Hamil 36 Minggu: Fasa Kekejangan

Hamil 36 Minggu: Fasa Kekejangan

3 min bacaan

Akhirnya anda telah hamil 36 minggu. Anda pasti tidak percaya betapa cepatnya masa berlalu. Anda berdiri di hadapan cermin dan lihat, ‘wow..besarnya perutku’. Pada minggu-minggu beginilah anda akan mula menghitung hari sebelum tarikh bersejarah anda. Dan pada waktu beginilah anda akan mula merasai kekejangan di perut anda.

Mengapakah kekejangan masih berlaku pada minggu ke 36? Gejala lain seperti sakit belakang, mual atau ‘morning sickness’ telah berlalu, namun anda masih perlu berhadapan dengan kekejangan. Adakah kekejangan mempunyai hubungan dengan fasa hamil 36 minggu? Artikel ini akan membantu pemahaman anda tentang kekejangan semasa kehamilan minggu ke-36.

hamil 36 minggu

Hubungan kekejangan dengan hamil 36 minggu:

Jangan risau… ini adalah perkara yang normal dihadapi oleh ibu hamil. Ini merupakan persediaan tubuh badan anda sebelum menghadapi kelahiran sebenar. Fahamilah tentang apa perkara yang akan anda hadapi kelahiran kelak.

Gejala minggu hamil 36 minggu

  • Bayi telah berkembang sepenuhnya dan bersedia untuk kelahiran
  • Bayi bergerak ke bawah perut anda menuju saluran kelahiran anda akan mendorong bayi ke bawah apabila menghampiri tarikh akhir kelahiran
  • Wanita hamil akan berasa tidak selesa dengan perut kembung yang berpunca dengan tekanan dari bayi ke atas lapisan perut dan abdomen.
  • Keadaan ini mungkin akan menyebabkan anda hilang selera, sukar makan dan tidak mampu makan dengan banyak sehingga kenyang.
  • Rasa ingin kerap membuang air kecil juga akan meningkat ini disebabkan bayi telah bergerak ke bawah abdomen anda seterusnya menekan pundi kencing anda.

Kekejangan yang sekejap tetapi dalam tempoh yang lama

Kekejangan yang sekejap tetapi dalam tempoh yang lama

Kekejangan atau ‘cramping’ mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan kekejangan yang dihadapi wanita semasa datang haid. Oleh kerana tempoh berlakunya kekejangan ini hampir dengan tarikh kelahiran bayi, ia sering disalah anggap sebagai petanda ingin bersalin. Anda perlu segera merujuk doktor anda sekiranya anda berasa kekejangan menjadi semakin teruk. Ini untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang atau kelahiran yang sebenar.

Biasanya kekejangan pada fasa hamil 36 minggu bukanlah petanda kelahiran pramatang, tetapi ianya disebabkan oleh perubahan fizikal yang dialami ibu hamil. Apakah yang berubah?

Perlebaran Bahagian Bawah Rahim

Perkara pertama ialah pelebaran pada bahagian bawah rahim. Bahagian bawah rahim akan menyusut supaya bayi dapat lalu dengan mudah. Ada ketikanya ibu hamil juga akan mengalami cirit birit serta kekejangan. Ini adalah perkara biasa melainkan ia menjadi lebih serius dan berterusan sehingga dua – tiga hari. Sekiranya ini berlaku anda perlu berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.

Kontraksi Braxton Hicks

Jika anda mengalami kekejangan secara berkala, maka ini mungkin kontraksi Braxton Hicks. Ia bukanlah petanda bersalin yang sebenar tetapi ia merupakan latihan yang menyerupai rasa sakit bersalin sebagai persediaan untuk ibu menjelang kelahiran. Ini membuatkan ramai ibu hamil panik dan menyangka mereka sedang dalam proses kelahiran sebenar. Segera rujuk doktor anda dan maklumkan perkara yang berlaku.

Kontraksi Braxton Hicks hamil minggu 36

Bloody Show

Wanita hamil juga akan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘bloody show’. Ini adalah situasi yang menggambarkan pengeluaran plug lendir (mucus plug). Plug lendir bertujuan untuk menyekat kemasukan serviks bagi menjaga keselamatan bayi anda. Menjelang hamil 36 minggu, kebanyakan wanita hamil akan kehilangan plug lendir yang berlaku tanpa sedar. Pada masa inilah mereka akan mengalami kesakitan pada tahap yang berbeza dan kekejangan juga akan mula berlaku.

Posisi Tidur

Anda berasa kekejangan melampau pada waktu malam? Mungkin berpunca daripada posisi tidur yang tidak betul. Ada kalanya posisi tidur anda menambahkan tekanan pada perut atau belakang badan seterusnya menyebabkan kekejangan. Beralih posisi tidur pada waktu malam mungkin dapat membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak.

Akhir Kata

Kekejangan atau ‘cramping’ akan datang dan pergi. Perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa kekejangan ialah minum air suam, gunakan pek air panas dan tidur sambil meninggikan kaki anda. Pendek kata terasa kekejangan ini adalah petunjuk bahawa bayi ajaib anda akan dilahirkan tidak lama lagi.