3 Risiko Ibu Hamil Boleh Makan Ubat Batuk

3 Risiko: Ibu Hamil Boleh Makan Ubat Batuk?

3 min bacaan

Persoalan ibu hamil boleh makan ubat batuk sudah lama membingungkan para ibu hamil baru. Sepanjang tempoh kehamilan, bakal-bakal ibu perlu berhati-hati dengan apa yang mereka ambil dan makan. Apa saja yang dimakan oleh ibu akan dicerna dan diserap ke dalam aliran darahnya. Seterusnya ia akan menjadi makanan kepada bayi melalui saluran darah ke plasenta, di mana bayi mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhannya.

ibu hamil boleh makan ubat batuk

Oleh itu sekiranya seorang wanita hamil mengambil sebarang ubat, ia akan sampai dan akan diterima oleh bayi juga. Setiap wanita hamil perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya menghidapi sebarang penyakit. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan komplikasi serius semasa kehamilan.

Namun ada juga sesetengah ubat yang boleh dimakan dan selamat untuk wanita hamil. Sewaktu hamil adalah lebih baik untuk setiap wanita menjaga kesihatan agar dapat mencegah sebarang penyakit. Walau bagaimanapun, batuk dan selesema tidak dapat dielakkan. Mempunyai pengetahuan asas tentang ubat-ubatan yang selamat diambil semasa hamil adalah penting bagi setiap wanita.

Akibat Ibu Hamil Boleh Makan Ubat Batuk Haram?

Pengambilan Ubat-ubat Haram

Secara umum tempoh kehamilan adalah situasi yang memerlukan rawatan tambahan berbanding keadaan yang biasa. Pengambilan ubat semasa kehamilan mempunyai pelbagai jenis kesan, ada yang selamat untuk wanita hamil dan ada juga yang boleh menyebabkan kematian.

  • Sekiranya seseorang wanita hamil itu terambil ubat yang tidak selamat semasa trimester pertama, ia akan mempengaruhi perkembangan janin atau mungkin menyebabkan kecacatan kelahiran.
  • Manakala sekiranya ubat tersebut diambil semasa trimester kedua, ia boleh menjejaskan sistem saraf bayi.
  • Jika pengambilan ubat tersebut dilakukan pada trimester ketiga, bayi yang baru lahir akan mengalami komplikasi pernafasan.

Wanita hamil yang mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa rujukan dari doktor juga akan mengalami komplikasi. Gejala seperti pendarahan atau kekejangan mungkin akan dialami oleh ibu tersebut. Selain itu janin juga akan mengalami kesan yang negatif. Kesimpulannya ialah wanita hamil perlu berhati-hati apabila mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor kerana ia akan menyebabkan komplikasi terhadap bayi serta diri ibu itu sendiri.

Inilah masanya untuk setiap wanita dan pasangan mereka mempunyai pengetahuan asas tentang bahan atau ubat-ubatan yang selamat untuk diambil semasa kehamilan.

Ibu Hamil Boleh Makan Ubat Batuk Semasa Hamil

Pengambilan Ubat Batuk Semasa Hamil

Kebiasaannya apabila seseorang itu mengalami batuk dan selsema, ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan. Namun apabila seseorang wanita hamil itu menghidapi batuk, ia akan menyebabkan ketidakselesaan. Batuk yang berterusan dan kuat boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran yang lebih awal. Bagi wanita hamil yang mempunyai tips atau kaedah tradisional yang dapat digunakan untuk melegakan batuk, tidak ada masalah bagi mereka.

Namun bagi wanita yang terpaksa mengambil ubat untuk melegakan batuk, anda perlu berhati-hati dengan ubat yang akan diambil. Secara umumnya batuk dapat dilegakan dengan dextromethorphan dan guaifenesin yang dianggap selamat diambil semasa kehamilan. Kombinasi kedua-dua bahan ini boleh diambil semasa hamil. Selain itu ubat batuk yang mengandungi pseudoephedrine dan phenylephrine adalah selamat bagi wanita hamil. Namun kesan sampingannya adalah ia mungkin akan mempengaruhi aliran darah ke plasenta.

Manakala ubat batuk dengan yodium dan kodin berbahaya diambil oleh wanita hamil. Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan akibat batuk, rujuklah doktor atau pakar sakit puan anda. Walaupun terdapat sesetengah ubat batuk yang selamat diambil semasa kehamilan, elakkan pengambilannya semasa trimester pertama.

Terdapat kaedah lain yang boleh melegakan batuk seperti penyedutan wap serta madu yang dicampur dengan jus halia. Namun jika batuk anda bertambah teruk dan wujud gejala lain seperti demam, dapatkan rawatan yang segera di hospital.

Kesimpulannya setiap wanita hamil perlu berhati-hati dan membuat kajian tentang jenis ubat batuk yang boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan. Adalah lebih baik untuk merujuk pakar sakit puan atau doktor anda sekiranya anda mengalami sebarang gejala atau ketidakselesaan semasa hamil.