Cara Mengatasi Sakit Belakang Ketika Hamil

3 min bacaan

Cara Mengatasi Sakit Belakang Ketika Hamil

Anda mungkin akan berasa tidak selesa dengan keadaan pinggang anda yang sakit dan berfikir adakah cara mengatasi sakit belakang ketika hamil? Sakit belakang dan sakit pinggang adalah antara gejala yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Mengapakah ia terjadi?

Apabila usia kehamilan anda bertambah, berat badan anda juga akan meningkat seiring dengan pertumbuhan bayi anda. Peningkatan berat badan pada waktu ini akan menyebabkan anda berjalan dengan cara yang berbeza dan akan mempengaruhi belakang badan anda.

Terdapat beberapa cara mengatasi sakit belakang ketika hamil yang boleh anda lakukan untuk merawat dan melegakan sakit belakang anda.

Cara mengatasi sakit belakang ketika hamil

Apabila perut anda membesar yang disebabkan oleh pertumbuhan bayi anda, pusat graviti anda juga akan berubah. Tubuh anda akan lebih ke hadapan dan keadaan ini menyukarkan anda untuk mengimbangkan badan semasa berjalan. Anda perlu berhati-hati semasa berjalan dan berusaha mengawal badan anda supaya tidak jatuh ke hadapan.

Keadaan ini akan membuatkan otot punggung anda menjadi tegang. Itu mengekalkan postur badan anda semasa hamil amat penting untuk mencegah sakit belakang.

Perkara yang perlu dielakkan:

Tiga (3) perkara yang anda perlu elakkan semasa hamil adalah

  1. mengangkat objek berat serta meregangkan anggota badan secara tiba-tiba.
  2. Sekiranya anda ingin mengangkat barang kecil, anda perlu merendahkan badan terlebih dahulu dan mengangkatnya sambil berdiri dengan perlahan-lahan.
  3. Anda dilarang untuk membongkok dan mengambil objek menggunakan kekuatan belakang anda.

Perkara yang perlu dilakukan:

Pergerakan

Jaga pergerakan anda apabila anda ingin duduk atau berdiri mengelakkan anda terjatuh dan mencederakan diri anda. Pilih kerusi yang boleh menampung berat anda, dana duduk dengan perlahan-lahan. Apabila duduk, angkatlah kaki anda sedikit untuk mengurangkan ketegangan di punggung anda.

Pakaian

Anda juga perlu memakai kasut yang sesuai, yang bertumit rendah yang boleh menyokong lengkungan kaki anda dengan baik. Memakai pakaian yang selesa juga penting, pilihlah seluar yang mempunyai pinggang yang rendah dan menawarkan sokongan yang baik. Anda juga boleh menggunakan tali pinggang sokongan yang direka untuk wanita hamil.

Posisi tidur

cara mengatasi sakit belakang ketika hamil - posisi tidur

Ubah posisi tidur anda, iaitu berbaring di bahagian sisi badan anda. Elakkan tidur menelentang di atas belakang badan anda. Anda boleh menaikkan satu atau kedua lutut anda semasa tidur. Sesetengah wanita akan menggunakan bantal kehamilan untuk menampung perut mereka supaya dapat tidur dalam keadaan yang selesa. Meletakkan bantal di antara lutut juga dapat melegakan sakit belakang semasa hamil.

Pek panas/urut

Meletakkan pek panas atau pek sejuk di belakang anda juga dapat melegakan rasa sakit yang anda alami. Ada juga yang akan berasa lega apabila berendam dalam tab mandi yang diisi dengan air panas, atau mandi menggunakan air suam. Anda boleh meminta pasangan anda untuk mengurut belakang anda kerana ia adalah salah satu cara mengatasi sakit belakang ketika hamil yang berkesan.

Senaman Ringan

Mengamalkan senaman ringan juga dapat membantu menguatkan otot punggung dan mengurangkan rasa sakit belakang semasa kehamilan. Anda boleh melakukan senaman yang melibatkan pergerakan yang sederhana serta berimpak rendah seperti berjalan dan berenang. Walau bagaimanapun, rujuk doktor anda dahulu untuk memastikan aktiviti tersebut sesuai dengan keadaan tubuh anda.

Nasihat Profesional

Sakit belakang semasa hamil adalah antara gejala yang akan dialami oleh hampir semua wanita hamil. Walaupun keadaan ini dianggap normal, dapatkan nasihat dari doktor anda untuk mengenalpasti sebarang cara mengatasi sakit belakang ketika hamil atau kaedah yang boleh anda amalkan bagi mengurangkan rasa sakit belakang semasa hamil.

Selain itu, anda boleh jalani pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan sebarang komplikasi kehamilan yang boleh berlaku. Kelahiran pramatang dikatakan mempunyai kaitan dengan sakit belakang semasa hamil. Manakala sakit belakang yang teruk disertai keputihan atau pendarahan pula adalah komplikasi yang serius dan memerlukan rawatan dengan segera.

Oleh itu adalah baik untuk anda mendapatkan nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti tahap kesakitan belakang anda dan mendapat cara mengatasi sakit belakang ketika hamil yang sesuai dengan keadaaan anda.