Hamil Kembar: Kenali Isu Keajaiban Berganda Ini

3 min bacaan

Sesetengah pasangan mengidamkan bayi kembar, ia adalah keajaiban berganda bagi mereka. Kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan hamil kembar sejak kebelakangan ini. Jadi, bagaimana anda boleh dapatkan bayi kembar? Apakah tips-tips yang boleh anda dan pasangan lakukan?

Berikut beberapa isu berkaitan hamil kembar yang boleh anda fahami.

Bagaimana hamil kembar terjadi?

Bagaimana hamil kembar terjadi

Dua jenis kembar, iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras. Dari namanya, anda boleh teka bahawa kembar seiras mempunyai wajah yang serupa dan kembar tidak seiras tidak mempunyai wajah yang serupa namun ada sedikit persamaan antara mereka. Kembar seiras berlaku apabila telur disenyawakan dan kemudian dibelah menjadi dua sel. Setiap sel membawa DNA yang serupa dan kedua-dua anak akan kelihatan sama dengan hanya sedikit perbezaan seperti ketinggian atau kedudukan tanda lahir mereka.

Manakala kembar tidak seiras bermula dengan satu telur yang terbelah menjadi dua, ada dua telur yang disenyawakan oleh dua sperma yang berbeza pada waktu yang sama sehingga mereka boleh terdiri dari dua jenis kelamin yang berbeza dengan ciri fizikal yang berbeza. Terdapat sebilangan kecil kes di mana kembar tidak seiras tetapi sama jantina, dan mempunyai rupa serta bentuk fizikal yang berbeza.

Tanda hamil kembar

Tips rawatan yang sesuai sakit pinggang ketika hamil

Dah nama kembar, jadi gejala yang dialami juga akan berganda. Rasa mual yang lebih teruk, serta keletihan yang lebih teruk berbanding ibu hamil biasa adalah antara keadaan yang perlu dihadapi oleh wanita yang hamil bayi kembar. Jika wanita dalam keluarga anda memang sering mengalami hamil kembar serta terpaksa bertabah dengan semua gejala berganda ini, maka besar kemungkinan juga untuk anda mengalami situasi yang sama. Apa yang penting ialah sokongan dari pasangan dan keluarga anda supaya anda dapat melalui fasa kehamilan anda dengan tenang dan selamat.

Fakta hamil kembar

Selain gejala yang akan menyebabkan anda berasa tidak selesa semasa kehamilan, terdapat beberapa keadaan lain yang memerlukan persediaan rapi dari segi emosi, mental dan fizikal. Kenaikan berat yang lebih berbanding kehamilan biasa pastinya akan membuatkan anda lebih letih dari ibu-ibu yang lain.

Anda juga mungkin akan mudah mengah apabila bergerak dan memerlukan rehat yang mencukupi. Sakit belakang juga pasti akan mengganggu anda, cuba dapatkan urutan kehamilan yang selamat dari pakar perubatan yang bertauliah. Keadaan fizikal anda mungkin akan lebih besar dari wanita hamil yang lain, namun anda tidak perlu risau (atau takut melihat perut anda). Bayi-bayi anda berada dalam keadaan selamat di dalam rahim anda dan sedang membesar dengan sihat.

Fakta hamil kembar

Pasangan perlu memainkan peranan mereka dalam keadaan ini kerana ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ atau dalam konteks ini, berat lagi perut ibu yang menampung. Sokongan dari pasangan sangat berharga buat si isteri supaya mereka bertenang dan menguatkan semangat melalui tempoh 9 bulan kehamilan mereka.

Selain itu, cara kelahiran bayi juga mungkin tidak secara normal jadi bersedialah dari segi kewangan dan mental kerana anda mungkin perlu jalani pembedahan caeserean.

Lawatan ke hospital juga mungkin lebih kerap berbanding wanita hamil yang lain. Oleh kerana anda melalui gejala kehamilan yang lebih teruk berbanding kehamilan biasa, pemeriksaan yang terperinci sangat penting kerana ia melibatkan tiga nyawa (atau mungkin lebih). Anda perlu bertenang dan jangan berasa tertekan, hanya fokus kepada kesihatan diri dan bayi dan kegembiraan yang akan anda rasai selepas kelahiran bayi-bayi anda.