3 Fasa Kehamilan Yang Perlu Anda Lalui

3 Fasa Kehamilan Yang Perlu Anda Lalui

3 min bacaan

Fasa kehamilan ialah pengalaman yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita. Kenangan yang indah yang dinikmati bersama pasangan anda akhirnya akan bertambah dengan kehadiran ahli keluarga ketiga.

Wanita hamil akan mengalami pelbagai jenis perubahan, sama ada emosi dan fizikal sepanjang fasa kehamilan. Tempoh kehamilan (40 minggu) seseorang wanita dan bayinya itu terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa Kehamilan

Trimester pertama: Minggu 1 hingga minggu ke-16

Kebanyakan wanita hamil bersetuju bahawa trimester pertama merupakan tempoh yang memenatkan kerana terpaksa berhadapan dengan mual atau ‘morning sickness’. Pemeriksaan oleh doktor akan dijalankan untuk mendapatkan kepastian tentang fasa kehamilan anda. Ujian ultrasound juga akan dilakukan untuk menentukan usia janin, mengenalpasti sebarang komplikasi serta menentukan tarikh kelahiran bayi. Tulang bayi telah membentuk pada minggu ke-5.

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami beberapa gejala seperti loya, muntah, kehilangan selera makan, pening, letih dan pembengkakan payudara di awal fasa kehamilan mereka. Ketika ini bayi masih dalam proses membesar namun anda mungkin akan dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut anda.

Perkembangan bayi dalam kandungan dari:

Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 1 hingga minggu ke 7

  • tulang belakang menjadi lebih fleksibel
  • kepala, dada, perut, bahu, siku, lutut dan pinggul mula membesar
  • pembentukan paru-paru
  • lengan dan jari kaki akan mula kelihatan
  • pembentukan mulut dan rahang
  • mata dan telinga mula berkembang
  • pembentukkan organ kemaluan
  • pembentukan usus
  • organ dalaman mula berkembang

Minggu ke 8 hingga minggu ke 12

  • telinga, mata, mulut dan hidung masih berkembang
  • lengan, kaki dan tangan mula tumbuh dengan cepat
  • organ dalaman mula berfungsi
  • jantung mula mengepam darah ke seluruh tubuh

Minggu ke-13 hingga minggu ke-16

  • jantung dapat didengar dengan jelas melalui ultrasound
  • berat bayi meningkat dua kali ganda
  • kening dan bulu mata berkembang
  • otot lengan dan kaki menjadi lebih kuat dan dapat dibengkokkan
  • bayi bergerak dengan lebih kuat

Trimester kedua: Minggu ke-17 hingga minggu ke-29

Trimester kedua Minggu ke-17 hingga minggu ke-29

Kebanyakan wanita hamil akan berasa panas apabila memasuki fasa kehamilan trimester kedua. Rasa mual akan mula berkurangan seterusnya menambah selera anda, namun anda perlu berhati-hati dan mengawal kadar gula dalam darah apabila mengambil makanan yang diingini. Diabetes kehamilan adalah antara perkara yang boleh dialami sekiranya pemakanan seseorang wanita hamil itu tidak dijaga.

Semasa trimester kedua, deria penglihatan serta pendengaran bayi sedang membentuk oleh itu mereka dapat mendengar suara ibu serta sensitif terhadap cahaya melalui rahim. Pada masa yang sama tulang, organ dan saraf tunjang bayi telah membentuk sepenuhnya. Sebarang komplikasi atau kecacatan pada struktur bayi boleh dilihat melalui pemeriksaan ultrasound.

Pembesaran bayi pada:

Minggu ke-17 hingga minggu ke-20

  • bayi membesar dan menurunkan berat badan
  • otot bayi berkembang dan bertambah kuat
  • rambut halus mula tumbuh di tubuh bayi serta di kepalanya
  • gigi mula terbentuk

Minggu ke-21 hingga minggu ke-24

  • bayi semakin membesar
  • bayi boleh batuk dan mengeluarkan bunyi yang ganjil
  • bayi boleh menghisap ibu jari tangan dan jari kaki mereka

Minggu ke-25 hingga minggu ke-29

  • paru-paru bayi sudah matang
  • lemak mula berkumpul di badan bayi
  • vernix menyeliputi kulit bayi

Trimester ketiga: Minggu ke-30 hingga minggu ke 40

Trimester ketiga Minggu ke-30 hingga minggu ke 40

Berat bayi akan bertambah begitu juga berat dan saiz anda. Anda akan berasa tekanan pada pundi hempedu, pelvis dan kaki anda. Ketika fasa kehamilan ini bayi telah berkembang sepenuhnya, termasuk otak dan paru-paru mereka. Bayi juga akan mula berlatih bernafas pada waktu ini.

Minggu ke-30 hingga minggu ke-41

  • vernix akan mula menghilang
  • bayi dapat membuka dan menutup mata
  • kedudukan kepala bayi berada di bawah
  • saiz kepala bayi sesuai dengan ukuran badan mereka

Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut; pecah air ketuban atau kontraksi tidak lebih dari 5 minit secara konsisten selama 1 jam atau lebih, anda perlu segera ke hospital. Ketika ini anda dan pasangan anda boleh bersedia untuk memeluk bayi yang dinanti-nanti.