tumit tinggi ketika hamil tidak sesuai

Kesan memakai kasut tumit tinggi ketika mengandung:

Hilang keseimbangan dan terjatuh

Berat badan anda akan turun ke bahagian tumit kaki apabila anda berkasut tumit tinggi. Anda mungkin akan hilang keseimbangan semasa berjalan dan anda boleh terjatuh (perkara yang paling ditakuti semasa hamil).

Sakit tumit, sakit pergelangan kaki atau otot kaki

Kedua, memakai kasut tumit tinggi dengan lama seperti seharian semasa bekerja akan menambah tekanan pada pergelangan kaki yang akan menyebabkan sakit otot kaki yang serius. Terdapat keadaan di mana wanita terseliuh semasa berjalan akibat tekanan di pergelangan kaki mereka memakai kasut tumit tinggi. bukan ini sahaja yang anda akan hadapi. Gejala lain yang membuatkan anda tidak selesa semasa hamil juga akan anda lalui jika anda masih berkeras untuk memakai kasut tumit tinggi ketika hamil.

Bunion

Bunion akibat pakai kasut tumit tinggi ketika hamil

Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi ketika hamil juga boleh membawa kepada pertumbuhan tisu kaki yang tidak diingini yang dipanggil bunion. ‘Bagaimana ia boleh berlaku? Saya hanya memakai kasut sahaja’. Soalan ini yang mungkin bermain di kepala anda. Penggunaan kasut tumit tinggi yang lama akan menyebabkan sakit tumit seterusnya membentuk tisu di kaki anda. Menariknya, perkara ini tidak hanya berlaku kepada wanita hamil tetapi semua wanita berisiko mengalaminya.

Sakit punggung dan pinggul

Memakai kasut tumit tinggi mengganggu keseimbangan badan anda. Apabila anda berdiri, postur tubuh yang normal adalah dengan jari kaki dan tumit. Namun apabila anda memakai kasut tumit tinggi, pusat graviti tubuh anda akan menyimpang dan tekanan berat badan anda akan menuju ke saraf tunjang. Otot dan ligamen yang berkembang untuk menampung berat badan anda dan bayi akan menyebabkan kesakitan yang teruk di belakang.

Sakit perut bawah

Perut wanita hamil akan semakin ke bawah menjelang trimester ketiga kehamilan disebabkan peningkatan berat badan. Memakai kasut tumit tinggi ketika hamil hanya akan memburukkan keadaan tidak selesa yang anda alami. Rasa tidak selesa dan sakit di perut bawah, belakang serta kaki akan menjadi lebih teruk jika anda tidak berhenti memakai kasut tumit tinggi kesukaan anda.

Sakit perut bawah akibat pakai kasut tumit tinggi ketika hamil

Sakit saraf sciatic

keadaan ini umpama mimpi ngeri bagi setiap wanita hamil. Saraf sciatic adalah saraf panjang yang bermula dari bahagian paha ke bawah kaki. Jika anda memakai kasut tumit tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan tekanan pada saraf ini seterusnya mengakibatkan komplikasi pada kandungan anda. Rasa kebas atau seperti kaki dicucuk dengan jarum, serta rasa panas terbakar di punggung adalah antara ketidakselesaan yang akan anda hadapi.

Akhir Kata

Oleh itu, tukarlah kepada kasut yang bertumit rata seperti sandal yang selesa. Jangan risau kerana anda boleh kembali memakai kasut tumit tinggi anda selepas berpantang beberapa bulan. Jaga diri anda serta kandungan anda dan laluilah tempoh kehamilan anda dengan selesa dan tenang.