cara mengatasi keletihan semasa hamil

4 Cara Mengatasi Keletihan Semasa Hamil

2 min bacaan

Sakit-sakit badan, di belakang ataupun sengal-sengal kaki boleh dielakkan dengan melakukan aktiviti tertentu dengan cara mengatasi keletihan semasa hamil yang betul.

Namun, ramai yang fikir wanita hamil tidak perlu bersenam atau perlu berehat sepanjang masa. Memang benar wanita hamil akan cepat rasa letih dan penat, tetapi ini bukan alasan untuk hanya duduk berehat goyang kaki.

Elakkan perkara-perkara berikut:

Hilangkan rasa letih sebaik mungkin

Kenalpasti apakah aktiviti yang sesuai untuk anda lakukan, serta yang membolehkan anda memberikan tumpuan yang banyak. Jika anda mula berasa keletihan, bangun dan berjalan-jalan akan membantu anda berasa segar semula. Aliran darah anda juga akan berjalan dengan lancar. Namun, anda perlu ingat untuk meluangkan masa untuk berehat setelah hari yang meletihkan.

Hilangkan rasa letih sebaik mungkin

Susun semula tanggungjawab dan komitment anda

Tanggungjawab kita tidak terhad di tempat kerja sahaja. Komitmen tambahan di rumah atau di luar tempat kerja anda perlu disusun semula supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berehat. Ubah komitmen anda untuk diri anda dan bayi anda.

Jangan sombong, terimalah bantuan

Setiap wanita itu kuat, memang tidak dinafikan. Kalau tidak masakan anda boleh bertahan 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan keajaiban ke dunia kan? Namun, pergerakan anda terbatas semasa hamil dan anda tidak boleh buat kerja-kerja berat. Jadi, terimalah bantuan dari rakan-rakan atau keluarga anda untuk menguruskan sesuatu perkara.

Mungkin anda terlalu ‘overthink’ dan fikir anda hanya menyusahkan mereka, tetapi ianya tidak benar. Benarkan diri anda dibantu demi kebaikan bersama. Ini juga membantu mengeratkan hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Jangan rasa tertekan dengan pekerjaan anda

Jika anda seorang wanita hamil yang berkerjaya, ingatlah untuk tidak terlalu fokus terhadap kerja anda sehingga anda berasa tertekan atau stress. Ini akan menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda.

Anda boleh minta doktor anda untuk mengeluarkan nota sebagai makluman kepada majikan tentang keadaan anda. Di antara perkara yang boleh anda elakkan dengan bantuan nota dari doktor: Jika anda perlu

  • mengangkat barang yang berat
  • bekerja untuk tempoh yang lama
  • bekerja dengan mesin berat yang melibatkan getaran
  • berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang jauh
  • melibatkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya
  • bekerja di tempat yang sangat panas
  • memerlukan fokus yang tinggi
  • bekerja mengikut shift yang berbeza, dan anda sukar mendapat rehat yang secukupnya

Ingatlah bahawa semua perkara di atas akan menyebabkan keletihan dan boleh mengakibatkan anda rasa sengal atau sakit di seluruh badan. Sepanjang fasa kehamilan, anda perlu tahu dan peka tentang aktiviti yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Tekanan ke atas mental dan fizikal perlu dielakkan supaya anda dapat melalui perkembangan kehamilan dengan baik.