Carta ramalan jantina cina waktu silam

Carta Ramalan Jantina Cina

3 min bacaan

China ialah sebuah negara di Asia yang berfokuskan pertanian. Oleh itu masyarakat Cina mengutamakan bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Ia bermula sejak zaman dahulu, di mana masyarakat Tionghua ingin mengetahui jantina bayi mereka. Mereka telah menghasilkan sejenis kalendar yang dikenali sebagai carta ramalan jantina Cina. Carta ini telah ditemui di makam sekitar 700 tahun dahulu. Carta asal disimpan di Institut Sains Beijing di China.

Terdapat banyak perdebatan antara pakar perubatan tentang ketepatan ramalan jantina Cina. Mereka menasihati agar masyarakat di luar tidak menjadikan carta ramalan jantina Cina itu sebagai rujukan utama. Walau bagaimanapun laporan dari China menunjukkan bahawa kalendar tersebut telah berjaya meramal dengan tepat, pada kadar 90%.

carta ramalan jantina cina

Di negara-negara Barat, mereka mempunyai pelbagai jenis kaedah untuk mengetahui jantina anak sebelum kelahiran. Di negara Asia pula, diskriminasi terhadap bayi perempuan membuatkan masyarakat bergantung kepada kalendar ini.

Menggunakan carta ramalan jantina Cina

Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum menggunakan carta ramalan jantina Cina adalah ia digunakan berdasar kitaran lunar selain daripada kalendar Gregorian. Jadi adalah penting untuk wanita hamil mengetahui jumlah bulan kehamilan mereka dapat membuat ramalan yang tepat tentang jantina anak. Umumnya perlu diketahui tentang usia wanita hamil ialah:

  • Jika ibu-ibu dilahirkan antara 1 Januari dan 20 Februari (termasuk 2 tarikh ini), maka umur yang perlu diambil kira adalah yang terkini.
  • Jika anda dilahirkan antara 21 Februari dan 31 Disember (termasuk dua tarikh ini) tambah satu tahun kepada usia sekarang.

Langkah seterusnya ialah menggunakan carta ramalan ini untuk mengetahui telur berjaya disenyawakan. Ini adalah salah satu cara yang paling menarik yang boleh dilakukan kerana tidak ramai orang akan mengetahui hari atau waktu yang tepat kehamilan mereka bermula. Kaedah ini hanya boleh dilakukan menggunakan bulan lunar dan bukan menurut kalendar Gregorian.

Kalendar kehamilan lunar Cina boleh dirujuk untuk meramal jantina bayi anda. Usia wanita hamil semasa tempoh persenyawaan akan digunakan di dalam proses ramalan jantina. Walau bagaimanapun, carta ini hanya berfungsi untuk wanita hamil yang berumur sekitar 18 hingga 45 tahun.

Ketepatan ramalan jantina Cina

Seperti yang pernah disebut sebelum ini, ketepatan ramalan jantina Cina masih dipertikaikan oleh pakar perubatan serta pengkritik. Namun penyokong carta ramalan ini bertegas bahawa ketepatannya hampir 90% dan ia mempunyai nilai yang sangat besar serta telah bertahan selama 700 tahun. Pengkritik pula menyangkal pandangan tersebut dan mengatakan kepercayaan kepada satu kalendar untuk menentukan jantina bayi adalah naif. Jantina bayi hanya boleh diketahui melalui pemeriksaan ujian ultrasound atau ujian perubatan yang lain.

Satu perkara yang mengagumkan tentang carta ramalan jantina Cina ialah ianya mampu memberitahu anda tentang jantina anak anda sebelum kehamilan. Kepercayaan ini sudah tentunya mengundang rasa tidak percaya serta kritikan yang hebat dari pakar perubatan. Sekali lagi pakar perubatan menyarankan orang ramai untuk menjalani ujian yang betul demi mengetahui jantina bayi mereka.

Secara umumnya ketepatan carta ramalan jantina Cina mungkin bersifat subjektif di mana kebanyakan masyarakat mengaku dapat membuat ramalan jantina bayi mereka dengan tepat menggunakan carta ini. Selain itu terdapat kesan negatif di mana carta ini disalahgunakan di negara-negara tertentu yang seterusnya mendorong kepada kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi.

Terdapat juga ibu yang membuat keputusan untuk menggugurkan anak mereka sekiranya carta meramalkan bayi yang dikandung ialah bayi perempuan. Ini adalah pendedahan yang sangat mengejutkan. Oleh itu wanita hamil disarankan untuk berfikir dengan matang dan logik serta mendapatkan pemeriksaan di hospital untuk mengetahui jantina bayi anda.