Kenali Diabetes Semasa Mengandung

5 min bacaan

Diabetes semasa mengandung terjadi akibat gangguan metabolisme dalam badan yang memberikan kesan yang buruk kepada organ dalaman manusia. Tahukah anda bahawa keadaan yang membahayakan ini juga boleh terjadi kepada wanita yang sedang hamil?

Ia dikenali sebagai diabetes kehamilan dan ia berisiko untuk membahayakan keadaan ibu-ibu serta bayi dalam kandungan mereka jika tidak dirawat dengan segera.

Bagaimana diabetes berlaku?

Setiap makanan yang kita ambil akan diproses oleh badan kita dan diubah menjadi gula. Gula yang terhasil ini akan dialirkan ke seluruh tubuh kita melalui saluran darah.

Pankreas akan mengesan kehadiran gula dalam darah dan menghasilkan insulin yang berfungsi untuk membantu memindahkan glukosa melalui aliran darah ke organ. Ia akan seterusnya digunakan sebagai bahan bakar atau dipindahkan pula ke simpanan lemak dan menunggu untuk digunakan kelak.

Sekiranya anda menghidap diabetes, tubuh anda akan menghadapi masalah menyelaraskan insulin mengikut keperluan tubuh anda.

Antara masalah yang mungkin timbul adalah badan anda tidak menghasilkan insulin yang secukupnya akibat tindak balas terhadap jumlah glukosa dalam darah atau tubuh bertindak untuk membina daya tahan yang tinggi dari biasa dan tidak lagi menggunakan insulin yang berfungsi untuk melancarkan pemindahan glukosa dalam darah.

Mana-mana perkara yang disebut ini adalah berbahaya dan mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih besar timbul. Antaranya ialah kerosakan organ dalaman termasuk ginjal dan hati.

Perubahan semasa hamil

Bakal bakal ibu akan mengalami ketidakseimbangan hormon sepanjang kehamilan mereka. Keadaan ini disebabkan oleh tubuh mereka yang bersedia untuk menampung bayi selama sembilan (9) bulan.

Yang Berkaitan:  Kenali Tanda Gugur Demi Keselamatan Ibu Hamil

Peningkatan gula dalam darah ibu adalah perkara yang normal kerana proses pencernaan yang menjadi lebih perlahan semasa hamil. Oleh itu tubuh mereka mungkin tidak akan menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu memindahkan gula keluar dari darah.

Sekiranya anda tidak pernah didiagnosis dengan penyakit diabetes, kemungkinan untuk anda mengalaminya semasa hamil tetap ada. Keadaan ini dikenali sebagai diabetes kehamilan.

Anda mungkin tidak sedar bahawa anda sedang menghidap diabetes semasa mengandung sehingga gejala-gejala yang anda alami menjadi jelas.

Walau bagaimanapun, bagi wanita hamil yang melakukan rawatan kehamilan secara berkala, doktor anda akan dapat mengenalpasti gejala diabetes antara trimester kedua dan ketiga.

Amat penting untuk setiap wanita hamil menghadiri lawatan rutin ke klinik ibu atau hospital bagi mengenal pasti sebarang masalah kesihatan yang mungkin timbul sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Antara tanda-tanda diabetes yang dapat dikenal pasti adalah sering dahaga dan kerap kencing. Gejala-gejala ini mungkin tidak kelihatan pada wanita hamil.

Sebagai contohnya keadaan bayi yang semakin membesar dan memberikan tekanan ke atas pundi kencing ibu akan membuatkan ibu-ibu kerap membuang air kecil.

Gejala ini seterusnya menjadi tidak jelas dan boleh membuatkan mana-mana ibu hamil tidak percaya mereka sedang mengalami diabetes semasa mengandung.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika benar anda mengalami diabetes semasa mengandung, perkara pertama adalah jangan berasa tertekan. Terdapat rawatan seperti amalan diet yang sihat serta senaman ringan boleh dilakukan semasa hamil bagi mengawal masalah ini.

