Bloody Show Pendarahan Minggu ke-40

Bloody Show: Pendarahan Pada Minggu Ke-40

3 min bacaan

Apabila kehamilan wanita itu mencapai minggu ke-40, terdapat pelbagai jenis jangkaan dan rasa tidak selesa serta pertambahan aktiviti di peringkat fisiologi terutamanya Bloody Show. Badan anda sedang bersedia untuk kelahiran apabila fasa kehamilan anda menjangkau bulan ke-9. Ada juga wanita hamil yang terpaksa menunggu hingga minggu ke 40, sambil menunggu pecahnya air ketuban mereka sebagai tanda bermulanya proses kelahiran bayi.

Bagi wanita hamil yang telah melepasi tempoh kelahiran yang ditetapkan oleh doktor, mereka perlu menjalani pemeriksaan rutin untuk memastikan bayi tersebut selamat. Sepanjang minggu ke-40 sesetengah wanita mungkin akan mengalami pendarahan ringan sebagai persediaan kelahiran bayi mereka.

bloody show

Apakah yang berlaku pada minggu ke-40?

Pada akhir trimester kehamilan badan anda akan mula membuat persiapan untuk kelahiran cahaya mata yang dinanti. Serviks anda akan mula matang di mana ia akan mula menjadi lembut dan nipis di bahagian luar.

Kemungkinan besar berat badan anda akan juga bertambah sepanjang tempoh ini. Kontraksi Braxton Hicks juga akan sering dialami oleh wanita hamil ketika ini, yang merupakan sebahagian daripada latihan ibu untuk kelahiran sebenar. Bayi anda juga akan berkembang menjadi lebih besar serta peningkatan pergerakannya di dalam perut mungkin akan membuat anda berasa tidak selesa.

Kedudukan bayi akan berada di bawah rahim anda dan ini akan memudahkan proses kelahiran. Kepala bayi akan bergerak ke bawah di bahagian pelvis berhampiran leher serviks. Ini mungkin akan menyebabkan ‘bloody show’ apabila ‘mucus plug‘ atau plug lendir berhampiran leher rahim terbuka. Plug lendir ini terbentuk semasa awal kehamilan dan berfungsi untuk mencegah sebarang jangkitan masuk ke dalam serviks dan membahayakan bayi.

Apabila plug lendir terbuka, sedikit kebocoran akan berlaku dan cecair berwarna seperti darah akan keluar. Cecair ini berwarna merah jambu atau coklat. Selain itu air ketuban anda juga akan mula pecah sedikit demi sedikit pada masa ini. Sesetengah wanita hamil hanya akan mengalami kebocoran air ketuban dalam jumlah yang kecil.

Ini adalah petanda bahawa proses kelahiran bayi anda akan bermula. Bakal ibu perlu berhati-hati dan bersedia kerana air ketuban yang berfungsi untuk melindungi bayi anda semakin berkurangan. Inilah masanya untuk bakal ibu bersedia dengan proses kelahiran bayi mereka.

Sekiranya anda tidak dapat mulakan proses kelahiran itu sendiri, pakar perubatan atau doktor akan mengambil keputusan untuk membantu anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan risiko bayi lemas di dalam kandungan.

Pertumbuhan setiap bayi berbeza-beza dan tidak ada maklumat yang sahih mengatakan apakah tahap pertumbuhan bayi apabila mereka mencapai minggu ke-40. Secara teknikal anda tidak dianggap ‘overdue’ sehinggalah kehamilan anda menjangkau minggu ke-42. Tidak mustahil sekiranya anda masih belum ada petanda awal kelahiran pada minggu ke 40.

Pendarahan pada minggu ke 40

Pendarahan minggu ke-40

Bloody show atau pendarahan semasa tempoh kehamilan yang terakhir perlu dirujuk dengan doktor secepat mungkin. Ini kerana terdapat punca lain seperti kerosakan pada serviks yang mungkin membahayakan anda dan bayi. Perkara ini boleh berlaku semasa pemeriksaan serviks oleh pakar sakit puan anda.

Bagaimanakah ia terjadi? Pemeriksaan serviks dilakukan apabila pakar sakit puan anda ingin memeriksa kematangan serviks anda. Pemeriksaan ini mungkin akan mengikis tisu serviks seterusnya menyebabkan pendarahan ringan.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak, adalah sangat penting untuk segera ke hospital dan rujuk doktor anda.

Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan untuk memastikan bayi anda berada dalam keadaan selamat. Sekiranya anda berasa tidak selesa atau rasa sakit yang tidak normal segera laporkan kepada doktor anda.

Gejala-gejala ini merupakan petanda awal ke arah proses kelahiran bayi anda. Jangan risau, anda akan berjumpa dengan baik anda tidak lama lagi. Ingatlah bahawa pemeriksaan serta pengawasan dari doktor sangat penting