Berat Badan Berlebihan Ketika Hamil Agak Membimbangkan

3 min bacaan

Indeks jisim badan yang sihat (BMI) untuk wanita dewasa adalah 18.5-24.9, dan jika mereka mencapai nilai yang lebih tinggi, iaitu pada 25-29.9, dianggap berat badan berlebihan ketika hamil. Kehamilan bukanlah satu alasan untuk menambah berat badan yang tidak perlu. Jika seseorang wanita hamil menghidap obesiti kehamilan, kebarangkalian komplikasi kesihatan yang mungkin akan membahayakan nyawa ibu dan bayi adalah tinggi. Jumlah wanita yang mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil adalah melebihi 50% dan ini agak membimbangkan.

Berat Badan Berlebihan Ketika Hamil

Wanita hamil akan mengalami pelbagai jenis perubahan, sama ada emosi dan fizikal sepanjang fasa kehamilan. Salah satu perubahan yang paling ketara ialah kenaikan berat badan semasa kehamilan. Bagi wanita yang berbadan gempal sebelum hamil, mereka akan menjangkakan peningkatan berat badan sepanjang kehamilan terutamanya selepas trimester pertama.

Amalan pemakanan yang sihat sangat perlu semasa kehamilan untuk kesihatan badan serta bayi. Doktor menyarankan agar wanita hamil tidak makan dalam jumlah yang banyak supaya tidak mempunyai berat badan berlebihan ketika hamil. Adalah penting untuk seseorang wanita hamil berada dalam keadaan yang sihat untuk melahirkan bayi yang sihat.

Kenaikan berat badan wanita yang bersaiz normal semasa hamil adalah sekitar 11 hingga 16 kg dan ini jika ia merupakan kandungan tunggal. Bagi kandungan kembar pula, kenaikan berat badan yang normal ialah sebanyak 20 kg. Bagi wanita yang bersaiz gempal, kenaikan berat badan semasa hamil pula adalah sekitar 7 hingga 11 kg jika ia kandungan tunggal.

Sekiranya kandungan kembar pula, jumlah kenaikan berat badan menjelang kelahiran ialah kurang daripada 20 kg. Tepatnya, ianya adalah normal untuk menempatkan 0.45-0.9 kg pada trimester pertama, dan 0.45 kg setiap minggu pada bulan-bulan berikutnya.

Kenaikan berat badan wanita berat badan berlebihan ketika hamil

Kebanyakan wanita mengamalkan diet semasa kehamilan kerana bimbang kesukaran menurunkan berat selepas kelahiran. Namun adakah selamat untuk menurunkan berat badan semasa hamil? Seperti yang disebut tadi, kenaikan berat badan yang melebihi kadar yang ditetapkan oleh doktor anda akan menyebabkan komplikasi ke atas diri anda dan bayi dalam kandungan. Kaedah yang paling selamat ialah dengan menjalani diet pemakanan yang ketat dan seimbang.

Rawatan ini perlu ditetapkan oleh doktor kerana hanya doktor anda yang faham apa yang perlu diambil dan apa yang perlu dielakkan dan jumlah setiap pengambilan. Selain itu, kesihatan bayi adalah keutamaan jika anda memilih (atau dinasihatkan oleh doktor) untuk menjalani diet seimbang yang ketat. Nutrien yang mencukupi adalah penting untuk tumbesaran bayi anda. Kekurangan zat makanan yang diperlukan akan memberi kesan negatif pada anda dan bayi.

Wanita yang menambah berat badan berlebihan ketika hamil akan membuatkan mereka terdedah kepada komplikasi seperti diabetes, preeklamsia atau darah tinggi. Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengalami diabetis kehamilan, akan mengalami kegemukan dan beratnya melebihi 4 kg. Kaedah yang paling selamat ialah dengan menjalani diet pemakanan yang ketat dan seimbang.

Rawatan ini perlu ditetapkan oleh doktor kerana hanya doktor anda yang faham apa yang perlu diambil dan apa yang perlu dielakkan dan jumlah setiap pengambilan. Selain itu, rutin senaman yang teratur menurut nasihat doktor akan memastikan bahawa berat badan anda berada di tahap yang dibenarkan mengikut ketinggian anda.

Wanita yang menambah berat badan berlebihan ketika hamil

Tak tahu nak kira berat badan ideal ibu hamil? Pakai saja Kalkulator untuk mengira sama ada anda mempunyai berat badan berlebihan ketika hamil.

Kesimpulannya ialah peningkatan berat badan berlebihan ketika hamil akan membahayakan ibu dan bayi. Namun mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan berlebihan ketika hamil juga bukanlah satu langkah yang bijak. Ada juga yang memilih untuk mengambil pil diet semasa hamil. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau dorongan dari rakan anda bahawa pil diet tersebut tidak selamat untuk diambil oleh wanita hamil.

Adalah penting untuk anda tahu bahawa pil diet akan membahayakan diri anda termasuk anak anda yang belum lahir. Kesihatan bayi adalah keutamaan jika anda memilih (atau dinasihatkan oleh doktor) untuk menjalani diet seimbang yang ketat. Nutrien yang mencukupi adalah penting untuk tumbesaran bayi anda. Jika peningkatan berat badan berlebihan ketika hamil anda sangat banyak, segera rujuk doktor anda untuk tindakan selanjutnya. Jangan buat keputusan sendiri tanpa nasihat doktor.