Panduan Berenang Ketika Hamil

3 min bacaan

Panduan Berenang Ketika Hamil

Amalan senaman semasa hamil adalah salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap wanita. Berenang adalah senaman yang sangat baik dan baik dilakukan semasa hamil. Ia melibatkan penggunaan otot-otot badan yang utama dan ia tidak berimpak tinggi namun merupakan senaman kardiovaskular yang baik.

Faedah berenang ketika hamil

Berenang ketika hamil amat berfaedah kerana anda tidak akan rasa berat badan anda walaupun peningkatan berat badan berlaku. Selain itu, aktiviti berenang ketika hamil adalah sangat selamat kerana risiko kecederaannya yang minimum.

Setiap jenis senaman aerobik membantu tubuh anda memproses oksigen. Ia penting kerana anda sedang bernafas untuk diri sendiri dan bayi anda.

Antara faedah yang diperolehi semasa melakukan aktiviti berenang adalah ia membantu meningkatkan peredaran darah, membina daya tahan dan menambah kekuatan pada otot.

Berenang ketika hamil juga membantu anda membakar kalori yang diperolehi melalui makanan. Selain itu, anda akan dapat berehat serta tidur yang lebih baik, seterusnya membuatkan anda berasa kurang letih.

Aktiviti berenang ketika hamil juga membantu anda mengurangkan tekanan fizikal serta cabaran emosi semasa hamil.

Berenang semasa trimester pertama

Aktiviti ini boleh dilakukan selama sekurang-kurangnya 30 minit sehari semasa trimester pertama anda. Ia sangat bermanfaat kepada setiap wanita hamil, dan jika anda berenang pada setiap pagi anda dapat melegakan rasa mual dan loya yang merupakan gejala kehamilan yang biasa dialami semasa trimester pertama.

Berenang pada setiap pagi juga dapat memberikan anda tenaga yang diperlukan untuk menjalani aktiviti harian anda.

Berenang semasa trimester kedua

Walaupun perut anda mungkin sedang membesar pada tempoh ini, anda masih boleh meneruskan rutin berenang anda. Anda tidak perlu menukar atau menyemak rutin berenang pada ketika ini, cuma menukar pakaian renang yang lebih selesa.

Berenang semasa trimester ketiga

Gaya kuak dada

Apabila anda melakukan aktiviti berenang pada tempoh ini, pergerakan yang paling sesuai dilakukan adalah gaya kuak dada. Pergerakan ini adalah yang paling sesuai dilakukan dan ia membantu untuk meregangkan otot-otot di bahagian dada dan memendekkan otot di belakang badan anda.

Kedua-dua otot ini biasanya tidak selaras semasa kehamilan anda. Anda juga digalakkan untuk menggunakan snorkel untuk mengurangkan tekanan leher yang dihasilkan semasa anda menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah untuk mengambil udara.

Gaya kuak lentang

Pergerakan kuak lentang juga boleh dilakukan semasa trimester ketiga kehamilan. Ia sesuai kerana dapat mengurangkan daya graviti semasa anda terapung di atas air. Kuak lentang juga dapat mengurangkan risiko gangguan aliran darah seperti yang disebabkan oleh senaman ringan yang lain.

Melalui perkara-perkara yang dibincangkan tadi, dapat disimpulkan bahawa aktiviti berenang ketika hamil sangat selamat dilakukan semasa hamil. Sekiranya anda melakukan aktiviti ini dengan kerap, anda dibenarkan untuk menjalani terapi renang anda. Namun ia tidak dilakukan dengan kerap, adalah penting untuk berjumpa doktor anda.

Beberapa Peringatan

Anda boleh memulakan senaman ini dengan aktiviti atau pergerakan yang sederhana. Jangan lupa untuk melakukan regangan dahulu semasa memanaskan badan serta menyejukkan badan selepas senaman ringan anda.

Di samping itu adalah penting untuk anda selalu ingat untuk tidak memaksa diri anda melakukan senaman secara berlebihan.

Walaupun aktiviti ini dilakukan di dalam air, sangat penting untuk anda kekal terhidrat semasa berenang. Anda boleh minum segelas air sebelum memulakan aktiviti berenang, dan setiap 20 minit sepanjang aktiviti berenang anda.

Minum juga 1 gelas air selepas selesai melakukan senaman ini. Sekiranya cuaca panas dan lembap, anda perlu menggandakan pengambilan air untuk mengekalkan tahap air dalam badan anda.