3 Gangguan Emosi Ibu Mengandung Tergamak Mencederakan Diri

3 min bacaan

Kajian menunjukkan bahawa hampir 20% wanita mengalami gangguan emosi ibu mengandung atau ‘mood swing’ semasa kehamilan. Keadaan ini dianggap berbahaya kerana ia akan berpanjangan sehingga selepas kelahiran. Kemurungan mungkin berlaku selepas kelahiran (postnatal) yang mungkin akan membahayakan ibu dan bayi. Pengetahuan asas tentang keadaan emosi ibu mengandung yang stabil dan selepas kelahiran amat penting untuk setiap wanita hamil. Nasihat dari doktor dapat membantu anda memahami risiko kemurungan kepada ibu dan bayi serta rawatan yang sesuai.

Gangguan emosi ibu mengandung, ‘mood swing’ dan kemurungan biasanya disebabkan oleh perubahan fisiologi dan hormon dalam tubuh wanita semasa kehamilan. Keadaan ini akan dialami oleh sesetengah wanita hamil semasa kehamilan atau selepas kelahiran (postnatal). Terdapat pelbagai kategori gangguan emosi yang mungkin dialami selepas kelahiran, namun tiga kumpulan utama gangguan mental akan diterangkan di dalam artikel ini.

Depresi utama

Depresi semasa hamil dan postnatal biasa dirujuk sebagai ‘baby blues’. Ia adalah kemurungan yang mengganggu emosi ibu mengandung yang mungkin akan mempengaruhi kehidupan ibu dan bayi. Ini mempengaruhi hampir 10% wanita hamil dan boleh membahayakan ibu dan janin. Kemurungan selepas kelahiran atau postnatal ialah gangguan emosi yang bertambah buruk selepas kelahiran bayi.

Depresi utama emosi ibu mengandung

Peningkatan hormon semasa kehamilan menyebabkan perubahan pada tahap bahan kimia dalam otak yang seterusnya menjejaskan fungsi hati dalam menentukan emosi. Gangguan ini merupakan punca kemurungan di kalangan wanita hamil. Selain itu, punca lain seperti masalah keluarga, masalah kewangan, kematian atau ditimpa insiden yang tidak dijangka juga boleh menyebabkan kemurungan.

Gejala kemurungan utama di kalangan wanita hamil:

  • kesukaran tidur atau terlebih tidur
  • gelisah atau perubahan mood
  • keletihan berterusan atau kekurangan tenaga
  • kelakuan yang berbeza, tidak dapat diramalkan atau pelik
  • berniat melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri seperti membunuh diri
  • sentiasa rasa bersalah atau rasa tidak dihargai oleh orang lain

Keadaan ini perlu diambil serius kerana kemurungan yang berterusan akan memberi kesan yang buruk pada ibu, bayi serta keluarga. Jika kemurungan dibiarkan dan tidak dirawat, seseorang wanita hamil itu akan mengalami kekurangan zat atau penyalahgunaan zat, berniat membahayakan diri atau bunuh diri, dan sangat kritikal hingga tergamak untuk mencederakan bayi sendiri.

Mood klinikal dan serangan perasaan panik emosi ibu mengandung

Kebanyakan wanita hamil yang berhadapan dengan kemurungan akan mengalami kelahiran pramatang, keguguran atau berat bayi yang dilahirkan adalah rendah. Selain itu, gangguan emosi ibu mengandung akan mempengaruhi bayi dan menjejaskan kemampuan ibu untuk menggalakkan peningkatan perkembangan kognitif dan emosi bayi yang positif.

Mood klinikal dan serangan perasaan panik

Keadaan ini biasanya berlaku sejurus kelahiran bayi dan memerlukan tempoh sehingga enam bulan hingga setahun rawatan rapi untuk benar-benar sembuh. Wanita hamil yang mengalami gangguan mood ini akan berasa murung, serangan perasaan panik, hiperventilasi dan gangguan kompulsif obsesif. Mereka mungkin akan mempunyai fikiran yang berulang serta perkara yang boleh membahayakan bayi mereka sehingga mereka berasa tertekan. Ada yang menyamakan keadaan ini dengan meroyan.

Psikosis postnatal / postpartum

Psikosis postnatal postpartum emosi ibu mengandung

Gangguan mental ini adalah yang terburuk antara tiga gangguan emosi ibu mengandung ini. Ia mungkin berlaku selepas beberapa minggu kelahiran bayi dan ia memerlukan rawatan rapi dari pihak hospital. Ini kerana terdapat sesetengah kes di mana ibu berasa terlalu murung atau tertekan hingga sanggup membahayakan nyawa mereka dan bayi mereka sendiri.

Ubat psikotropik merupakan rawatan klinikal yang diperlukan oleh individu yang murung namun, keselamatannya ke atas wanita hamil semasa kehamilan dan selepas kelahiran belum dapat dikenalpasti lagi. Salah satu rawatan yang selamat untuk wanita hamil ketika ini ialah psikoterapi yang membantu mencari punca kemurungan dan penyelesaiannya. Sebarang pengambilan ubat anti depresan, penstabil mood atau agen anti-kegelisahan perlu dibenarkan oleh doktor anda supaya tidak memudaratkan bayi anda.