Asyik Dengar BPA-free? Ini Kesan BPA Pada Wanita Hamil

5 min bacaan

Tahukah anda bahawa hormon yang dirembeskan oleh tubuh mempunyai peranan yang penting untuk memastikan keseimbangan fungsi tubuh badan anda? Bahan kimia buatan manusia yang kini wujud hampir di mana-mana termasuk dalam makanan merupakan ancaman terhadap kesihatan manusia. Bahan kimia sintetik ini memasuki tubuh atau lebih spesifik, masuk ke dalam darah kita hampir setiap hari sebenarnya.

Bisphenol-A, dikenali juga BPA merupakan sebatian kimia (yang agak ‘terkenal’ ) yang biasanya digunakan untuk pembuatan plastik polikarbonat. BPA dikenalpasti berupaya meniru kesan estrogen dalam tubuh manusia dan penggunaannya dalam industri plastik, ubat-ubatan dan makanan seawal 1959.

Sama ada penggunaan BPA selamat dalam pelbagai peralatan atau perkakas di rumah, ia sering menjadi topik hangat yang dihujahkan di kalangan saintis dan pakar kesihatan. Bukti atau dapatan dari kajian yang menentukan kesan penggunaan BPA terhadap manusia atau wanita hamil sangat terhad. Namun ibu-ibu masih bimbang kehadiran BPA dalam peralatan di rumah seperti botol air, botol susu, pinggan plastik dan juga bekas yang digunakan untuk membungkus makanan akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan bayi yang belum lahir.

Selain itu, ibu-ibu juga berasa risau jika barang-barang yang mengandungi bahan kimia ini boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi, membantutkan pertumbuhan atau lebih teruk menyebabkan keguguran. Komplikasi atau penyakit lain yang boleh dialami akibat terdedah kepada penggunaan BPA dalam masa yang lama oleh bayi apabila mereka dewasa ialah kegemukan, diabetes, kegagalan jantung, gangguan neurologi, ADHD, barah, luka prostat, gadis-gadis mencapai akil baligh lebih awal dan masalah pembiakan.

Selamatkah BPA untuk wanita hamil?

Selamatkah BPA untuk wanita hamil

Ada yang berpendapat bahawa BPA memberikan kesan negatif kepada wanita hamil serta bayi yang dikandung. Ada juga yang percaya tiada kesan yang membahayakan jika seseorang wanita hamil itu menggunakan peralatan yang mengandungi BPA kerana kandungannya adalah dalam jumlah yang minimum dan selamat. Selain itu, ujian yang dilakukan menggunakan tikus dipertikaikan kerana jumlah BPA tidak selari dengan berat badan sampel ujian. Hasil ujian lain yang dilakukan ke atas wanita hamil gagal menunjukkan kesan negatif yang membahayakan ibu dan bayi.

BPA ialah bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen lemah dalam tubuh dan memberi kesan biologi yang rendah. Ada yang mengatakan bahawa BPA memberi kesan terhadap hormon dan hormon tiroid yang mempengaruhi pada metabolisme dan fungsi tubuh badan seseorang lelaki. Namun masih terlalu awal untuk menegaskan bahawa BPA ialah punca semua komplikasi tersebut dan ia memberikan kesan yang membahayakan kesihatan wanita hamil.

Ujian makmal dilakukan ke atas bahan kimia dalam BPA

Para saintis bersetuju bahawa BPA membebaskan bahan kimia ke dalam makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair. Bunyinya menakutkan bukan? Anda mungkin boleh berfikir dua kali sebelum membeli makanan yang dibungkus dengan plastik. Bahan kimia ini digunakan dalam alat pengikat gigi, tin yang digunakan untuk pembungkusan, botol air, botol susu bayi, pinggan mangkuk plastik serta pelekat bahan pembungkusan.

Penggunaan BPA dalam botol susu bayi telah dilarang oleh Kanada dan Kesatuan Eropah. Peraturan ketat yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah dalam menghalang sebarang penggunaan bahan kimia dalam makanan bertujuan untuk menjaga dan melindungi kesihatan masyarakat mereka.

Apakah kesimpulan penyelidikan semasa?

