D-dimer: Gangguan Pembekuan Darah Semasa Kehamilan

3 min bacaan

Pembekuan darah memainkan peranan yang penting dalam proses penyembuhan tubuh dan untuk mencegah kehilangan darah yang banyak. Apabila seseorang mengalami luka berdarah, platelet berfungsi sebagai mekanisme pelindung diri dengan membentuk bekuan yang menghentikan pendarahan.

Apa itu D-dimer?

Proses pembekuan darah melibatkan penukaran fibrinogen (protein larut) kepada fibrin (protein tak larut). Seterusnya fibrin membentuk satu jaringan di permukaan luka untuk menghalang eritrosit keluar dari salur darah. Mekanisme lain iaitu enzim dan trombin turut berfungsi untuk mencegah pembekuan darah dari menjadi terlalu besar.

Proses kemerosotan pembekuan darah oleh protein plasmin adalah fragmen D yang berkaitan protein fibrinogen yang terdapat dalam darah. Istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan fragmen protein ini ialah D-dimer. Peningkatan D-dimer dalam darah menandakan kewujudan aktiviti trombin.

Artikel ini akan memberi penjelasan berkaitan punca yang menyebabkan ketidakseimbangan tahap D-dimer semasa kehamilan.

Tahap D-dimer semasa kehamilan

D-dimer ialah bahan yang terbentuk semasa proses penguraian fibrin. Apabila gumpalan darah terbentuk dalam tubuh, trombin akan mengaktifkan sistem fibrinolitik yang kemudian melarutkan pembekuan darah. Keadaan ini yang membuatkan doktor mengarahkan pemeriksaan ujian darah D-dimer dilakukan ke atas pesakit yang menunjukkan gejala-gejala gangguan pembekuan darah seperti trombosis urat dalam, emboli arteri atau strok.

Antara faktor yang menyebabkan peningkatan tahap D dimer semasa kehamilan ialah keradangan, jangkitan atau kecederaan pembuluh darah. Selain itu, perubahan fisiologi semasa hamil juga menyumbang kepada tahap D dimer yang tinggi di kalangan wanita hamil. Semasa hamil, jantung ibu akan bekerja keras berbanding biasa untuk menyalurkan nutrien kepada bayi yang dikandung. Peningkatan tahap darah semasa hamil membuatkan bakal-bakal ibu ini terdedah kepada risiko pendarahan dan pembentukan gumpalan darah.

Komplikasi seperti hipertensi, pre-eklamsia dan gangguan plasenta juga dapat menyebabkan perubahan pada sistem pembekuan yang mana tahap d-dimer mungkin lebih tinggi daripada julat normal d-dimer dari 0,50 mg / L. Apabila Venous Thromboembolism (VTE) dikesan dalam tubuh seseorang wanita hamil, ujian D dimer akan dilakukan untuk mendapatkan kepastian.

Jadi, bilakah ujian D-dimer dilakukan?

Ujian D-dimer

Ujian D-dimer berfungsi untuk mengesan sebarang komplikasi yang berkaitan dengan sistem pembekuan darah dalam tubuh. Salah satu gejala yang boleh membahayakan wanita hamil ialah Tromboemboli vena, yang merujuk pada pembentukan gumpalan darah di dalam urat. Trombosis urat dalam adalah satu lagi komplikasi yang serius yang berkaitan dengan perkembangan pembekuan darah pada urat di kaki.

Keadaan ini yang menyebabkan sesetegah wanita hamil mengalami pembengkakan pada kaki, sakit kaki dan kelembutan pada kaki. Gumpalan darah berpotensi untuk masuk ke dalam arteri yang boleh mendorong kepada masalah perubatan yang serius iaitu emboli paru-paru yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Oleh kerana paru-paru adalah organ yang penting dalam proses pengaliran darah ke tubuh, gumpalan darah ini sangat serius dan perlu dicegah. Bagi sesetengah wanita hamil yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami penyakit seperti obesiti atau gangguan peredaran darah, mungkin akan berhadapan dengan komplikasi yang sama jika berlaku gangguan pembekuan darah semasa tempoh kehamilan mereka.

Fakta yang membimbangkan tentang wanita yang berusia akhir 30-an atau 40-an yang boleh berhadapan dengan pelbagai komplikasi semasa hamil disokong dengan keadaan di atas. Mereka mungkin akan alami gangguan pembekuan darah yang seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius semasa awal kehamilan mereka.

D dimer gangguan pembekuan darah semasa kehamilan

Lawatan rutin sangat penting dan perlu bagi memudahkan doktor mengenalpasti keadaan bakal-bakal ibu ini dan memberikan rawatan dan ubat yang sesuai untuk mencegahnya. Sekiranya doktor mendiagnosis wanita hamil dengan gejala-gejala yang disebutkan tadi, ujian D-dimer perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, tahap D-dimer berbeza mengikut fasa kehamilan ibu.

Oleh itu, pelbagai ujian dan pemeriksaan lain yang boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis seperti pemeriksaan pembekuan waktu trombin, waktu prothrombin (PT), fibrinogen, waktu tromboplastin yang diaktifkan secara separa, jumlah platelet dan ujian faktor pembekuan tertentu. Ujian-ujian ini merupakan indikator bagi wanita hamil yang ke hospital untuk menjalani ujian pengesanan masalah hematologi.

Kesimpulannya, peningkatan tahap D-dimer semasa kehamilan bukanlah faktor konklusif yang menentukan wanita tersebut mengalami gangguan pembekuan darah. Ia merupakan perkara yang normal, oleh itu agak sukar untuk mengesan keadaan trombotik yang berlaku terhadap wanita hamil. Kajian yang lanjut perlu dilakukan untuk mengesan waktu atau gejala yang menyebabkan gangguan pembekuan darah semasa kehamilan.