Selamatkah Glyburide Diambil Semasa Hamil?

3 min bacaan

Terdapat pelbagai jenis ubatan yang digunakan untuk merawat diabetes. Salah satunya ialah glyburide yang biasa dipreskripsikan kepada pesakit diabetis jenis 2. Ubat ini dihasilkan dalam bentuk tablet dan ia berkesan untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, ubat ini tidak sesuai untuk merawat diabetes jenis 1, ia tidak akan membantu mengurangkan paras gula yang tinggi dalam darah. Gaya hidup yang sihat iaitu pemakanan yang seimbang serta senaman harian adalah penting untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Glyburide dan kehamilan

Adakah wanita hamil boleh mengambil glyburide? Glyburide mempunyai kesan sampingan yang boleh membahayakan perkembangan bayi anda. Menurut kajian, glyburide didapati berada dalam rahim tikus hamil dan memasuki plasenta (yang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi yang sedang membesar).

Selain itu, kepekatan gliserida dalam darah ibu sama dengan kadar glisburida pada janin. Keadaan ini sangat merisaukan kerana persamaan atau perbezaan yang berlaku pada tahap glisburida dalam darah ibu dan janin mungkin boleh membahayakan kedua-duanya.

Kajian yang sama juga menunjukkan bayi tikus yang diuji mengalami masalah tulang.

Masalah yang timbul ini tidak ada kaitan dengan ubat-ubatan yang lain. Dalam kebanyakan kes, kepekatan ubat-ubatan lain dalam tisu janin sangat rendah dan tidak mempunyai hubungan langsung dengan kepekatan dalam darah ibu. Ini membuatkan para doktor membenarkan pengambilan ubat-ubatan ini di kalangan wanita hamil.

Perkara yang sama berbeza dengan pengambilan glyburide yang dinyatakan dalam kajian terdahulu. Doktor tidak akan mengesyorkan pengambilan glyburide di kalangan wanita hamil kerana dosa yang ditetapkan boleh membahayakan bayi yang belum lahir. Glyburide adalah antara ubatan yang dihasilkan oleh kebanyakan syarikat farmaseutikal.

Yang Berkaitan:  6 Kesan Buruk Pengguguran Bayi Jadi Penghalang Hamil Semula

Setiap syarikat ini telah melakukan beberapa ujian terhadap haiwan untuk menguji ubatan mereka. Sesetengah hasil kajian yang dijalankan oleh syarikat ini mendapati tiada masalah perubatan dihadapi oleh bayi selepas kelahiran. Namun kenyataan bahawa glyburide memasuki plasenta dengan mudah agakmn membimbangkan.

Dos glyburide yang sesuai

Doktor akan menetapkan jumlah dos glyburide yang sesuai bergantung kepada jenis diabetes yang dialami seseorang pesakit itu. Sekiranya pesakit menderita masalah kesihatan yang lain serta ada mengambil ubat-ubatan yang lain, dos yang dikeluarkan oleh doktor akan berubah.

Bagi seseorang yang menghidap diabetes dan masalah kesihatan yang lain, mereka akan mula mengambil dos metformin glyburide yang berbeza antara 2.5 mg hingga 5 mg setiap hari. Walau bagaimanapun, gangguan hati atau ginjal bermula dengan dos yang lebih kecil iaitu sebanyak 1.5 mg setiap hari.

Adakah glyburide selamat diambil oleh wanita hamil?

Pelbagai kajian yang dilakukan ke atas haiwan tidak menunjukkan hubungan cara langsung tentang pengambilan glyburide semasa kehamilan. Perkara paling penting bagi setiap wanita hamil ialah kesihatan bayi.

Sesiapa pun perlu berfikir dua kali sebelum memberikan glyburide kepada wanita hamil. Ini kerana masih belum ada bukti yang kukuh tentang keselamatan ubat ini terhadap wanita hamil.

Sekiranya anda ingin mengambil glyburide untuk mengurangkan kadar gula dalam darah, ia bukanlah satu pilihan yang baik. Hasil kajian yang tidak mencukupi membuatkan glyburide tidak patut diambil oleh wanita hamil. Jika anda ingin mengetahui tentang glyburide dan kehamilan, hubungilah doktor untuk maklumat lanjut.

Jangan sesekali mencuba sebarang ubatan tanpa merujuk doktor dahulu. Adalah penting untuk memastikan kesihatan bayi anda sebagai keutamaan anda. Oleh itu penjagaan kesihatan semasa hamil perlu dititikberatkan kerana ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat

Yang Berkaitan:  Fahami Kesan Bau Cat Kepada Ibu Mengandung, Jangan Cat Dulu