Apabila Anda Diminta Berehat Secara Berbaring

Apabila Anda Diminta Berehat Secara Berbaring

3 min bacaan

Sepanjang fasa kehamilan, kebanyakan wanita dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan rehat yang mencukupi. Di antara saranan doktor ialah berehat di tempat tidur mereka. Dalam ertikata yang lain berehat secara berbaring. Perkara ini mungkin akan membuatkan wanita hamil berasa terkejut manakala sesetengahnya sudah menjangkakannya kerana mempunyai sejarah perubatan sewaktu kehamilan terdahulu.

Ini adalah situasi yang biasa bagi setiap wanita hamil namun cara berbaring adalah berbeza mengikut keadaan atau tahap kesihatan setiap wanita hamil. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan semasa hamil, anda mungkin akan dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rehat yang secukupnya di rumah atau di hospital.

Berehat Secara Berbaring

Terdapat keadaan di mana seseorang wanita hamil terpaksa berehat secara berbaring di katil mereka sehinggalah komplikasi distabilkan dan ada juga yang terpaksa berehat di tempat tidur semasa sebahagian besar tempoh kehamilan. Apabila anda diminta untuk berehat secara berbaring, ini bermakna pergerakan anda di rumah terbatas. Anda tidak boleh melakukan aktiviti lasak atau mengangkat barang yang berat.

Pegawai perubatan yang memantau anda akan memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang apakah yang anda perlu buat apabila diminta untuk rehat secara berbaring. Tanyalah apa saja soalan kepada pegawai perubatan anda supaya anda dapat memahami masalah atau komplikasi kandungan anda.

Mengapa perlu berehat secara berbaring semasa kehamilan?

Pelbagai faktor akan mendorong doktor anda untuk menasihatkan anda berehat sambil berbaring ketika hamil.

  • Sekiranya anda diabetes kehamilan atau tekanan darah tinggi seperti preeklampsia dan eklampsia.
  • Perubahan serviks sebagai contoh serviks yang tidak berfungsi, peningkatan serviks atau komplikasi plasenta yang menyebabkan gangguan ke atas plasenta plasenta previa dan plasenta accreta.
  • Sekiranya anda mengalami pendarahan atau kelahiran pramatang anda dinasihatkan untuk berehat di tempat tidur anda.
  • Apabila anda mempunyai lebih daripada satu bayi dalam kandungan, sejarah keguguran, kelahiran mati atau kelahiran pramatang atau kecacatan pada perkembangan janin.

Satu perkara tentang berehat secara berbaring ialah wanita akan dapat menjalani kehamilan yang sihat. Bagi situasi wanita yang hanya perlu berehat berbaring dalam masa yang pendek, ini bertujuan untuk menormalkan badan anda semula. Berehat di tempat tidur anda akan dapat mengurangkan tekanan serta menurunkan tekanan darah. Posisi untuk berehat di atas katil bergantung kepada komplikasi yang anda hadapi.

Sesetengah mangsa wanita hamil perlu berehat atau tidur dengan kedudukan lutut atau pinggul dibengkokkan. Ada juga situasi apabila ibu hamil perlu meletakkan bantal di antara lutut mereka, di dalam situasi yang lain sesetengah ibu hamil itu perlu berbaring dengan pinggul dan kaki yang lebih tinggi daripada bahu.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan ialah:

rehat sambil berbaring

  • Memasak
  • Berjalan
  • Kerja-kerja ringan
  • Memandu
  • Mandi
  • Bersenam
  • Hubungan seks

Keperluan masa rehat untuk ibu hamil

Kebanyakan wanita yang diarahkan untuk berehat di tempat tidur akan berasa lega dan bersyukur. Terdapat juga wanita hamil yang tidak dapat melalui situasi ini. Bagi mengelakkan anda berasa tertekan dan murung, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghabiskan masa rehat anda dengan segera.

Mulakan dengan membuat jadual sambil menyusun aktiviti harian anda, kerana ini menunjukkan bahawa anda masih lagi mengawal kehidupan anda. Lakukan beberapa perkara yang ringan dan menarik seperti mengemas kini buku alamat, menyusun gambar-gambar di dalam album serta beberapa perkara lain yang belum selesai.

Ini juga merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi rakan-rakan dan bergosip. Jemputlah rakan-rakan untuk meluangkan masa bersama anda dan anda akan merasakan masa berlalu dengan sangat cepat.

Bagi sesetengah ibu hamil pula berehat secara berbaring di tempat tidur semasa kehamilan adalah sangat penting. Pada masa inilah mereka dapat melakukan persediaan secara mental sebelum kelahiran cahaya mata mereka. Rakan-rakan serta ahli keluarga juga boleh membantu anda dengan dari segi penyediaan makanan serta tugasan di rumah.