5 Gangguan Hati Semasa Hamil Bisa Meragut Nyawa

3 min bacaan

Kehamilan merupakan berita gembira bagi setiap wanita yang menginginkan cahaya mata. Namun mereka juga perlu bersedia dengan pelbagai ‘kejutan’ yang menanti mereka sepanjang kehamilan kelak. Perubahan hormon dalam tubuh wanita akan membuatkan wanita hamil melalui pelbagai perubahan emosi dan fizikal. Salah satu daripadanya ialah gangguan hati yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Berikut ialah jenis-jenis gangguan hati yang mungkin akan mengganggu wanita hamil.

Kolestasis intrahepatik kehamilan (ICP)

Keadaan ini dikenali sebagai kolestasis intrahepatik kehamilan (ICP) yang juga bermaksud aliran hempedu yang tidak normal. Ia berlaku kerana gangguan yang berlaku ke atas aliran dari hempedu dan membina asid. Antara gejala yang perlu diperhatikan ialah penyakit kuning, najis berdarah seperti cirit birit dan warna air kencing yang gelap. Wanita hamil yang diserang gangguan hati ini akan mudah berasa letih dan gelisah. ICP juga memberi kesan yang membahayakan kepada bayi, di mana ia membawa risiko mekonium semasa kelahiran. Segelintir kes yang teruk akan menyebabkan kelahiran pramatang dan kematian bayi.

Sindrom HELLP gangguan hati

Sindrom HELLP

Ia adalah kiraan platelet rendah dalam darah dan meningkatkan enzim hati. Keadaan ini merupakan salah satu komplikasi kehamilan yang bermula dengan kerosakan sel darah merah dengan cepat. Biasa berlaku pada trimester ketiga, keadaan ini juga sejenis bentuk pre-eklamsia. Antara kesan yang akan dialami oleh ibu yang menghidap HELLP ialah pengembangan postpartum, gangguan plasenta yang menyebabkan kelahiran pramatang, pendarahan yang teruk, kegagalan buah pinggang, strok dan boleh menyebabkan kematian ibu.

Hati berlemak akut

Keadaan ini terhasil apabila lemak tertumpu pada sel hati yang memberikan kesan yang sangat berbahaya kepada ibu dan bayi, seperti kegagalan hati dan buah pinggang. Gejala yang akan dialami ialah sakit perut, muntah dan sakit kepala yang teruk. Selain itu, wanita yang mengalami sakit kuning akan mudah terdedah pada penyakit ini.

Hepatitis

Terapat tiga jenis hepatitis; Hepatitis A, B dan C. Hepatitis B dikenalpasti sebagai yang kritikal kerana ia mudah merebak ke bayi melalui rahim. Antara simptom yang akan dialami oleh wanita hamil yang terpaksa berhadapan dengan gangguan hati ini ialah penyakit juning, ketidakselesaan perut, keletihan dan hilang selera makan ketika hamil.

Hepatitis gangguan hati

Preeklamsia

Ia adalah pembengkakan hati dan peningkatan enzim hati yang dialami oleh wanita semasa hamil. Bagi wanita yang menderita penyakit ini akan mengalami tekanan darah tinggi yang melampau. Selain itu, protein yang bocor dan keluar melalui air kencing juga akan memudaratkan anda kerana ia akan merosakkan hati. Keadaan ini biasa berlaku semasa trimester ketiga. Jika tidak dirawat dengan segera, anda mungkin boleh terkena strok, kekejangan atau lebih teruk kematian ibu, bayi atau kedua-duanya.

Rawatan gangguan hati semasa hamil

Bagi wanita yang mengalami gangguan hati, anda boleh mendapatkan nasihat doktor tentang ubat yang sesuai diambil oleh wanita hamil mengikut saranan doktor, ubat antihistamin sesuai untuk merawat ruam dan mengatur aliran hempedu. Rawatan untuk bayi yang dijangkiti hepatitis perlu dirawat dengan segera iaitu sejurus kelahiran.

Sangat penting untuk wanita hamil mendapatkan vaksin hepatitis yang biasa diberi semasa lawatan rutin kehamilan. Jika seseorang wanita hamil yang mencecah minggu 34 kehamilannya dan didiagnosis mengidap hepatitis, kelahiran boleh ditunda selama dua hari untuk memberi ubat untuk pengembangan paru-paru.

Oleh itu, amatlah penting untuk setiap wanita hamil untuk hadir ke setiap lawatan rutin kehamilan dan melaporkan sebarang gejala yang dirasai pelik atau membahayakan diri mereka. Pemeriksaan yang awal dapat dilakukan untuk mengesan sebarang gejala yang boleh merisikokan ibu dan bayi, seterusnya mengenalpasti rawatan yang sesuai dengan segera.