Hamil 18 Minggu Fasa Honeymoon Kehamilan

Hamil 18 Minggu: Fasa Honeymoon Kehamilan

3 min bacaan

Pasti anda pernah dengar yang kononnya hamil 18 minggu atau trimester kedua bagi wanita hamil ibarat fasa bulan madu dan segala simptom ‘morning sickness’ telah hilang. Tiada lagi rasa mual ketika bangun pagi atau lawatan yang tergesa-gesa ke tandas untuk muntah dan sebagainya.

Wanita hamil akan berasa lebih selesa dan akhirnya menikmati fasa kehamilan mereka. Mungkin sebab inilah, hamil 18 minggu dikatakan sebagai ‘happy time’ atau saat-saat gembira untuk bakal ibu-ibu.

hamil 18 minggu gembira

 

Tahukah anda, bahawa ketika hamil 18 minggu bayi anda akan bertambah panjang sekitar lima dan setengah inci dan beratnya lebih kurang lima auns? Pertumbuhan ini membolehkan bayi anda untuk berpusing, berguling, menendang dan menumbuk rahim.

Bersedialah para ibu, bayi anda akan menjadi seperti ninja di dalam perut anda. Bayi juga akan dapat mendengar suara anda, dan anda juga boleh mendengar degupan jantung si kecil menggunakan stetoskop.

Selain daripada pertumbuhan bayi ini, fizikal ibu juga akan mengalami perubahan.

Gejala kehamilan

Pertumbuhan bayi yang semakin aktif ini akan memberikan tekanan yang lebih pada badan ibu. Ketika ini, saiz rahim ibu adalah sekitar saiz cantaloupe di mana ia menarik bahagian bawah perut ke hadapan dan perut ibu akan menjadi lebih besar. Perubahan hormon juga akan mempengaruhi otot dan ligamen yang menyebabkan gejala-gejala kehamilan seperti:

  • Pedih ulu hati (heartburn) serta sistem penghadaman yang kurang efisien
  • Kembung perut dan gas yang berlebihan (gassy)
  • Urat varikos pada kaki kerana peningkatan berat badan
  • Kekejangan kaki semasa kehamilan, kaki membengkak terutamanya pada pergelangan kaki dan tapak kaki
  • Kekejangan perut
  • Tanda regangan di bahagian bawah perut (stretch marks)
  • Masalah kulit seperti jerawat, edema, gatal-gatal dan kemerahan

Jadi hamil 18 minggu ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan ya, masih ada perkara yang anda perlu hadapi dengan penuh kesabaran.

hamil 18 minggu gejala

Amalan Makan

Wanita hamil perlu meningkatkan jumlah makanan untuk memenuhi keperluan makanan bayi dalam kandungan. Namun, anda tidak boleh makan secara berlebihan pada satu-satu masa, anda perlu makan dalam jumlah yang sedikit tetapi dengan lebih kerap.

Makanan bergoreng perlu dikurangkan untuk kebaikan bayi dan juga ibu kerana ia akan menyebabkan gangguan penghadaman, pedih ulu hati, peningkatan kolesterol yang tidak diingini dan sebagainya. Anda perlu makan dengan perlahan-lahan dan kunyah makanan anda dengan baik. Elakkan berbaring sejurus selepas makan untuk menjaga kesihatan bayi.

Tekanan Darah

tekanan darah hamil 18 minggu

Tekanan darah yang rendah mungkin akan membuatkan anda rasa ual dan pening kepala, jadi sentiasa simpan jus buah dan makanan ringan di dapur anda. Selain itu, perut ibu juga akan bertambah besar yang akan membuatkan ibu sukar untuk tidur pada waktu malam.

Anda boleh dapatkan bantal kehamilan yang semakin popular sekarang untuk membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa. Bantal ini akan menyokong perut yang semakin membesar dan lutut ibu ketika tidur.

Dorongan Nafsu

Kebanyakan wanita hamil juga akan mempunyai dorongan nafsu yang lebih tinggi untuk bersama suami. Dapatkan nasihat doktor tentang aktiviti seksual yang selamat yang boleh diamalkan oleh anda dan pasangan anda. Dapatkan juga kepastian dari doktor tentang kandungan anda, adakah kehamilan tunggal atau kembar.

Pergerakan Bayi

Ibu akan sering merasa pergerakan bayi apabila hamil 18 minggu namun di dalam sesetengah kes, terdapatnya ibu hamil 18 minggu tapi belum merasakan gerakan janin. Ini boleh disebabkan oleh otot yang kuat atau lemak berlebihan. Ini berlaku kepada ibu-ibu yang mungkin mengalami peningkatan berat badan yang banyak.

Namun jangan risau dan ikutlah nasihat dari doktor anda. Ambil vitamin pranatal dengan tetap, minum air yang banyak, amalkan diet pemakanan yang betul serta dapatkan rehat yang banyak. Jika anda mempunyai masa terluang dan mula berasa bosan, bacalah buku atau artikel tentang kehamilan atau mula mencari nama untuk bayi anda.