Apakah kesimpulan penyelidikan semasa BPA

Terdapat kajian yang menunjukkan kesan negatif iaitu kecacatan pada janin yang juga dikenalpasti secara genetik di mana ibunya terdedah pada BPA semasa hamil. Yale University School of Medicines juga telah menjalankan satu kajian bagi mengkaji reaksi estrogenik BPA pada tubuh serta memahami kesan yang berlaku.

Para penyelidik mendapati tiada hubungan antara BPA dengan kesan yang dialami oleh sistem pembiakan yang mengubah perkembangan rahim. Dalam kajian lain yang dilakukan terhadap tikus hamil, didapati janin yang terdedah pada BPA tetap hidup dan berkembang seperti biasa. Janin tersebut mengalami peningkatan kepekaan terhadap estrogen berbanding janin yang tidak terdedah pada BPA langsung.

Manakala satu lagi kajian pada tahun 2011 yang dilakukan oleh University of California, San Francisco, (UCSF) yang bertujuan mengenalpasti tahap BPA di dalam tubuh wanita hamil di Amerika Syarikat mendapati bahawa sebanyak 96% wanita hamil mengalami kesan-kesan akibat pendedahan pada BPA. Penggunaan botol, contohnya botol sos atau tin yang berisi buah-buahan boleh menyebabkan kesukaran belajar dan perubahan tingkah laku pada bayi.

BPA

Begitu juga hasil kajian yang menunjukkan bayi perempuan yang terdedah pada BPA menjadi lebih agresif, gelisah, hiperaktif atau menghadapi tekanan yang teruk seawal 3 tahun. Gejala-gejala ini tidak dapat dikesan pada bayi lelaki. Pendedahan pada BPA pada jangka masa yang lama boleh mendorong kepada IQ rendah di kalangan bayi generasi akan datang akibat rutin pemakanan ibu mereka semasa hamil.

Kajian yang dijalankan oleh syarikat Kaiser Permanente pada 2011 mendapati bahawa bayi yang terdedah pada penggunaan BPA yang berpunca dari ibubapanya, mungkin akan mengalami penurunan berat badan semasa kelahiran. Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Toksikologi Reproduktif.

FDA telah menetapkan jumlah bahan kimia yang dibenarkan dalam penghasilan sebarang produk, namun telah dikenalpasti juga bahawa BPA yang terbakar boleh mengakibatkan seseorang yang terdedah padanya menghidapi diabetes. Had harian ini telah ditetapkan pada 0,4 -1,6µg / kg tisu basah.

Walaupun hasil kajian-kajian yang lalu menunjukkan bukti tentang bahaya BPA khususnya kepada wanita hamil, kesimpulan masih tidak dapat dibuat akibat dapatan yang telah didokumentasikan masih belum mencukupi. Ini membuatkan Amerika Syarikat belum dapat menghalang penggunaan BPA dalam peralatan rumah.

Plastik sumber BPA

Apakah yang anda harus lakukan?

Para ibu pasti berasa gerun dengan kesan-kesan penggunaan atau pendedahan pada BPA yang boleh membahayakan mereka serta bayi mereka. Antara komplikasi yang boleh dialami akibat terdedah kepada toksik ini ialah kadar metabolisme yang rendah, peningkatan simpanan lemak yang menyebabkan selulit dan stretch mark, gangguan neurologi, masalah jantung dan barah. Terdapat beberapa syarikat gergasi yang terang-terangan menentang penggunaan BPA dalam produk mereka.

Bagi yang menggunakan botol susu, anda telah mendedahkan BPA pada bayi anda sejak lahir. Masalah seperti gangguan plasenta atau komplikasi pada janin adalah alasan yang cukup kuat untuk para ibu berhati-hati dan tidak menggunakan peralatan yang mengandungi BPA. Hindarilah BPA semasa kehamilan dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan kaya dengan asam dan meningkatkan pengambilan yogurt dan teh hitam. BPA yang meniru aspek estrogen dalam badan akan mengaktifkan sel-sel lemak dan boleh menyebabkan obesiti.

Setiap pakar perubatan atau saintis bertanggungjawab untuk mengenalpasti tahap kesan BPA yang boleh mempengaruhi generasi akan datang. Mungkinkah mutasi gen berlaku? Kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengenalpasti jawapan untuk isu-isu sebegini.