Diet Ketika Hamil? Asal Jangan Makan Benda Ini Cukup

3 min bacaan

Seorang wanita hamil tidak perlu makan terlalu banyak, seperti yang dikatakan oleh orang zaman dahulu iaitu makan untuk dua orang. Amalan pemakanan sihat dan bukan diet ketika hamil tertentu yang sangat kita perlu semasa kehamilan untuk kesihatan badan serta bayi. Doktor menyarankan agar wanita hamil tidak makan dalam jumlah yang banyak supaya tidak mempunyai berat badan yang berlebihan.

Diet Ketika Hamil

Adalah penting untuk seseorang wanita hamil berada dalam keadaan yang sihat untuk melahirkan bayi yang sihat. Wanita yang menambah berat badan semasa kehamilan akan membuatkan mereka terdedah kepada komplikasi seperti diabetes dan darah tinggi. Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengalami diabetis kehamilan, akan mengalami kegemukan dan beratnya melebihi 9 paun.

Kesan buruk yang akan dialami oleh bayi tersebut ialah masalah kesihatan seperti diabetes remaja, masalah jantung, kemurungan serta kurang aktif.

Mengapa wanita hamil tidak perlu diet?

Mengapa wanita hamil tidak perlu diet

  • kekurangan makanan untuk janin yang berkembang boleh menyebabkan keguguran
  • kelahiran pramatang dan bayi yang lemah dengan jangka hayat yang lebih rendah, atau kematian
  • kecacatan fizikal semasa kelahiran seperti buta dan kecacatan anggota badan
  • bayi yang kecil serta kurang berat badan
  • organ dalaman tidak berfungsi dengan baik seperti jantung otak hati dan lain-lain
  • arteri yang lebih tebal yang akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan
  • mungkin menyebabkan cacat tiub saraf (NTD) di dalam rahim seterusnya mengakibatkan kerosakan pada otak dan tulang belakang bayi
  • menghidap diabetes dan tekanan darah

Kesan buruk pil diet ketika hamil

Kebanyakan wanita mengamalkan diet ketika hamil kerana bimbang kesukaran menurunkan berat selepas kelahiran. Kebimbangan ini ditambah dengan tanggapan bahawa pasangan mereka akan hilang minat dengan mereka atau mereka akan kelihatan tidak menarik lagi. Wanita hamil yang berlebihan berat badan akan mudah terdedah kepada diabetis, masalah jantung, diabetes kehamilan dan masalah kolestrol semasa atau selepas kehamilan.

Bagi wanita yang sedang memikirkan untuk mengambil pil diet ketika hamil, rujuklah pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat yang sahih tentang risikonya terhadap kandungan. Banyak pil diet telah dilarang keras oleh A.S kerana ia mempunyai kesan yang buruk kepada bayi yang belum lahir. Adalah baik untuk anda dapatkan kepastian daripada doktor tentang pil diet yang anda pilih. Anda tidak perlu risau untuk menurunkan berat badan semasa hamil kerana perkembangan rahim anda penting untuk menampung bayi yang belum lahir.

Kesan buruk pil diet ketika hamil

Kesan negatif dari pengambilan pil diet akan membahayakan nyawa bayi anda, oleh itu hindari semua jenis pil diet ketika hamil dan berikan tumpuan ke atas penjagaan bayi dalam kandungan anda. Anda harus ingat bahawa kesan diet yang anda alami adalah jangka pendek dan berat anda mungkin naik semula selepas pengambilannya dihentikan.

Terdapat kes di mana berat yang naik semula melebihi dari sebelumnya serta membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan. Jika anda ingin mengambil pil diet selepas melahirkan bayi, adalah lebih baik untuk mengambilnya apabila anda tidak lagi menyusukan bayi anda. Ini kerana ubat yang diambil oleh ibu tadi boleh dipindahkan melalui susu ibu ke dalam badan bayi.

senaman sebelum semasa dan selepas kehamilan

Kaedah untuk menurunkan berat badan yang paling selamat ialah melalui senaman. Ia boleh dilakukan dengan berhati-hati sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Rutin senaman yang teratur menurut nasihat doktor akan memastikan bahawa berat badan anda berada di tahap yang dibenarkan mengikut ketinggian anda. Selain itu senaman ringan juga bermanfaat untuk kesihatan bayi dan membantu mengepam darah beroksigen ke jantung bayi dan organ-organ lain.

Wanita hamil akan mengalami pelbagai jenis kesan buruk dari pil diet ketika hamil, bergantung kepada tindak balas tubuh mereka terhadap ubat tersebut. Itulah doktor anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil pil diet. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau dorongan dari rakan anda bahawa pil diet tersebut selamat untuk diambil oleh wanita hamil. Adalah penting untuk anda tahu bahawa pengambilan pil diet ketika hamil akan membahayakan diri anda termasuk anak anda yang belum lahir.