Bakal Ibu: Hamil 4 bulan apa yang dirasakan?

Bakal Ibu: Hamil 4 bulan apa yang dirasakan?

3 min bacaan

Anda kebingungan tentang kehamilan anda? Anda hairan hamil 4 bulan apa yang dirasakan? Sudah mencecah 4 bulan atau 16 minggu namun masih ‘blur’ tentang perkembangan bayi anda? Apakah perkara yang boleh membahayakan anda atau kandungan yang perlu anda perhatikan? Pelbagai jenis isu atau masalah yang mungkin berlaku akan disenaraikan di sini untuk pengetahuan setiap wanita hamil. Baca dan fahamkan.

Perkembangan sewaktu 16 minggu kehamilan:

Pertumbuhan janin

Hamil 4 bulan apa yang dirasakan

Perkara utama yang perlu wanita hamil ambil tahu ialah perkembangan bayi dalam kandungan. Pemeriksaan di hospital amat penting untuk mengetahui keadaan bayi serta mengenalpasti dengan lebih awal sekiranya ada komplikasi. Perkembangan janin bayi 16 minggu yang sepatutnya berlaku ialah:

  • Berat bayi lebih kurang 1kg atau 3.5 auns dan panjang sebanyak 4 inci.
  • Bayi mula mengeluarkan sel-sel lemak di bawah kulit lutsinarnya.
  • Jantung bayi bertambah kuat serta berupaya mengepam darah sebanyak 6 galon setiap hari.
  • Jantung bayi berdegup dengan lebih cepat daripada ibu. Ini kerana proses peredaran darah melalui tubuh bayi untuk membantu perkembangan organ-organ yang penting.
  • Bayi anda mula menghisap, menelan, matanya berkedip serta membuat pergerakan refleks .
  • Kulit kepala mula membentuk dan berkembang, begitu juga rambut.
  • Bayi anda akan mula bernafas dengan sendirinya apabila paru-paru mereka telah bersedia.
  • Bayi akan menghirup air ketuban dan menelannya. Ini merupakan latihan bernafas bagi si kecil sehingga mampu bernafas dengan sendirinya.
  • Setelah paru-paru berkembang dan mula berfungsi, saluran kencing juga akan terbentuk dan mengembang untuk menyalurkan keluar cecair atau makanan yang ditelan oleh bayi.
  • Kepala lebih tegak.
  • Mata janin bayi bergerak ke bahagian depan kepala.
  • Pertumbuhan kaki yang sihat
  • Telinga akan membentuk
  • Kuku kaki bayi akan mula tumbuh
  • Bayi berupaya mendengar suara atau bunyi dari luar. Mereka juga mula tidur dan bermimpi.
  • Bayi mampu mempamerkan ekspresi muka tertentu seperti juling dan mengerutkan dahi.
  • Bayi akan melakukan perbuatan tertentu seperti menendang atau mencengkam sambil bergerak di dalam perut ibu.
  • Bulu mata dan kening bayi mula berkembang.

Masalah yang dihadapi ibu

Masalah yang dihadapi ibu Hamil 4 bulan apa yang dirasakan

Ibu-ibu mungkin akan mengalami beberapa simptom kurang menyenangkan semasa tempoh 16 minggu kehamilan ini. Antaranya ialah:

  • Hidung terasa sempit, sukar bernafas dan berdarah
  • Peningkatan tekanan darah, menyebabkan tekanan darah tinggi
  • Sakit belakang
  • Ibu mengalami kesukaran untuk mengimbangkan diri semasa berjalan (rasa terhuyung hayang)
  • Kebanyakan wanita hamil akan mengalami sembelit ketika tempoh hamil disebabkan pertumbuhan rahim yang memberi tekanan pada usus yang menyekat pergerakan atau aktiviti usus
  • Pertumbuhan juga mengakibatkan kelembutan (kesakitan) payudara yang agak teruk. Ibu-ibu perlu peka dengan perkembangan payudara. Aliran darah berlebihan dihantar untuk pembentukan susu.
  • Vena varikos juga berkembang pada fasa kehamilan ini. Ia mungkin disebabkan oleh kenaikan berat badan ibu-ibu secara tiba-tiba.
  • Ibu-ibu hamil juga akan mengalami masalah keputihan yang lebih dari biasa. Namun ia tidak berbahaya walaupun anda mungkin akan berasa tidak selesa. Pakailah ‘pantyliner’ dan tukar ia selalu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jangan lap dengan tisu atau tisu basah. Penting juga untuk anda perhatikan jika keputihan anda bertukar warna atau berbau, segeralah rujuk doktor jika ia berlaku.

Hamil 16 minggu perut masih kecil

Hamil 16 minggu perut masih kecil? Jangan risau. Ini bukanlah satu masalah kerana ada perut wanita yang mula membesar bermula minggu ke 22.

Ada sesetengah situasi di mana para ibu mengadu tentang kekejangan semasa hamil 16 minggu. Ini berpunca dari peningkatan gas dalam badan anda dan memberikan tekanan ke atas perut serta ke atas sistem penghadaman dan usus.

Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting supaya anda tidak berasa tertekan dan murung. Nikmatilah tempoh kehamilan anda dengan gembira kerana anda akan selamat melaluinya seperti ibu-ibu hamil yang lain.