Betulkah bentuk perut hamil menentukan jantina bayi

Betulkah Bentuk Perut Hamil Tentukan Jantina Bayi?

3 min bacaan

Ketika ini kebanyakan wanita hamil akan menjalani ujian ultrasound atau ujian cairan abiotik untuk mengetahui jantina bayi mereka. Oleh itu janganlah mendengar atau percaya kata-kata yang mengatakan bentuk perut hamil dapat menentukan jantina bayi. Kepercayaan yang popular dari sejak dulu lagi mengatakan bentuk perut hamil wanita yang cenderung kehadapan bermaksud bayi lelaki adalah tidak benar.

Kedudukan bayi dan bentuk perut hamil anda

Otot pelvis dan otot rahim berfungsi untuk menampung rahim. Posisi bayi di dalam rahim yang menentukan bentuk dan ketinggian perut wanita hamil. Oleh itu, keadaan perut yang ke hadapan atau ke bawah tidak mempunyai hubungan dengan jantina bayi.

Kedudukan bayi dan bentuk perut hamil anda

Kedudukan perut yang cenderung ke bawah bukanlah satu petanda bahawa kelahiran lebih awal akan berlaku atau kelahiran bayi akan berlaku dengan cepat. Posisi janin dalam rahim yang sentiasa berkembang yang menentukan bentuk perut hamil anda. Kedudukan janin akan dapat ditentukan dengan mengenalpasti posisi rahim dan otot pelvik yang menampung bayi.

Sekiranya bayi anda berada di bahagian atas rahim ada yang mengatakan bahawa perut anda tinggi. Begitu juga jika bayi anda berada lebih dekat ke kawasan pelvis ada juga yang mengatakan bayi anda berada terlalu rendah.

Bentuk perut hamil

Jika anda mempunyai otot perut dan rahim yang ketat, ada kemungkinan bayi anda tinggi. Sebilangan besar benjolan di perut anda akan kelihatan jelas. Seiring dengan peningkatan usia atau seorang wanita yang telah mempunyai lebih dari seorang anak, otot anda juga akan menjadi lebih lemah seterusnya mengalami bentuk badan yang melengkung.

Pernahkah anda melihat seorang wanita hamil yang memiliki ketinggian yang sederhana mempunyai saiz perut yang lebih besar? Ini disebabkan rahim wanita berkenaan tidak memiliki ruang yang cukup untuk mengembang. Ada juga wanita hamil tinggi yang dilihat mempunyai perut yang lebih kerana keadaan rahimnya yang sempit. Ini bermaksud bentuk perut hamil setiap wanita mengandung berbeza-beza bergantung kepada rangka tubuh mereka.

Walau bagaimanapun cara anda ‘membawa’ bayi anda semasa hamil bergantung kepada struktur badan anda yang asal, otot pelvis atau perut anda serta posisi bayi di dalam rahim. Umumnya bayi pertama dilihat akan memeluk otot perut dengan kuat serta berada di dalam posisi yang tegak, manakala baik kedua, ketiga dan seterusnya boleh bergerak dengan lebih bebas dan lebih banyak berbaring.

Langkah berjaga-jaga

Langkah berjaga jaga bentuk perut hamil

Perut yang semakin membesar biasanya bergantung kepada posisi bayi anda di dalam rahim. Sama ada dia berada berhampiran pelvis atau berhampiran tulang payudara. Jika bayi anda berada berhampiran pelvis, tidak perlu risau.

Keadaan bayi ini tidak akan mendorong keguguran tetapi jika anda mengangkat barang yang berat, ini mungkin memberikan tekanan ke atas bayi dalam perut anda. Ia boleh menyebabkan kelahiran sebelum tempoh sebenar, kelahiran pramatang atau keguguran.

Anda perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti harian anda. Rehat yang mencukupi adalah penting untuk mengelakkan komplikasi semasa kelahiran.

Ada beberapa contoh wanita hamil yang mempunyai bentuk perut hamil yang kelihatan tinggi dan melalui tempoh kelahiran yang pendek, sekitar dua jam. Manakala terdapat juga wanita hamil yang mempunyai perut yang rendah terpaksa melalui tempoh 15 hingga 18 jam. Oleh itu posisi atau keadaan perut tinggi atau rendah tidak ada hubungan dengan proses kelahiran yang pendek atau sebaliknya.

Kelahiran adalah masa terpenting dalam hidup setiap wanita hamil, oleh itu setiap arahan yang diberikan oleh doktor perlu dipatuhi. Jangan dengar petua-petua atau kisah-kisah yang tidak sahih. Ikutilah nasihat dari doktor anda, amalkan pemakanan yang sihat, bersenam dengan sederhana serta mendapatkan rehat yang secukupnya.