Rasa Ingin Tahu Tentang Jantina Bayi Dalam Kandungan?

3 min bacaan

Perkara yang pasti bermain di fikiran setiap pasangan apabila melalui fasa kehamilan ialah untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan yang akan lahir. Adakala suami akan mengharapkan bayi perempuan dan isteri pula inginkan bayi lelaki. Teka-teki ini adalah antara keseronokan melalui kehamilan bersama. Namun perkara ini tidak perlu lagi menjadi teka-teki, anda kini boleh jalani ujian ultrasound untuk mengetahui jantina serta mengikuti perkembangan bayi anda

Ini berita baik bukan? Sesetengah pasangan gemar membuat perancangan yang teliti dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara. Oleh itu dengan menjalani ujian ultrasound, anda dapat merancang warna bilik asuhan bayi, warna pakaian bayi serta mainan yang sesuai. Kebanyakan ibubapa bersetuju bahawa dengan mengetahui jantina bayi dalam kandungan sebelum kelahiran membantu mereka bersedia secara emosi serta kelengkapan yang diperlukan.

Bila boleh tahu jantina bayi dalam kandungan

Persefahaman kedua ibubapa sangat penting untuk menyambut kelahiran bayi yang dinanti-nantikan. Namun tahukah anda bagaimana anda dapat lihat atau tahu jantina bayi dalam kandungan anda, atau bilakah pemeriksaan perlu dilakukan? Teruskan membaca dan fahami setiap perkara berikut.

Bila boleh tahu jantina bayi dalam kandungan?

Ujian ultrasound telah diperkenalkan pada tahun 1950-an dan menjadi sumber yang sangat bermanfaat untuk mengesan hampir semua perkara berkaitan kehamilan. Anda boleh jalani pemeriksaan ultrasound pada minggu 18 ke 22 kehamilan. Keputusan ujian ini akan bertambah tepat seiring peningkatan tempoh kehamilan anda.

Kebanyakan pasangan dapat mengetahui jantina bayi dalam kandungan mereka pada minggu 15, namun anda boleh buat pemeriksaan susulan untuk memastikan keputusan yang sama kelak. Ini kerana ada sesetengah kes di mana hasil ujian ultrasound berbeza dengan jantina bayi dalam kandungan setelah dilahirkan. Ini pastinya akan menyebabkan beberapa isu, selain pasangan yang mungkin kecewa setelah bersedia secara emosi dan fizikal.

Atau gunakan kalkulator jantina bayi ini.

Bagaimana pula kesilapan ini boleh berlaku?

Bagaimana pula kesilapan ini boleh berlaku

  • Kedudukan bayi dalam rahim yang mungkin tidak sesuai semasa ujian dilakukan. Mungkin juga kaki bayi bersilang atau ibu mempunyai kulit perut yang tebal dan menyukarkan doktor atau pegawai perubatan mengenalpasti jantinanya.
  • Tempoh bayi untuk matang atau membesar berbeza, sesetengah telah cukup sifat pada minggu 15 atau ada juga yang lebih lewat hingga menjangkau minggu 19. Namun jangan risau kerana ujian ultrasound ini akan memeriksa keberadaan labia atau skrotum dan zakar, dan bahagian ini sangat kecil pada tempoh tersebut. Ini yang kadangkala membuatkan hasil pemeriksaan yang salah kerana kedua-duanya sukar untuk dibezakan.

Cara ketahui jantina bayi dalam kandungan

Pemeriksaan ultrasound sesuai dilakukan sekitar minggu ke 18 hingga minggu 26. Ujian ultrasound dilakukan dengan mengesan gelombang dalam rahim. Terdapat dua ujian yang boleh dipilih untuk memeriksa perkembangan dan jantina bayi iaitu Chorionic Villus Sampling (CVS) dan Amniocentesis.

Ujian CVS menggunakan jarum kecil atau kateter yang diletakkan di sekitar perut atau melalui faraj berhampiran rahim, untuk mengumpulkan sampel kecil dari tisu plasenta yang disebut chorionic villi. Ujian ini dilakukan untuk memeriksa sama ada bayi anda mempunyai gangguan kromosom. Manakala ujian amniosentesis pula menggunakan cecair dari rahim yang dikeluarkan menggunakan jarum. Cecair ketuban ini mengandungi maklumat genetik yang penting dan dapat juga digunakan untuk mengenalpasti jantina bayi.

Cara ketahui jantina bayi dalam kandungan

Pastinya kini anda faham tentang cara-cara dan masa yang paling sesuai untuk melakukan ujian ultrasound. Buku berjudul ‘Tentatif Kehamilan’ nukilan Barbara Katz Rothman menerangkan dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan ujian genetik pranatal dan diagnosis serta bagaimana ia mengubah pengalaman wanita semasa kehamilan.

Setiap wanita hamil ingin mengetahui tentang perkembangan bayi mereka, serta melakukan perkara seperti berbual dengan bayi untuk mendekatkan diri dengan bayi yang dikandung. Jantina adalah perkara kedua bagi setiap pasangan. Perkara yang paling penting semestinya kesihatan bayi serta tumbesaran bayi yang berjalan dengan lancar.