Jerawat Ketika Hamil: Tips Pencegahan dan Rawatan

3 min bacaan

Setiap wanita hamil akan berhadapan dengan perubahan hormon semasa kehamilan mereka. Sekiranya anda mempunyai kulit yang bersih sebelum ini, anda perlu bersedia dengan masalah-masalah kulit dan jerawat ketika hamil yang mungkin berlaku.

Anda perlu memulakan langkah-langkah penjagaan kulit supaya anda dapat mengekalkan kulit anda yang bersih dan lembab. Perkara yang paling penting yang perlu anda ingat ialah untuk tidak memicit, memecahkan atau menggaru jerawat yang mungkin timbul semasa kehamilan.

Anda mungkin akan membuat keadaan menjadi lebih teruk dan mungkin masalah kulit yang lain pula akan timbul termasuk parut akibat jerawat anda. Rujuklah doktor anda sekiranya jerawat yang timbul dan menjadi lebih teruk dan banyak.

Tips mencegah jerawat ketika hamil

  • cuci muka anda dua (2) kali sehari menggunakan pembersih muka rendah pH. Anda juga boleh menggunakan scrub tetapi jangan menggosok kulit anda dengan kuat.senaman ringan untuk mengurangkan tekanan, ia juga akan meningkatkan peredaran darah dan pengaliran oksigen ke dalam kulit anda.
  • jangan memicit, memecahkan atau menggaru jerawat anda kerana ini akan menyebabkan jangkitan kuman merebak ke seluruh kulit anda.
  • minum air secukupnya setiap hari untuk membantu menyahtoksin badan dari dalam ke luar.
  • makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak petua minum air yang banyak untuk mengekalkan kulit yang sihat. Elakkan pengambilan gula dan karbohidrat halus berlebihan.
  • elakkan penggunaan produk kosmetik yang berasaskan minyak, dan bersihkan berus kosmetik anda dengan air sabun suam.
  • lindungi kulit anda dari terkena cahaya matahari, cuaca panas atau sejuk untuk tempoh yang terlalu lama.
  • elakkan memakai pakaian yang ketat kerana ia mendorong kulit berpeluh.

Ubat jerawat

  • sapukan minyak lavender atau minyak pokok teh di kawasan yang terkena jerawat ketika hamil. Pati minyak ini adalah antibiotik semulajadi yang dapat memusnahkan pelbagai mikroorganisma dan mengurangkan kemerahan, kegatalan dan rasa menyengat di kulit. Anda boleh mencuba menitiskan minyak pokok teh ke dalam air mendidih dan mengewapkan wajah anda untuk seketika. Kemudian anda boleh cuci wajah anda dengan air sejuk untuk membantu menutup kembali liang pori yang terbuka.
  • memotong bawang putih segar menjadi separuh dan sapukan di kawasan yang berjerawat.
  • meletakkan campuran jus lemon dan kulit kayu manis di atas jerawat ketika hamil.
  • menyapukan cuka ke wajah menggunakan putik kapas dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudian bilas menggunakan air sejuk.
  • penggunaan lemon atau buah sitrik untuk merawat jerawat kerana ia adalah bahan pengelupasan semulajadi yang baik. Perah sebiji lemon atau buah sitrus ke dalam mangkuk dan rendam bebola kapas ke dalam jusnya. Sapukan jus lemon ke wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.
  • pukul sebiji putih telur dan sapukan pada wajah selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air sejuk. Putih telur kaya dengan protein dan asid lemak yang menjaga kulit dan mengetatkan liang pori.
  • sekiranya terdapat jerawat yang mula pecah di wajah anda, gosokkan ais di kawasan yang terjejas dengan perlahan.
Yang Berkaitan:  4 Punca Perut Kejang Trimester Kedua Dan Cara Melegakannya

Nah… itulah dia beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang jerawat ketika hamil yang mungkin akan anda alami semasa kehamilan. Adalah penting untuk anda tidak atau mengusik jerawat di wajah anda kerana anda akan hanya memburukkan keadaan kulit anda.

Anda boleh merujuk doktor atau pakar kulit untuk sebarang nasihat atau tips tentang rawatan atau langkah pencegahan jerawat ketika hamil.