4 Punca Kaki Bengkak Ketika Hamil Dan Tips Elakkan Edema

4 Punca Kaki Bengkak Ketika Hamil Dan Tips Elakkan Edema

3 min bacaan

Kaki bengkak ketika hamil adalah antara keadaan yang akan dilalui oleh semua wanita hamil, bergantung pada fasa kehamilan yang berbeza. Keadaan ini adalah gejala normal yang dialami oleh tubuh untuk persiapan sebelum kelahiran bayi. Pembengkakan pada tubuh dikenali sebagai edema, berpunca daripada peningkatan hormon semasa kehamilan.

Cecair yang terkandung di dalam badan akan melembutkan tisu badan dan berkembang yang menyebabkan pembengkakan. Apabila ini berlaku, tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan bayi yang semakin membesar. Ia biasanya berlaku pada trimester ke-2 atau ke-3 kehamilan. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan kaki bengkak ketika hamil.

Cuaca panas

Cuaca panas punca kaki bengkak ketika hamil

Kaki bengkak ketika hamil biasanya mula berlaku pada musim panas. Keadaan yang panas dan lembab menyebabkan air dikekalkan di dalam badan, terutamanya di perut. Adalah lebih baik untuk anda kekal di dalam rumah pada waktu siang, dan keluar pada waktu pagi dan malam. Anda juga boleh pergi berenang di kolam, ia membantu mengatasi edema dan membuat anda berasa segar.

Kekeringan

Kekeringan punca kaki bengkak ketika hamil

Jika anda tidak minum air dengan banyak namun tidak mengalami dihidrasi, secara automatik tubuh anda mula menahan cecair seterusnya menyebabkan edema. Adalah penting untuk wanita hamil minum air dengan banyak sepanjang kehamilan. Ia dapat mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing, membantu melembutkan kulit dan mengelakkan kelahiran pramatang.

Namun pastikan anda tidak minum melebihi 12 gelas air setiap hari kerana ia dapat mencairkan elektrolit, menyebabkan kekejangan otot menjadi lemah. Minumlah jus buah dan susu untuk menggantikan elektrolit yang hilang kerana cuaca panas.

Pergerakan yang kerap

Pergerakan yang kerap punca kaki bengkak ketika hamil

Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan pelbagai jenis aktiviti fizikal atau bersenam secara berlebihan, ia bukanlah idea yang bagus. Berjalan, berjoging dan berenang salah senaman yang ringan dan selamat untuk wanita hamil. Elakkan aktiviti berbasikal, menunggang kuda, gimnastik dan lain-lain. Elakkan juga aktiviti yang membuatkan anda perlu berdiri dengan sangat lama.

Amalan diet yang salah

Amalan diet yang salah kaki punca bengkak ketika hamil

Wanita hamil mengambil jumlah makanan yang bernutrisi tinggi seperti susu dan produk tenusu yang lain untuk mendapatkan kalsium dan protein. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, serat dan mineral penting dijadikan sebahagian dari diet wanita hamil. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan edema, oleh itu elakkan pengambilan kopi dan coklat.

Makanan rendah kalium dan tinggi natrium boleh menyebabkan kaki bengkak ketika hamil. Kebanyakkan doktor bersetuju bahawa pengambilan natrium yang sederhana dapat mengekalkan tahap cecair yang diperlukan oleh badan.

Tips elakkan kaki bengkak ketika hamil

Tips elakkan kaki bengkak ketika hamil 

Adalah penting untuk anda mengenalpasti punca yang menyebabkan pembengkakan badan anda. Antara tips-tips yang boleh diamalkan until mengelakkan pembengkakkan semasa hamil ialah

  • Mengikuti diet yang seimbang, yang tinggi kalium dan rendah natrium.
  • Elakkan terdedah pada cuaca panas dan kurangkan aktiviti berlebihan untuk mengelakkan kaki bengkak ketika hamil.
  • Anda juga boleh merehatkan kaki dengan meletakkannya di atas bantal semasa tidur serta berurut untuk mengurangkan ketidakselesaan badan.Selain itu, juga membantu merehatkan badan, meredakan pembengkakan serta membantu melancarkan proses kelahiran bayi.
  • Sentiasa memilih pakaian yang selesa dan tidak ketat.
  • Elakkan berdiri atau duduk di posisi yang sama dengan sangat lama. Bangun dan berjalan setelah duduk lama membantu melegakan tekanan pada kaki dan membantu melancarkan pengaliran darah.
  • Minum air yang banyak.

kaki bengkak ketika hamil

Jika pembengkakan yang melampau secara tiba-tiba di wajah dan tangan, ia dikenali sebagai pre-eklamsia. Keadaan ini terjadi akibat hipertensi semasa kehamilan dan akan membahayakan diri anda serta kandungan jika tidak dirawat dengan segera. Gejala lain yang perlu perhatikan ialah sakit kepala yang teruk, kenaikan berat badan secara tiba-tiba, pening atau penglihatan kabur dan tekanan darah tinggi. Sekiranya anda mengalami pembengkakan bersama salah satu gejala di atas, rujuklah doktor anda dengan segera.

Perubahan yang berlaku semasa kehamilan memerlukan perhatian anda. Jika anda merasa tidak selesa dan risau dengan keadaan badan anda, segera jalani pemeriksaan di hospital.