Pilihlah makanan yang mengandungi tahap karbohidrat yang sederhana yang meningkatkan tenaga dan mengekalkan tahap gula dalam darah anda. Minum air dengan banyak dan elakkan minuman yang mempunyai kafein.

Yang Berkaitan:  Adakah Kehamilan Pertama dan Kedua Berbeda?

Apabila anda melalui proses kelahiran bayi, diabetes kehamilan ini biasanya akan hilang. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kes di mana ibu-ibu tetap mengalami diabetes selepas kelahiran bayi mereka. Ini boleh disebabkan oleh dua perkara.

  • Wanita tersebut mungkin terus mengalami diabetes kehamilan atau;
  • Beliau memang telah menderita penyakit ini sebelum kehamilan mereka.

Doktor anda akan memantau tahap gula dalam darah anda bagi memastikan ia kembali normal.

Kepentingan amalan diet yang sihat

Sekiranya anda didiagnos dengan diabetes semasa mengandung pada trimester kedua, bermakna badan anda tidak dapat memproses semua gula yang dihasilkan.

Gula ini biasanya diproses dan digunakan oleh insulin namun kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin tidak dapat menghilangkan gula dalam darah anda. Seterusnya anda akan mempunyai tahap gula yang tinggi dalam darah yang boleh menyebabkan beberapa kesan yang buruk.

Kesan

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membahayakan ibu dan bayi mereka. Menurut kajian, ibu-ibu yang mengalami diabetes semasa hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit yang sama selepas kelahiran bayi mereka.

Diabetes semasa mengandung sering dikenal pasti antara minggu ke-24 dan 28 kehamilan. Hasil kajian beberapa doktor mendapati bahawa apabila berat badan wanita meningkat secara mendadak, lemak badan yang terhasil akan meningkatkan daya tahan insulin.

Ia seterusnya membuatkan badan anda tidak dapat menggunakan insulin dengan betul dan meningkatkan risiko diabetes kehamilan.

Oleh itu adalah penting untuk setiap wanita hamil mengawal kenaikan berat badan mereka mengikut nasihat doktor bagi mengurangkan risiko diabetes semasa mengandung. Amalan diet yang sihat selamat disyorkan sejak awal kehamilan bagi mengawal kenaikan berat badan wanita hamil.

Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengalami diabetes semasa mengandung biasanya akan lebih besar daripada bayi biasa. Saiz tubuh baik yang besar ini mendedahkan mereka kepada masalah metabolisme serta masalah kesihatan jangka panjang yang lain.

Yang Berkaitan:  Amniosentesis Test: Prosedur, Faktor dan Risiko Ujian Genetik Ini

Bayi yang dilahirkan lebih besar berbanding bayi lain mungkin perlu dipantau di unit rawatan rapi kerana mereka tidak dapat mengekalkan kadar gula dalam tubuh mereka seterusnya mengalami penyakit kuning.

Rawatan dan Pecegahan

Amalan diet yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting bagi memastikan ibu kekal sihat serta bayi membesar dengan baik. Setiap ibu perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan mereka kerana setiap benda yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan diri dan bayi anda.

Bagi wanita hamil yang mengalami diabetes semasa mengandung, pemilihan makanan yang tepat serta penjagaan kadar gula dalam darah akan dapat mengurangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Amalan diet yang seimbang merupakan cara pertama yang disarankan oleh doktor untuk mengelakkan diabetes kehamilan. Pengambilan insulin atau ubat-ubatan yang lain yang memastikan kandungan gula dalam darah anda berada dalam tahap yang normal adalah cara kedua atau Plan B oleh para doktor.

Makanan yang disyorkan untuk wanita yang mengalami diabetes semasa mengandung adalah sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang mempunyai tahap karbohidrat yang rendah serta jumlah protein yang sederhana.

Anda mungkin perlu merujuk pakar diet berdaftar bagi memastikan perubahan diet anda sesuai dengan gaya hidup anda, keluarga dan anak-anak anda yang lain.