4 Cara Hilangkan Mual Semasa Hamil Anda Wajib Cuba

3 min bacaan

Kewujudan rasa mual dan loya ini dianggap positif kerana peningkatan hormon semasa hamil bermaksud tubuh anda sedang berkembang dengan baik, namun ia memberikan anda rasa tidak selesa. Dengan cara hilangkan mual semasa hamil yang betul, anda akan dapat bersabar dan berhadapan dengan keadaan ini hingga tempoh akhir kehamilan atau apabila hormon tersebut kembali ke tahap normal, rasa mual dan loya akan menghilang.

Rasa mual pada waktu pagi boleh membuatkan sesiapa sahaja hilang mood sepanjang hari. Tekanan darah rendah, tahap gula dalam darah yang rendah serta ‘mood swing’ akan sedikit sebanyak mengganggu wanita hamil dan membuatkannya berasa sangat tidak selesa. Hilang selera makan, muntah yang teruk dan rasa mual yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi dan ini boleh membahayakan ibu dan bayi.

Berikut adalah empat cara hilangkan mual semasa hamil.

Ubah rutin pemakanan

Ubah rutin pemakanan cara hilangkan mual semasa hamil

Jangan makan apabila anda benar-benar lapar. Makanlah dengan kerap dan dalam jumlah yang sedikit. Jumlah yang dicadangkan ialah lima kali pada waktu siang dalam jumlah yang sedikit untuk memastikan perut anda tidak kosong. Makan makanan ringan seperti kacang atau mentega kacang (disapu pada roti atau biskut) kerana ia mengandungi protein yang tinggi.

Adalah penting untuk mengambil makan yang berkhasiat yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anda dan bayi anda. Elakkan minum sebelum makan, minum air selepas 5 hingga 10 minit selepas makan. Jangan tidur selepas makan kerana ia akan membuatkan anda berasa letih dan lesu serta meningkatkan rasa mual.

Vitamin pranatal dan makanan tambahan zat besi

Pengambilan zat besi dalam diet harian seseorang wanita hamil adalah penting. Jumlah yang disarankan oleh CDC (Pusat Pengendalian Penyakit dan Pencegahan) ialah sekurang-kurangnya 30 mg zat besi setiap hari. Makanan tambahan vitamin pranatal yang mengandung vitamin B6 adalah penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Ia juga membantu mengurangkan gejala muntah atau mual.

Makanan tambahan harian juga termasuk pengambilan folik (asid folik), yang memainkan peranan utama dalam menjamin pertumbuhan sihat janin. Pengambilan asid folik yang disarankan ialah 400 – 600 mcg sehari. Ubat lain untuk loya yang disyorkan ialah Ipecacuana 6X, Nux Vomica 6X dan tablet Slippery Elm. Wanita yang menderita hiperemesis gravidarum (mual yang teruk semasa hamil), disarankan untuk mengambil ubat anti mual seperti metoclopramide.

Vitamin pranatal dan makanan tambahan zat besi cara hilangkan mual semasa hamil

Akupunktur dan akupresur

Teknik akupunktur dan akupresur adalah salah satu cara hilangkan mual semasa hamil. Gelang akupresur yang ada dijual di farmasi atau kedai perubatan Cina di mana menurut perubatan Cina, titik tekanan yang dikenali sebagai pericardium p6 dapat melegakan rasa mual kepada pemakainya. Kebanyakan wanita hamil bersetuju bahawa rasa mual dan loya mereka beransur hilang setelah memakai gelang tersebut.

Cara hilangkan mual semasa hamil semulajadi

  • Mengamalkan latihan pernafasan selama 30 minit. Berjalan-jalan selama 30 minit dan melakukan senaman ringan untuk meregangkan otot selama 30 minit. Kegiatan fizikal berikut adalah salah satu cara hilangkan mual semasa hamil terbaik yang boleh anda jalankan di rumah.
  • Memulakan hari anda dengan secawan air suam, diikuti secawan teh cuka sari yang boleh dicampurkan dengan halia. Halia dan cuka berkesan untuk menghilangkan rasa mual. Menghidu lemon juga dikatakan mampu mengurangkan rasa loya.
  • Makan masakan yang mempunyai biji jintan manis sebagai salah satu bahannya dapat juga mengurangkan rasa mual. Daun pokok persik kering, rapsberi merah, daun levender, pudina dan thyme juga boleh dimasukkan ke dalam teh untuk diminum dan melegakan rasa mual.
  • Aromaterapi dapat menenangkan saraf gelisah yang wujud di kalangan wanita hamil dan merupakan salah satu cara hilangkan mual semasa hamil terbaik. Bauan yang biasa dipilih ialah lavender, rose, chamomile dan peppermint.

Cara hilangkan mual semasa hamil semulajadi

Kekurangan vitamin B6 atau pengambilan makanan yang berlemak dan pedas adalah antara punca anda melalui keadaan ini. Oleh itu, setiap wanita hamil perlu memastikan pengambilan makan yang seimbang, mengamalkan gaya hidup yang sihat (dan selamat) dan minum air yang banyak. Ini sangat penting untuk kesihatan ibu dan bayi.

Harap cara-cara hilangkan mual semasa hamil di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda melegakan rasa mual. Selamat mencuba!